˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Thursday, February 11, 2010

TITIPAN KALBU

0 comments
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
ADA WAKTUNYA DIA BERSAMA

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taalauntuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelakketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan initidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.


MURAH REZEKI KESEMPURNAAN DIRI SEBAGAI SEORANG MUSLIM

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:

Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya :

" Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :

" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah . Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi
orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin

Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau
akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin:

" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat
selain hadis ini.... "




Kesempurnaan diri muslim - Hadis Munthahharah

Mudah-mudaham bermanafaat untuk saya dan kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana saya insan yang lemah.


Bila Bercinta Kerana ALLAH, Berpisahnya Tak Gelisah, Bila Rindu Kerana
Yang SATU...Islam itu indah

SeANDaINYa Aku PUnYA wKTu...

0 comments

Andai ku punya waktu...
Akan ku hitung lakaran peristiwa
di setiap minit yang berlalu pergi
Akan ku persembahkan lakonan insan
sebagai makhluk di bumi Tuhan
Akan ku titipkan bersama setiap coretan
yang kuperoleh satu persatu
Biar semua tahu, biar semua terpaku,
Kerana wujudnya insan bernama aku.

Andai ku punya waktu ...
Akan ku pahatkan rangkaian nama-nama insan yang ku sayang
menjadi sebuah tugu yang indah
Akan ku kotakan ikatan janji
Pada setiap insan yang pernah aku taburi
Akan ku laksanakan segala tugas dengan sepenuh ikhlas dihati,
Biar semua gembira,
Biar semua bahagia,
Kerana itulah yang diharapkan oleh semua.

Andai ku punya waktu...
Akan ku ubati segala kelukaan,
Pada setiap insan yang pernah ku sakiti
Akan ku pamerkan kegembiraan dalam diri
sehingga tidak timbul salah dihati,
Akan ku jalinkan bunga-bunga mekar
menjadi sebuah kalungan nan indah.
Meskipun aku tahu kegembiraan bukan lagi milikku.

Andai ku punya waktu...
Akan ku mohon kemaafan pada setiap
tangan yang berjabat denganku,
Akan ku simpulkan ikatan silaturrahim
tanpa mahu dirungkaikannya lagi,
Akan ku hadiahkan sekuntum senyuman
yang paling manis buat kali terakhir,
Supaya hati terhibur,
Supaya hati tak luntur,
Bagi menghilangkan rasa kegusaran dihati.

Mengingatkan kuasa Tuhan mengatasi segalanya…
Kerana dunia hanya bersifat sementara,
Sebagai kenang-kenangan…
ku hadiahkan buatmu sahabat sebuah memori…
Andai ku pergi…kenangku dalam doamu…

warkah teristimewa buatmu, adam dan hawa

2 comments

~Warkah Buat Adam~

Adam, mengertilah..
Hawa bukanlah insan yang kuat
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri

Adam, mengertilah..
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan..
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa yang serba kekurangan ini

Adam,mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tau permintaan Adam tidak membawa Hawa ke kancah maksiat
namun Hawa lemah..
Hawa takut zina hati

Adam, mengertilah..
setiap kali sms diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
Hawa tewas
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat

Adam, mengertilah..
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa juga adalah antara kasih sayang yang dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jgn disalah tafsir apa yang Hawa berikan

Adam, mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun, bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya..


Adam, mengertilah..

~Warkah buat Hawa~

Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Deenul Islam tercinta..

Hawa..
Andai engkau belum bernikah, jangan kau risau jodohmu
ingatlah Hawa janji Tuhan dengan kita
wanita baik adalah untuk lelaki yang baik
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuhnya ke hati
maka lahir sebuah senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli pertemuan
Tidakkah kau risau lahirnya nafsu kejahatan yang boleh menguasai diri seandainya ia tidak terkendali?

Hawa..
Lelaki soleh tidak melihat paras rupa
Lelaki beriman tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki wara' tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Tetapi, mu'min itu akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan paling penting
pegangan agamanya..

