˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Wednesday, February 10, 2010

BUAT SAHABATKU MUSLIMAH ^_^

0 comments
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU
PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Di mana Nilai TUdUng WAniTA???...

0 comments
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya
wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh
badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan
tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat
bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah
dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan
kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda
dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan
pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah
atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung
turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen
untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak
berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan
muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan
lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang
paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang
kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila
boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh
tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang
dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat
dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama
sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih
bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama
Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka
mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun
tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak
menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah
tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada
ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi.
Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga
tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak
yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam
sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama
melalui pakaian.

Monday, February 8, 2010

ya ALLAH

0 comments
di saat kegelapan,
ku mencari cahaya untuk menerangi diri,
di saat ku jatuh,
ku sedar KAU sentiasa bersamaku,

di saat ku alpa,
KAU beri pengajaran supaya ku berubah,
di saat ku memerlukan,
KAU sentiasa berada di sisi,

aku tahu diri ini cukup lemah untuk menempuhi
hidup ini tanpaMU...

Ya arhamarohimin...
Ya aqqromal aqqromin..
Ya ghoirroroziqin...
Ya ammar nal khaifin...
Ya wuli yal mukminin...
Ya mau firatin muknibien....

Ya Allah pandang lah kami....
berikanlah kami hidayahMU....
semoga kami sentiasa diberkati
dan diredhai olehMU....

Amin3 ya Allah....

MENYUSAHKAN DIRI DALAM HAL YANG TAK PERLU

0 comments
Allah berkata, "Katakan wahai Muhammad, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini. Aku bukan daripada kalangan orang yang mereka-reka arahan.""
~ Surah Sad, ayat 86 ~

Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, "Kami dilarang menyusahkan diri dalam hal yang tidak perlu,"
~ Bukhari ~

Masruq melaporkan, katanya, "Kami masuk berjumpa dengan Abdullah bin Mas'ud. Katanya, "Wahai sekalian manusia, sesiapa yang tahu mengenai sesuatu perkara, katakan apa yang dia tahu itu. Sesiapa yang tidak tahu, katakan, 'Allah yang lebih mengetahui'. Kerana sebahagian daripada ilmu adalah dengan menyebut 'Allah yang lebih mengetahui' dalam perkara yang saudara tidak tahu."
~ Bukhari ~

Allah yang maha tinggi berkata kepada utusannya, "Katakan wahai Muhammad, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini. Aku bukan daripada kalangan orang-orang yang mengada-adakan arahan.""
~ Bukhari ~

Sunday, February 7, 2010

INGAT!!!...jgn berdalih dgn ayat2 nie...

0 comments


1. Saya tak tau pulak yang tudung ni kena pakai..
2. Saya tak tau pulak yang saya kena tutup aurat..
3. Saya tak tau pulak yang pasangan bertunang ni tak boleh pegang-pegang atau berdua-duaan..
4. Saya tak tau pulak yang zina ni haram..
5. Saya tak tau pulak yang melacur ni haram..
6. Saya tak tau pulak yang saya ni kene solat dan puasa di Bulan Ramadhan
7. Saya tak tau pulak yang judi dan arak tu haram
8. Saya tak tau pulak yang saya ni tak boleh berdua-duaan atau pegang-pegang..
9. Saya tak tau pulak yang saya ni tak boleh keluar dating..
10. Saya tak tau pulak yang memuja kubur (atau tarik duit) ni haram
11. Saya tak tau pulak yang rasuah ni haram
12. Saya tak tau pulak yang saya kene ikut undang-undang negara yang tidak bercanggah dengan Islam.. seperti undang-undang jalanraya..
13. Saya tak tau pulak yang saya kene berakidah dengan Akidah yang betul
14. Saya tak tau pulak yang saya kene belajar baca al Quran
15. Saya tak tau pulak yang saya kene belajar Agama...
16. Saya tak tau pulak yang lumba haram ni haram..
17. Saya tak tau pulak yang rokok ni membahayakan kesihatan.. dan saya tak tau pulak benda yang membahayakan kesihatan ni haram di sisi Islam..
18. Saya tak tau pulak yang bonceng minah ni haram..
19. Saya tak tau pulak yang bertaruh duit ni haram.. Judi la tuuu...
20. Dan yang sewaktu dengannya....

