˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Monday, April 11, 2011

KERANA NAFSU SERAKAH..ANAKMU TERIMA PADAH ~~

0 comments



ini adela luahan hati sy sbgai seorg insan/hmba Allah dmuka bumi ni..

Bismillah....

Cara hidup umat islam hari ini kalau kite perhatikan,ibarat berkiblatkan cara hdup barat,...kebanyakan drpd kite menganggap dosa zina ni bkn suatu keslhn yg besar ttpi yg pntg ialah kehidupan dpenuhi dgn keseronokan tnpa perlu mlihat kesan yg mnjengah ~~kalau la skiranya kesannya trkne pd diri sndiri mmbngkitkn ksdrn ia mgkin mmbw kite kmbli kepgkal jln..ttpi apa ksdhnnya skiranya benih yg dsemai tnpa iktn sah trsbut mmbuahkn hasil n ditanggung pula oleh insan yg lahir tnpa mengetahui asl usul mereka??~~~
Tatkala bayi2 comel dlhirkn ddnia dsmbut dgn gmbira,die dsmbut pula dgn simpati,cemik dalam suasana hiba...DIMANA tangis syukur ibu smbil mmluk erat dirinya??..MANA gema seruan azan ayah di cuping telinganya???..DIMANA tawa riang n kata2 pujian tahniah dr saudara n sahabat handai??..KOSONG!!!!...
Ianya bgai epilog sdih yg trpksa dllui oleh bayi tsbut..nmun dia msh trllu kecil utk memahami sume tu...hny dfhmi oleh hati2 insan yg msh mmpunyai ksh syg n perasaan perikemanusiaan..PERASAAN ibu n ayahnya??...hmmmm..wallahualam..hny Allah yg tau smada menyesal atau langsung TAK KISAH!!!!
Bila bayi yg xbrdosa tu mmbsr,die sndiri yg trpksa tanggung beban akibat drpd prbuatan silam ibu nya...dicaci,dicela srta dpndg serong oleh sstgh msyrkt hgga dmtanya trasa masa dpnnya samar2 seolah2 mghrp tkdir mmbri sinar harapan...plbgai dugaan yg trpksa dtmpuh ank trsbut stiap kali ign mlgkah mnju fasa baru khdpnnya...n lg brtmbh2 brmslh klu nk kahwin..pnerimaan mnusia ni sukar nk djgka......
Even cmna pn,kite sbgai msyrkt yg hdup ddlm 1 komuniti,jgn la trllu mnanam prasan bnci pd ank2 yg sdg diuji dpnts dunia ni..mereka xbrslh oleh itu xadil la nk lontar batu2 pnghinaan pd mereka...krn mreka ni MANGSA hasil drpd nfsu serakah yg mmbuta~~~
Kesimpulannya kt sni,kite sbagai mnusia adela sma...xkire bgaimana kite dlhirkn,sape ibu bapa kite,n bgaimna prjlnn hdup kite,destinasi syurga itula yg prlu djdikan inspirasi prjuangan....dan brpegg la pd firman Allah – “sesungguhnya orang2 yg paling mulia diantara kamu disisi ALLAH SWT ialah org yg paling brtkwa”-(al-hujurat :13)...
Duhai anak mgsa nfsu serakah..biarlah dmata manusia engkau trbuang bgaikan smpah,krn mmbwa dosa ibu n ayah asalkn dpndngn Allah,engkau umpama permata yg smakin brsnar tiap kali di uji n dikeji..


- Hambamu yg dhaif @ mawar bidadari -

Tuesday, April 5, 2011

¸.·´¯`·.¸¸><((((º> ¸.·´¯`·.¸¸><((((º>

0 comments


BISMILLAH

][BaLaSaN MeNinGGaLKaN SoLaT][

1. Subuh : Sekali meninggalkannya dimasukkan keneraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60,000 tahun dunia.
2. Zohor : Sekali meninggalkannya dosanya sama sepeti membunuh 1,000 umat islam.
3. Asar : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Makkah)
4. Maghrib : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
5. Isyak : Sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal Dibumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatNya.

][YaNg MeStI KiTa LaKuKaN][

Sayangilah orang yang membenci kita..
Pemurahlah pada orang yang bakhil pada kita..
Daaaaaaaaaaaan..
Senyumlah pada orang yang menghina kita..
Insyaallah..
Suatu hari nanti..
Mereka akan menjadi seperti mana yang kita kehendaki..

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

0 comments

BISMILLAH.....