Mujahid itu juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya
kerana dia sedar Allah melihatnya
kerana dia tidak mahu memberi peluang pada jarum syaitan menusuk hatinya
Musleh itu juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu kasih hanya selepas pernikahan
Pernikahannya juga kerana Allah

Oleh itu, Hawa..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu, dekatkan dirimu dengan Tuhan..
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu di dunia ini
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu
kerana ia Pemilik segala cinta
DicintaiNYA lebih bermakna daripada dunia serta seluruh isinya
biarlah hanya kasih daripada kedua ibu bapamu dan keluarga yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah..
Bukankah itu jauh lebih manis dan indah?
Kasihilah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Rafiqul 'ala
Sayangilah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari kasih keluarga..

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki..

SAPE LEBIH KEJAM????!!!!!!!!!!!!!!!!!

0 comments
siapa lebih kejam??????


Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Lebanon.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

p/s:Sama-samalah kita muhasabah diri...sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita...renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan...Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri...

Wednesday, February 10, 2010

Petunjuk Allah Atau Perdaya Syaitan Dalam Mimpi...

0 comments
Assalamualaikum...

Mimpi? Bila ditanyakan kpada para ulama'a... mreka berkata mimpi ini cuma sekadar permainan tidur yg diada2kan oleh syaitan untuk memperdayakan
manusia di malam hari... akibatnya manusia itu tidak ketemu subuhnya
keesokan hari.

Walaubagaimanapun... terdapat sesetengah ulama'a juga berpndapat bahawa mimpi juga merupakan petanda atau petunjuk dari Allah kepada hambanya... kerana akan didatangkan kpada
manusia mimpi yg menginsafkan dan juga terdapat mimpi yg menjadi
petanda utk berlakunya sesuatu perkara...
Wallahualam... itulah sesetengah pendapat2 para ilmuan.

Bagaimana pula dgn pendapat kita Ha3... tentu klirukan??? Ummm mari kita fikirkan bersama...
Secara umumnya mimpi terdapat 2 jenis iaitu mimpi yg dtgnya dari Allah yg dihembuskan oleh malaikat kedalam tidur kita...
Manakala jnis yg kdua ialah mimpi yg disuntikkan oleh syaitan kedalam tidur kita utk memperdayakan kita agar alpa dan lalai...
Mari kita ungkaikan satu persatu ttg tajuk ini...

PETANDA ALLAH DI DALAM MIMPI...
-Mimpi yng dikirimkan Allah adalah jelas dan tidak palsu... malah terdapat
juga unsur2 yg diluar akal... tetapi ianya sekadar kiasan kedalam diri
kita agar kita terus berfikir dan bermuhasabah...
-Mimpi ini juga kan terus meresap kedalam hati tanpa ragu sekaligus menjadi cahaya
hidayah buat kita...ianya akan buat kita rasa ingin berubah dan
berhijrah ke arah kebaikan...
-Mimpi Kurniaan Allah ini juga berasas dan tidak kearah keduniaan yg mengalpakan kita... mlah menjadi pedoman
dan pegangan kita..
Malah ianya juga boleh hadir dalm bentuk ilham kepada manusia untuk mengembangkan idea2 baru...

Manakala...

PERDAYA SYAITAN DALAM MIMPI...
-Syaitan jelasnya akan menyuntik keindahan bermimpi di dalam diri kita... ini
menjadikan kita seorang yg suka bermimpi dan suka berangan2.. malah
turut menjadi manusia seorang yg mundur dan tidak maju...
-Selain itu syaitan juga menyuntik kegembiraan dan keghairaan dalam mimpi kita.
Ia menjadikan kita lalai dan alpa sehingga terlupa akan tuntutan agama
contohnya seperti solat...
-Malah Syaitan juga memperdayakan kita dgn mimpi2 yg menakutkan dan mengerikan dan skaligus menanam benih
keraguan dan ketakutan yg teramat... sehingga manusia lebih menakuti
apa yg dimimpinya lebih dari menakuti Allah Taala...
-Walaubagaimanapun mimpi syaitan itu tidak sehebat mimpi yg Allah kurniakan... kerana ianya hanya sekadar mengalpakan tetapi tidak secara terus meresap
kedalam hati manusia.. jadi pengaruhnya hanyalah sementara dan tidak
kekal...

