˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Wednesday, February 16, 2011

Ketika Akhawat Jatuh Cinta

2 comments


Akhwat Jatuh Cinta??

Tidak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...

Bukankah cinta adalah fitrah manusia???

Adakah akhwat tidak pantas jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...


Tapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tidak ada senyum bahagia, tidak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...

Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternoda…
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhuwatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Kerana yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... akan kertentuan Rabb-Mu terhadapmu…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…
# note dr fb Nurmujahiddah Solehah @ kak nur =)...thnks kak nur ats kata2 ni,sgt2 brmkne :)...

JALAN LURUS vs JAlAN BENGKOK

0 comments
Bismillahirahmanirrahim.....

Kenapa jalan yg lurus dilihat bengkok??..

1. Mnusia sndiri xtau mtlamat hdup n arh hdupnye sndiri kt dnia ni.. : exmple – mat rempit,pnagih dadah cmna diorg nk mmlih jln islm yg lurus andai yg die tau DADAH,MEREMPIT dlm khdpn...mnusia cmni lbh ske mncpta jln sndiri tnpa brsdia mliht jln Allah yg lurus...
2. Mnusia lbih ign cpt smpai ke destinasi mngatasi jrk prjlnn yg drncg Allah..: exmple – jln islam pd pndangn mereka trllu jauh even lurus..mreka mmilih utk mncuba jln2 pintas yg mreka sngka lebih dkt n sng tiba ke destinasi..ade sstgh mnempuh dgn brani,ade sstgh lg lak tmpuh dlm keadaan tragak2...n hny brsndarkn pd tekaan n sgkaan dlm prjlnn tu...sdgkn sangkaan n tekaan xmmpu menepis kebenaran n kenyataan yg terang..
3. Mnusia merajakn nafsu mereka yg menyeru kpd keseronokan segera....: example – mreka mngejar kekayaan,pgkt n kuasa tnpa prtmbgn..mnjamu nfsu perut n seks yg mlampau...mnusia spt ni xtrpesona hati mreka dgn tmbunan pahala yg dijanjikn Allah,xtrigau2 pd lmbaian syurga n bidadari yg mennti...jauh skali nk trgerak ati pd ugutan dosa n neraka...smuanya krn mreka hny mliht pd yg dkt,n xmghiraukan pd jnji n amaran yg xtrjgkau oleh pglihatan mata zahir...
4. Mnusia lbih slesa utk mnurut n hdup di ats jln yg diwarisi nenek moyang mereka yg trdahulu...exmple : tradisi n warisan trlampau yg xmmbri sbrang faedah malah nyata lebih menyesatkn tu mreka xbrsedia utk mnolaknye...malah mreka mnghiasi cara hdup mreka yg lma dgn kcntikan palsu yg tmbh2 menyesatkan...lihak je pd logik agama yg plg trserlah salah (menyembah berhala)..even diorg tau berhala tu buatan mnusia n diorg xmenganggap ianya tuhan sebenar,tp diorg ttp sembah jgk....sbbnye diorg susah nk trime hakikat kepalsuan agama nenek moyang diorg krn itu la kepercayaan yg diwarisi mereka turun temurun...last ly trpkse la diorg brhias pd hujah yg dangkal n kosong drpd fakta yg kukuh..
5. Mnusia tu sndiri yg sememangnye degil...exmple : enggan lalu mlwn even dihadapannya kebenaran...mreka angkuh n takabbur dmi mnonjolkn khbtn diri yg hny brpaut pd dahan yg rapuh...cube igt kmbali pd kisah NAMRUD N FIRAUN yg dikelilingi dgn kebenaran dkwh nabi IBRAHIM n nabi MUSA a.s....tp mereka stil lg degil n mlawan...cmna nk hrpkn kesedaran mnusia spt itu spya tnduk pd kbnran...????..

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran: 185) (petikan ayat quran ni dibri oleh 1 ammu pd sy..syukran jiddan...