Manusia hari ini.. buat-buat tak reti.. Sudah tahu.. saja tutup telinga.. Mereka tahu itu dan ini haram.. Mereka tahu itu dan ini wajib.. tapi .. buat-buat tak reti.. Ada orang tanya.. Islam ni.. asyik-asyik haram je..

Jadi.. untuk orang yang bertanya ini.. Anda kene tahu.. Allah haramkan benda-benda yang "merosak" dan "menjahanamkan manusia"... dan Allah haramkan benda-benda yang telah disebutkan di dalam al Quran dan Hadis.. bukan banyak pun.. Selain daripada benda yang disebutkan.. silakaaann..

Dalam dunia ni banyak sangat benda.. yang diharamkan telah disebutkan.. selain daripada itu, halal... tapi kenapa masih nak yang haram tu?.. kenapa masih nak yang merbahaya tu? kenapa masih nak buat benda yang sikit (yang diharamkan) tu.. takda keje lain ka?

Semoga kita mendapat hidayah.. Wahai manusia yang pelupa.. INGATlah pada Allah.. Wahai orang muda.. semakin hari anda semakin tua.. umur semakin berkurang.. bukan bertambah.. esok-esok nanti, dah mati.. tak boleh nak menyesal dah..

Semoga kita mendapat hidayah.. mintalah hidayah kepada Allah dengan meninggalkan apa yang diharamkan, dan melakukan apa yang diwajibkan.. selain daripada itu.. ikutlah.. nak buat ke tak nak....

AKU PASRAH

0 comments

Aku seorang insan yang lemah dan
Diberi tugas untuk bertaqwa kepada Allah,
Namun onak duri yang ku tempuhi sungguh
Melukakan naluriku.

YA ALLAH, adakah ini yang dinamakan suatu
Pengujian untuk diriku?
Atau hanya aku sahaja yang lalai dalam
Menjalankan kewajibanku sebagai hambamu,
Sehinggakan aku menerima pelbagai cabaran di dunia?

Aku pasrah,
Hanya pada- Mu ku bermohon dan ku berserah
Agar dilenyapkan segala penderitaan
Yang ku alami selama ini.
Mungkin ada rahmat disebalik penderitaanku.
Walaupun begitu, aku hanya mampu
Mengharapkan kebahagiaan datang
Mengetuk di jiwaku.

RINTIHAN SEORANG HAMBA

0 comments
...TUHAN!...
...pimpinlah aku selalu di dalam kehidupanku...
...aku lemah kalau Engkau tidak memberi kekuatan...
...aku hambaMu memanglah sentiasa lemah...
...lemah fizikal & lemah jiwa...
...dengarlah selalu , bisikan hatiku...
...itulah harapanku padaMu...
...rintihan hambaMu , yang selalu membuat dosa...
...mengharapkan keampunan dariMu...

...Tuhan!...
...masukkanlah ke dalam hatiku...
...tenang dengan ujian...
...kerana mengharapkan keredhaanMu...
...masukkanlah ke dalam hatiku...
...takut dengan kemewahan...
...kerana takut disalahgunakan...
...masukkanlah di dalam hatiku...
...rasa cinta padaMu...
...agar rasa lazat menyembahMu...

...RahmatMu yang aku harapkan...
...amal ibadahku , tidak memberi jaminan...
...atau kemaafanMu , yang aku pinta...
....sekalipun aku tidak layak...
...aku ni hambaMu Tuhan!...
...tidak berguna , kerana membuat dosa setiap masa...
...kutiplah aku dengan RahmatMu...
...dan sandarkanlah aku dengan berkat...
...sesiapa yang boleh menyelamatkan aku...
...RahmatMu yang luas...
...Berkat melimpah ruah kepada sesiapa sahaja...
...yang engkau mahu anugerahkan....