Begitulah perbezaan antara Petunjuk Allah dan Perdaya Syaitan ... Oleh itu Berwaspadalah kita dalam mengalami mimpi dimalam
hari... persiapkan dirimu dgn doa2 sblum tidur... selain itu amalkan
bacaan basmallah sebanyak 21 kali sblum tidur... agar tidur mu
terplihara ...
Insyallah..

“Mereka memperkosaku seperti ini !”

0 comments

Artikel ini ditujukan untuk setiap muslim yang masih memiliki darah mengalir di nadinya

Nadia adalah salah satu korban tentara Amerika di penjara Abu Ghraib. Dia ditangkap tanpa alasan. Ketika dia dibebaskan dari penjara, tidak langsung kembali ke pangkuan keluarganya sebagaimana kebanyakan tahanan lainnya yang telah mengalami hal buruk, meskipun
ketika dia telah terbakar oleh api penindasan dan kerinduan pada keluarganya.


Nadia kabur dengan segera setelah dia meninggalkan penjara, bukan karena perasaan malu yang akan diterimanya karena sejumlah kejahatan yang dilakukannya, akan tetapi karena apa yang telah dialami olehnya dan wanita Iraq lain yang tertangkap, yaitu pemerkosaan dan
penyiksaan yang dilakukan oleh tentara Amerika di penjara Abu Ghraib. Dinding penjara
mengungkapkan banyak cerita tragis, namun apa yang dikisahkan Nadia merupakan
kebenaran hidup dan sekaligus neraka hidup.

Nadia memulai ceritanya:

“Aku sedang mengunjungi salah seorang kerabatku, kemudian tiba-tiba tentara Amerika memasuki rumahnya dan mulai menggeledah rumah itu. Mereka menemukan beberapa senjata ringan. Maka merekapun menangkap semua orang yang berada di rumah itu termasuk aku. Aku
mencoba menjelaskan pada penerjemah yang menyertai patroli Amerika bahwa aku
hanyalah seorang pengunjung. Akan tetapi pembelaanku gagal. Aku kemudian
menangis, memohon pada mereka, sampai hilang kesadaran karena takut ketika
mereka membawaku ke penjara Abu Ghraib.

Nadia melanjutkan: “mereka menempatkanku sendirian di sebuah sel penjara yang gelap dan kotor. Aku berharap aku akan segera dibebaskan, utamanya setelah penyelidikan terbukti aku tidak melakukan kejahatan”.

Nadia menjelaskan sambil air matanya mengalir ke pipinya, sebuah pertanda betapa banyak dia telah mengalami penderitaan.

“Hari pertama sangat menyusahkan. Selnya berbau tidak sedap, lembab dan gelap, kondisi ini membuatku semakin lama semakin takut. Suara tertawa prajurit di luar sel semakin membuatku ketakutan. Aku khawatir akan apa yang menimpaku nanti. Untuk pertama kalinya aku merasa berada
dalam cengkraman situasi yang sulit dan aku telah memasuki sebuah dunia yang
tidak dikenal yang aku tidak akan pernah keluar darinya.

Ditengah beraneka ragamnya perasaanku saat itu, aku mendengar suara seorang tentara wanita Amerika berbicara dalam bahasa Arab. Dia berkata kepadaku: “Aku tidak mengira penjual senjata di Iraq adalah wanita.” Ketika aku mulai mencoba menjelaskan kepadanya
kondisi yang sebenarnya, dia memukulku dengan kejam. Aku menangis dan berteriak
“Demi Allah ! aku dianiaya, demi Allah ! aku dianiya”

Tentara wanita itu menghujaniku dengan cacian dengan cara yang belum pernah aku bayangkan bisa terjadi atau aku akan diperlakukan seperti itu dalam keadaan apapun selamanya. Kemudian dia mulai menertawakanku sambil mengatakan bahwa dia telah memonitorku sepanjang
hari dengan satelit, dan bahwa mereka mampu melacak musuh-musuh mereka meskipun
sedang berada di dalam kamar tidur mereka sendiri dengan teknologi Amerika.