Kesimpulannye kt sni..yg bengkok tu adela MANUSIA itu sndiri...sburuk2 tndkn mnusia adela pnganut agama YAHUDI n NASRANI yg sngaja mnukar ptnjuk nabi2 mreka...sejahil2 agama adela BERHALA..diorg meninggalkn ilmu logik smata2 nk brpgg pd agama nenek moyang mereka yg trdahulu....segila2 ideologi lak adela fhmn kmomunisme yg mnafikan kwujudn pncipta n mmbingungkn pmikirn mnusia dgn teori smulajd tnpa sbb..
Sbgai umat islam,kite seharusnya mnerima ISLAM yg dh dtnjukkn rasullullah dgn smpurna..ia adela lurus pd akidah n syariat,akhlak n dkwahnye..

Ya Allah,tnjukkan ku jalanMU yg lurus,iaitu jln yg mreka tlh engkau kurniakan nikmat,bkn jln mreka yg engkau murkai krn jln mereka yg sesat...




sekian sj wt stakat ni :)..insyaAllah akn brsmbg lg smbgnnye..ade lg nk di kupas ni..(if ade ilham lg la ^_+)...picture akn dmsukkn akn dtg.insyaAllah...da mgrib ni..nk mnunaikn tggjwb sbgai s'org muslim :)

Sunday, February 13, 2011

syukur...

0 comments

Bersyukur dan hargailah apa yang menjadi milik kita pada hari ini...

...kerana esok mungkin kita tidak akan memiliki perkara yang sama lagi....

Sekiranya hari ini kita bahagia...usah dikenang duka yang lalu...

...kerana bahagia itu hanya datang sekali..dan ia tidak akan datang buat kali keduanya...

Sekiranya hari ini kita memiliki rakan...hargailah dia..luahkan rasa sayang kita padanya...

...kerana mungkin esok dia tidak mampu mendengar lagi...mungkin juga esok dia tidak akan bersama kita lagi...atau mungkin esok dia akan pergi meninggalkan kita buat selamanya...

Hargailah apa yang ada pada kita hari ini...

...kerana setiap yang ada pada kita hari ini merupakan ANUGERAH ALLAH kepada hambaNya yang bisa ditarik bila-bila masa...

Dan jangan pula kita merungut dengan apa yang kita miliki...

...kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya yang bertakwa...

Friday, February 11, 2011

FINNALLY MUBARAK PENCEN..=)

2 comments
>

KAHERAH 11 Feb. – Presiden Hosni Mubarak dilapor meninggalkan Kaherah bersama keluarganya hari ini dan berada di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah, kata jurucakap parti pemerintah, Parti Demokratik, Mohammed Abdellah.

“Mubarak telah meninggalkan Kaherah bersama ahli keluarganya. Beliau berada di Sharm el-Sheikh,” katanya kepada AFP.

Mubarak meninggalkan Kaherah pada hari ke-18 protes besar-besaran di seluruh negara yang menuntut beliau meletak jawatan.

Perhimpunan hari ini merupakan yang terbesar sejak protes tersebut berlangsung tetapi ia dilancarkan selepas solat Jumaat tanpa sebarang unsur keganasan.

Sikap keras kepala Mubarak berakhir apabila terpaksa tunduk pada tekanan rakyat dengan mengumumkan peletakan jawatan kira-kira pukul 6 petang (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presidennya yang turut menegaskan bahawa pemerintahan Mesir akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera negara itu.




Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.
Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.
Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.
Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.
Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.
Segalanya, ameen untuk semua itu!

TELADAN REVOLUSI TUNISIA

Mesir mengambil teladan yang amat penting daripada mesej yang dilontarkan oleh Revolusi Tunisia.
Sheikh Rashid Ghanushi, pemimpin al-Nahdhah yang kembali ke tanah air selepas 20 tahun dalam buangan, memberikan pendapat bahawa sebuah revolusi rakyat tidak boleh berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing. Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Bukan an-Nahdhah, bukan mana-mana parti.