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya..Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah,ya ibadah iblis begitu hebat..Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat...Cuma satu…syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah...

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah..Syaitan tidak boleh menerima takdir ini..Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir..Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah,itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan..Jika cuba menafikan,kita akan terhina… seperti terhina iblis..Dilaknat dan dimasukkan ke neraka…kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup,takdir datang menguji kita..Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir..Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun..Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela..Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri..Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata..Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hambaNya..Kekadang takdir dan tadbir selari,maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi..Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan,maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan..Kita ingin putih,hitam pula yang menjelama..Kita dambakan kejayaan,kegagalan pula yang menimpa..Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?.Semuanya telah kutadbirkan,tetapi kenapa gagal jua?Ketika itu timbullah bunga-bungan’pemberontakan’dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa..Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan..Ya,hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja.dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya..Kata orang,hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir..Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat..Ya,mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdirNya samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia..Ertinya,mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik..Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdirNya,maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Sunday, April 3, 2011

wasiat nabi adam a.s keats puteranya

0 comments
bismillah...

Nabi Adam a.s brwasiat pd puteranya ttg 5 prkara kemudian menyuruh ank nye mewasiatkn pd putera anknya dan hingga la seterusnya....

1. katakn pd putera2mu,jgn la kamu mrasa tenang dgn dnia ini,krn ktika sy mrasa tenang dgn syurga Allah,maka Allah tidak redha n mengusir sy drpdnya...

2. katakan pdnya,jgn mnurut hawa nafsu wanita,maka ssghnya sy tlh mnurut hawa nafsu wanita shgga mkn buah dr pohon yg dlrng shgga sy menyesal..

3. tiap amal yg dkrjakan hrusla kamu brpk akn akibatnya krna andainya sy mmikirkn akibatnya sy xakn menerima nsib akibat ini..

4. jika hati tidak tenang maka hindarila dripada prbuatan itu krna ktika aku memakan buah larangan itu goncang hatiku ttp aku xhiraukan kemudian aku menyesal..

5. brmesyuarah la dlm semua urusan krna andainya aku brmesyuarah dgn malaikat tlbh dahulu pasti aku tidak trkna akibat ni...





Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian hiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Juzuk : 8 Surah : AL-A'RAAF No. Surah : 7 Ayat : 26

wallahualam bisawab..sekadar renungan...

Monday, March 28, 2011

DIA TIDAK BERDOSA

0 comments

org2 yg brzina krn NAFSU ni sah2 akn mendapat keseronokan,pastu dah tau megadung n xdpt dgugurkan sah2 la bersalinkan..bayi2 yg comel lote,mulus,putih cantik,dbunuh dgn haraoan MATI!!!!...bukan ke itu lbih kejam dr BINATANG????..duhai muslimah syg....mari sm2 kite muhasabah diri kite.....

Di mna kah letaknya Akal remaja kini?????..
Tnpa segann silu buang bayi dsna sni....
Tidak knl haram n dosa besar...
Juga Alpa dgn tatasusila Islam...
hny mngikut tlnjuk arah hitam..

Ya ALLAH....Ya RAHMAN.....Ya KARIM...
Duhai Allah yg maha membolak balikkan hati...
ENGKAU peliharalah golonganku ya Allah...
ENGKAU sinarilah cahaya keimanan ke ats wajah nya..
kepada REMAJA yang hilang arah.....
kembalikan lah mereka di landasanMU...
kembalikn mereka ke jalan yg benar...
ke jalan yg benar2 ENGKAU redhai...

YA ALLAH....
ENGKAU berilah kekuatan dan keimanan....
buat INSAN yg brjiwa mulia...
kembali lah kepangkal jalan..
ssungguhnya usiamu masih muda...
Rapatkan dirimu dgn Allah...
Nescaya dirimu akn sentiasa trpelihara...
Malah insyaAllah akn jauh dr landasan hitam..

SESUNGGUHNYA..............................
mereka yang sntiasa mengingati Allah...
akn sntiasa diredhai n dbwh lindunganYA....

hamba Allah yg dhaif - mawar bidadari

bila aurat di pandang remeh

2 comments
">


Isu ini dah lama di perkatakan, ramai yang sedar dan ramai juga yang perasan tapi buat-buat tak faham sampaikan ianya jadi seperti perkara biasa yang tak salah pun kalau buat, sedangkan terang-terang hukum agama Islam dah gariskan tatacara menutup aurat dengan betul. Kalau sekadar nak berfesyen lebih elok tak payah pakai terus. Mungkin ada yang kata itu sekadar permulaan, tapi kalau permulaan pun dah salah bila masanya nak betul. Bukannya dan berdakwah kerana diri sendiri pun masih banyak silap di mana-mana, sekadar saling ingat-mengingatkan di samping muhasabah diri sendiri. Malas nak cerita banyak, layan kan aja gambar-gambar di bawah kerana ianya sudah boleh menceritakan situasi yang melanda masyarakat akhir zaman ini.






Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:
Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.
Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.
Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki
Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.





Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.


sumber gambar dan sedikit-sedikit ayat kopi melalui blog org :)

Thursday, March 3, 2011

RAMA - RAMA

0 comments

Mungkin ramai yang kurang menyedari,namun sekurang2nya,berusahalah untuk sedar...tiada manusia yang sempurna,pasti ada kekurangan yang terselit di mana2,namun berusahalah untuk menyempurnakan kewajipan kita sebagai hamba yang hina lagi kerdil di sisi Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...lihatla rama2,ia cantik...bila pandangan kite dihiasi rama2,kite mnjadi suke n ceria..hmpir sume org akn trsnyum mlihat rama2...a.cube pgg n tgkap rama2 tu dgn sayapnye,tgok pe yg mlekat kt jari kite,warna n corak rama2 tu tlh brpndh kt jari kite lak...pastu lpskn n bia ia terbang..tp kali ni ia trbang lbih trbuai angin..sape yg tgkap pasni pasti xkn trtarik lg...harganye tlh tiada utk dikagumi mahupn di awetkn....itula sbb nape wanita diumpamakn spt rama2...ia sgt indah tp nilai nye cpt trun bile ade tgn2 yg memegang nye..mmg scara fizikal xde ape yg kurang,tp harga dri n maruah sdikit sbyk tlh trcemar...rama2 trpkse brjuang spnjg hdupnye..trpksa brusaha keluar dr kepompong... bkn mudah nk lpskn dri dr kepompong tu sbb ia trikat kuat,sdgkn spnjg brada dlm kepompong tu xde sape pedulikannye...lbih2 lg ms brgelar ulat,lgsng xde sape pn yg suke dekat...

SEDAR la duhai muslimah syg,rama2 tu sudah ckup mnjd contoh utk kite btpa brnilainye khdpn kite...swktu kite di puja,jgn trllu mabuk sbaliknya kenang2 la khdpn yg susah2 sblm ni...swktu kite di goda,dihambat rayu usah trllu mudah mnyerah sbb igt la org2 yg tlh brssh payah memastikn kite bangkit mnjdi manusia yg smpurna harini...kite dlhir ddunia bkn dgn sndiri,tp sbaliknye kite adelah lambang pngorbanan ayah n ibu yg mndidik kite sjk dari usia sehari...jgn mnjd rama2 yg dlm bingkai gmba,cntik dpndng tp sndri menanggung beban...hdup la bebas n trjemahkn kebebasan dgn nilai2 murni yg prlu dprtahankn...tugas kite n hak kite adelah memelihara kehormatan...

Klau la rama2 tau die cantik n memukau penglihatan manusia,pasti die xkn mudah trbang sne sni..sbb ia pasti akn trdedah dgn bhya...jike kite tau n sedar bhw wanita adela sasaran pntng sang penceroboh,kite ibrt rama2 yg xsedar diri diintai bhya..

DUHAI MUSLIMAH SAYaNG...

mahalkn harga diri kite..smakin sukar dmiliki,smakin mahal nilai kite disisi llaki...llaki perosak hny ignkn kuasa mmiliki tapi xmau setia memelihara n mlndungi kite...jgn bia kn diri trperangkap ke dlm tgn2 yg hny akn meleraikn warna2 kite,jdi la wanita ANGGUN n mmpunyai NILAI n MARUAH DIRI...NILAI WANIAT xtrletak pd brp rmai llaki yg ign mmiliki kite,tp trltk pd bbrpa org yg sggup menyintai kite...CINTA itu adela trjemahan pd kasih sayang n belaian syg pnuh ikhlas,slama mna kite lum temuinya,agpla kite msh bebas trbang spt rama2...

JADILAH RAMA2 YANG MENGINDAHKAN ALAM DAN JADILAH SERIKANDI ISLAM YANG MEMBANGGAKAN SEMUA ORANG JUGA YANG BERPEGANG TEGUH PADA AKIDAHNYA..wallahualam bisawab :),.....