Kemudian dia tertawa dan berkata,“Aku mengawasimu ketika kamu bercinta dengan suamimu.” Aku menjawab dengan suara kebingungan “Tapi aku belum menikah”.

Dia memukuliku selama lebih dari 1 jam dan dia memaksaku minum segelas air, yang kemudian kuketahui mereka memberi obat di air itu. Aku mendapatkan kembali kesadaranku setelah 2 hari dalam keadaan telanjang. Segera aku tahu jika aku telah kehilangan sesuatu yang hukum
apapun di dunia tidak akan mampu mengembalikannya kepadaku lagi. Aku telah
diperkosa. Aku kemudian histeris tak terkontrol, dan aku mulai memukulkan
kepalaku dengan keras ke tembok sampai lebih dari lima tentara Amerika yang
dikepalai tentara wanita itu memasuki sel dan mulai memukuliku, kemudian mereka
memperkosaku bergantian sambil tertawa-tawa dan menperdengarkan musik dengan
keras.

Hari demi hari skenario pemerkosaan terhadapku diulangi. Dan setiap hari mereka menemukan cara baru yang lebih kejam dibanding dengan yang sebelum-sebelumnya.”

Nadia mulai menjelaskan perbuatan mengerikan dari Amerika bajingan:

“Setelah sekitar satu bulan, seorang tentara negro memasuki selku dan melemparkan 2 potong pakaian militer Amerika kepadaku. Dalam bahasa Arab yang lemah dia mengatakan agar aku memakainya. Setelah dia menutup kepalaku dengan kantong hitam, dia menuntunku ke toilet
umum yang ada pipa untuk air dingin dan panas, dan dia memintaku untuk mandi.
Kemudian dia menutup pintu dan pergi.

Aku menjadi sangat lelah dan merasakan kesakitan, tanpa mempedulikan banyaknya memar di tubuhku aku menuangkang sejumlah air ke badanku. Sebelum aku selesai mandi, tentara negro tadi masuk ke dalam. Aku ketakutan dan memukul wajahnya dengan mangkok air.
Namun dia sangat kuat, dia memperkosaku dengan kejam dan meludahi mukaku,
kemudian dia pergi dan kembali lagi dengan 2 tentara yang membawaku kembali ke
sel.

Perlakuan seperti itu terus berlanjut, yang paling parah kadang aku diperkosa sampai 10 kali dalam sehari, membuat kesehatanku sangat buruk.”

Nadia berlanjut mengungkapkan perbuatan Amerika yang mengerikan terhadap wanita-wanita Iraq, dia berkata:

“Setelah lebih dari 4 bulan, seorang tentara wanita datang, dan aku menyimpulkan dari percakapannya dengan tentara lainnya jika namanya adalah Mary. Dia berkata kepadaku “sekarang kamu memiliki kesempatan emas, karena seorang petugas yang memiliki posisi tinggi akan
mengunjungi kita hari ini. Jika kamu menghadapinya dengan sikap yang positif
kamu akan dibebaskan, terutama karena kami sekarang yakin kamu tidak bersalah.”

Aku menjawab,“Jika kalian yakin aku tidak bersalah, mengapa kalian tidak membebaskan aku?”

Dia menjerit dengan gelisah,“Satu-satunya yang menjamin terbebasnya kamu adalah sikap positifmu terhadap mereka.”

Dia membawaku ke toilet umum, dan dia mengawasiku mandi sambil membawa tongkat tebal untuk memukulku jika aku tidak melakukan perintahnya. Kemudian, dia memberiku make up, dan memperigatkanku untuk tidak menangis dan merusak make up ku. Lalu dia membawaku
ke sebuah ruangan kosong yang di situ tidak ada apapun kecuali sebuah penutup
lantai. Setelah satu jam dia datang dengan ditemani 4 tentara dengan memegang
kamera. Dia melepas bajunya dan mulai menggangguku seoalah-olah dia adalah
seorang lelaki. Tentara lainnya tertawa dan memperdengarkan musik yang ribut,
mengambil photoku dalam berbagai pose, dan mereka menunjuk-nunjuk wajahku. Yang
wanita menyuruhku tersenyum, jika tidak dia akan membunuhku. Dia mengambil
pistol dari salah satu temannya dan menembakkan empat peluru di dekat kepalaku
seraya bersumpah bahwa peluru yang kelima akan ditembakkan tepat di kepalaku.