Itulah wajah Revolusi Mesir.

Ia tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin pembangkang.
Ia benar-benar sarat membawa kehendak seluruh rakyat yang menderita membayar 7 Pound untuk sebotol susu, ketika Presiden menghimpun harta mencecah USD70 billion, biar pun dia hanya manusia biasa yang kapasitinya mampu makan sekeping roti setiap pagi. Rakus, tamak dan kejam, rakyat sudah memainkan peranannya.

Al-Ikhwan al-Muslimun tidak bersikap simplistik pada membayangkan perjuangannya sebagai pengisi kekosongan yang berjaya diperolehi.

Mohamed Mustafa El-Baradei juga tidak memposisikan dirinya sebagai pemimpin rakyat Mesir pasca pengunduran Hosni Mubarak.

Justeru apakah masa depan Mesir?

MANUSIA YANG AMAN



Richard Mitchell di dalam bukunya The Society of Muslim Brothers membuat sedikit analisa menarik berkaitan dengan tabiat rakyat Mesir.

Pembunuhan Anwar El-Sadat pada 6 Oktober 1981 menggemparkan seluruh negara. Namun unik sekali, kejadian itu tidak mencetuskan revolusi. Apa yang menyusul kematian Anwar Sadat adalah sesuatu yang sangat aman. Yayasan-yayasan Islam terbentuk, ramai rakyat mula mendefinisikan jati dirinya sebagai Muslim dan Islamic Activism berkembang. Rakyat Mesir di peringkat marhaen yang terkenal dengan sifat agresif mereka, sebaliknya adalah rakyat yang komited dengan langkah-langkah aman untuk membentuk perubahan di negara yang diperintah secara hukum darurat oleh Hosni Mubarak ekoran pembunuhan Anwar El-Sadat itu.

Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan.

Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square).

Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.

Pastinya hal ini menjadi subjek yang diteliti oleh penduduk seluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Eropah yang dilanda ‘Ikhwanphobia’, tidak berhasil setakat ini pada mencari sisi-sisi keganasan yang sering digembar gemburkan.

Islamist bukan pengganas.
Mereka adalah manusia yang berintegriti.
Integriti yang bertunjangkan ajaran yang aman, ISLAM.

Malah imej ganas golongan Islamist itu sendiri adalah projek panjang regim warisan Jamal Abd al-Naser ini.
Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.

Amerika Syarikat memerhati. Regim Zionis memerhati. Eropah memerhati. Seluruh dunia memerhati.
Akan tetapi berpeganglah dengan firman Allah:

“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.” [Yaasin 36: 82]


MUSNAHNYA KUASA MEDIA PERDANA


Namun saya gagal menyembunyikan rasa gembira yang amat sangat secara khusus terhadap Radio Televisyen Mesir.

Media dokongan regim Hosni Mubarak itu yang selama ini bertindak sebagai alat propaganda, menyembunyikan keadaan sebenar Mesir yang bergolak, mempotretkan baik hatinya Hosni Mubarak pada mendahulukan rakyatnya dengan pelbagai reformasi dan insentif serta tidak henti-henti mencela TV Satelit (Al-Jazeera secara khusus), Facebook, Twitter, Blog dan internet sebagai petualang negara yang sengaja menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah…

Akhirnya Media itu jugalah yang menjadi platform Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak!
Jamal Abd al-Naser tumbang oleh ‘racun’.

Anwar El-Sadat tumbang oleh peluru.
Hosni Mubarak tumbang oleh Facebook dan Twitter.
Media Perdana bukan lagi ‘tuhan’ yang menguasai pendapat umum.
Semoga iktibarnya diteladani dengan bijaksana oleh semua.
Malam ini, kita semua adalah Misri!

- sumber,cikgu math n sience sy ms skolah (cikgu KODENG) pnyr blog..ehehe..

Wednesday, February 9, 2011

Hidup tak selalunya lawa

0 comments
Bismillah,

"Ini rasa sekeping jiwa..berbicara atas nama cinta pinjamanNya.."

Bila aku tengah resah dan gundah tak tentu arah macam orang bila hilang benda yang dia sayang,Ayat ini selalu aku cari .

Surah al-Ankabut (29:2) Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum di uji..?

wat pengubat luka bila ati diuji...When faith is put at test...Sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar kan? (◕‿-)...Itu janji dia yang pasti! sjuk hati ni skejap.


"Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata ada a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada.....
Kadang2...bila calamity tu dtg n wktu tu rsa mcam kena gelek dengan steamroll je rsenye...
.
Tp pa pe pn yg jadi..Igt pe yg DIA selalu pesan:

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"

mcm2 hdup ni kte di uji,mohonlah pd ALLAH utk dilapangkn n dpermudahkn urusan...Allah itu dekat...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(al-baqarah:186)

No matter what,no matter when,no matter when it doestn't at all make sense,do not leave you Love Letter's Compilation (kita punya the Ultimate Life Manual,the Quran). It is the last thread to sanity even if everything else failed..

Life breaks us all, but in the end,we r stronger in the broken places...

n...things are easier said than done,berat mata yg melihat,berat lg shoulder yg pikul..huhuhu

yakinlah duhai hati pada Dia..!..la TAHZAN (◕‿◕✿).

p/s : pic xde..sbb mls nk upload..mode tga swing nk menaip je...lalalala...

<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

Mesir, Egypt, Misr............................?????

0 comments

Assalamualaikum wbt...sepetang yg memboringkn ni mmbuat kn minda ni ligat brfikir,tgn lak ligat menaip....

Bismillah,..

Sape yg xpnh dga negara nme egypt ni kan...klau kt msia ni sume org tau n paling popular sure la akn dikaitkan dgn org yg blaja agama kt University al-Azhar,stock Ustaz,Ustazah la kata kan =)..emm

1st think 1st nak appreciate kat kerajaan Pak Najib kita ni,sbb berjaya pd tahap 90% n hmpir selesai angkut semua orang malaysia kat Egypt tu even take time yg lme sgt,haru biru rkyat msia rsaukn ank2,saudara mara,trmsuk la sy rsaukan org2 trsyg dsne :)...skrg ni mmg rmai dh kawan2 yg study kt Egypt ni d balik mesia,trutama my bestfren FARAH WAHIDA :D,alhamdulillah sumenye selamat..

buat student2 lain kt jordan ke Syiria ke Saudi or lain2 negara arab,blaja betul2 sementara Allah bagi korang peluang utk blaja dgn aman,jgn duk berangan plak..ehehe..:P

klau la di pk2 kan...memang horror la rakyat mesir,lawan Mubarak tu!haha...Mubarak ni org cakap die strict,tp bagi sy la kan... die tak strict lgsung,tp die ni jnis xmkn saman,kepala engine,kepala batu,batu pn ok lagi tau rsanye..haha

Rakyat Egypt skrg mmg btul2 marah giler la...klau diorg bleh lepuk si Mubarak ni,rsenye dh lama dh mubarak ni kne cepuk...lalalala..just Mubarak ckp die nk berunding lg,nak kan peralihan dlm masa 7 bulan lg n die gak bagitau xkn sekat kebebasan akhabar n media,xkn potong line telefon n internet,n bbrpa lg prkra yg die cuba nk janjikan,dmi meredakan ketegangan yg sangat hot skrg ni...tp u r too late mubarak...sbbnyeeeeeeeeee.........................

rakyat dh xtahan,30 tahun tuuu memerintah,bkn 30 hari or bulan...tp pe yg org egypt ni dpt??...pengangguran,barang naik,rasuah pun naik,kekayaan x di agih dgn baik,just berlegar pd org atasan je,nk mkn pn ssh,ckp lama rkyt egypt ni bersabar dgn Mubarak yg tak Mubarak dh!..dh jd murtabak!!!!...