Setelah itu, keempat tentara lainnya memperkosaku secara bergantian sampai aku kehilangan kesadaranku. Ketika kesadaranku pulih aku menemukan diriku di sel dengan bekas-bekas gigitan, kuku dan rokok ada di sekujur tubuhku.”

Nadia berhenti bercerita tentang tragedi yang menimpanya untuk menyeka air matanya, kemudian dia melanjutkan lagi: “Kemudian suatu hari Mary datang dan mengatakan kepadaku bahwa aku kooperatif dan akan dibebaskan setelah aku menonton film yang mereka rekam. Aku
merasa sakit setelah menonton filmnya, dan Mary mengatakan,“Kamu telah
diciptakan hanya untuk membuat kami bersenang-senang”. Saat itu aku menjadi
sangat marah dan aku menyerangnya meskipun aku takut akan reaksinya, aku akan
membunuhnya kalau saja tentara lain tidak turut campur. Ketika para tentara
melepaskanku, Mary menghujaniku dengan pukulan, kemudian mereka meninggalkanku.

Setelah kejadian itu, tidak ada seorangpun yang menggangguku selama lebih dari satu bulan. Aku menghabiskan masa itu dengan beribadah dan berdoa pada Allah Ta'ala yang memiliki seluruh kekuatan untuk menolongku.

Mary datang dengan beberapa tentara yang memberiku pakaian yang kukenakan ketika mereka menangkapku dan membawaku ke sebuah mobil Amerika. Kemudian mereka melemparkanku di sebuah jalan raya setelah memberiku 10.000 dinar Iraq.

Aku pergi ke sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat aku dibuang, dan untuk mengetahui reaksi keluargaku, aku memilih mengunjungi salah seorang kerabatku supaya mereka mengetahui apa yang telah menimpaku ketika menghilang. Aku mengetahui bahwa saudaraku telah
memasang papan tanda duka untukku selama lebih dari 4 bulan, mereka
menganggapku sebagai orang yang sudah mati.

Aku memahami jika tikaman malu sudah menungguku. Maka, aku pergi ke Baghdad dan menemukan sebuah keluarga yang baik yang menampungku, dan aku bekerja pada keluarga ini sebagai pembantu dan guru privat bagi anak-anaknya.

Nadia terheran dalam kesakitan, penyesalan dan kemarahan:

“Siapa yang akan memuaskan dahagaku? Siapa yang akan mengembalikan keperawananku? Apa salah keluarga dan familiku? Aku mengandung seorang bayi, bahkan akupun tidak tahu siapa ayahnya.”

Dan Nadia mengakhiri ceritanya sampai di sini.

Apakah Amerika hanya memperkosa Nadia ataukah mereka memperkosa seluruh pria dan wanita di Ummat Islam ? Nadia adalah saya dan anda, istrimu dan juga istriku, saudarimu dan juga saudariku, ibumu serta ibuku. Dimanakah para pembela kesucian Islam! Dimanakah para
pembela Islam!

“Mungkin masih banyak kisah menyesakan dada, bagi
kita ummat Islam. Mungkin masih ada Nadia-Nadia lain di dalam penjara penuh
penjaga babi dan kera berbangsa Amerika. Dimanakah kalian, jikalau kalian tidak
tersentuh dengan cerita saudari kita, marahkah kalian dengan perlakuan
manusia-manusia yang lebih kotor dari binatang ternajis sekalipun, bahkan
mungkin mereka menjadi yang paling hina di Dunia dan Akhirat. Bangunlah wahai
ummat!! Tidur kalian sudah terlalu lelap!!

HARI INI....

0 comments
"hari ini bukan semudah semalam utk bgelar manusia sempurna,byk
yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..Sekali langkah
tersadung,rebah menyembah,sekali melangkah gagah,tersenyum megah..sesekali
diduga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita bangun utk menjadi manusia
sesempurna insan..."