Mubarak lak mmg baik pnyr la relationship dia dgn Amerika n Israel,Israel skrg dh pening,Mesir jiran dgn Israel,n suara rakyat yg mahukan demokrasi ni plak memang tak suka dgn Amerika n Israel,xkire la die liberal,berhaluan kiri,apatah lg Islamis, rkyt mmg dh xbleh trima Amerika Israel ni,tu yg Israel risau sgt tu,lg rsau klau rkyt jordan pn ttbe bangkit gak,sbb pemerintah Jordan pn sama je 2 kali 5,ikut bulat2 cakap Amerika n Israel ni...haish...

sy doakan supaya Mubarak berjaya di jatuhkan,n rakyat palestin akn dpt hak diorang balik!..down...down..down...down...ALLAHUAKBAR!!!

Monday, February 7, 2011

pesanan utkku...utkkmu.

0 comments

sgguh sedih mlihat wanita kini...
sudah hilang al-haya' (malu).
mempamerkan diri mereka sesuka rasa.

duhai muslimah syg..
klu nk jd bidadari...knela blaja tutup aurat spt yg dnyatakan dlm al-Quran dmna Allah memerintahkn wanita yg br iman spya mnutup kepala n dlabuhkn hgga mntutupi dada...ttup aurat sgala...

jgn pkai trllu ketat sehingga menampakkan bentuk badan...Warna xboleh mnarik perhatian,n xboleh jarang..igt muslimah syg....wlau bidadari2 syurga tu indah n suci,xpna ternoda wlau sebesar zarah skali pn..tp hrus diigt muslimah syg...sesungguhnya martabat wanita yg beriman tu,adalah lbih tggi drpd mereka....SUBHANALLAH!!! Bahkan, bg wanita2 beriman ini,yg dengan izin ALLAH dimasukkan ke dlm syurga,mereka dijadikan lbih cantik n indah dr para bidadari tu.. kerana.....bidadari2 tu,mereka tlh dijadikn demikian,sedangkan manusia,ada nafsu n akal...Andainya kite gna akal tu utk mmandu nafsu dgn bimbingan wahyu,insyaALLAH,kita mnjadi makhlukNYA yg lebih baik dr bidadari2 di syurga kelak...


Beruntung sebenarnya kite ni syg...Pada kejadian kite,terletak seribu satu rahsia alam... ALLAH jadikn kelembutan sbgai pakaian perlindungan bkn suatu kelemahan.. pada kite mata yg lembut bisa meleburkan iman seorang bergelar lelaki..bisikan waita mengandungi racun n jg pnawar...senyuman kite bisa mmbawa kpd jln ALLAH @ lembah maksiat..tangan kite membelai lembut bakal pemimpin2 ummah juga bisa menghancurkan kehidupan seorang insan.... n itu la pengubat sgala duka n luka seorang insan bergelar lelaki,jg bisa menghancurleburkannya...lemas dlm lautan alpa..

"bersyukurla wahai muslimah sekalian....,ALLAH dh menjadikan kite sbagai salah satu rahsianya yg paling agung,maka hargailah nikmat ALLAH" krn kite ni adlh titik permulaan dua jalan berbeza....kite mungkin menangis,tapi sebenarnya kite lbih gagah n tabah dari seorang lelaki..Di kala lelaki rebah n berputus harap,kite la wanita yg mukminah, dgn kekuasaan Rabbul Izzah,menjadi kekuatan yg plg utuh,tak lebur hatta oleh panas mentari...Selayaknya kite wahai mukminah ibarat syaidatina Khadijah n ribuan lagi serikandi ISLAM."

skrg sm2 kite brmuhasabah diri kite...n bgaimana kite aplikasikan anugerah ilahi ni...wallahualam bisawab...