Monday, November 30, 2009
BAgAIMAna wujud penyembahan BERhaLA???
Agama Rasulullah seblm trima wahyu...
Rasulullah sblum merima wahyu mngamlkn amln ikut agama Hunafa iaitu ajran Nabi sblum baginda..antara amln agam t sama ngn agm Islam melarng dri mlkukn yg mungkar n menyru lakukn yg ma'ruf..n hanya percaya Allah sahaja tuhan sekalian Alam..seblum baginda trma wahyu baginda telah mnjd sorang yg dihormati n dikenali sbg al-amin...iaitu sorang yg sentiasa benar dalam perckpn mhupun klakuan...
Ka'bah dibina sems zamn Nabi Ibrahim a.s n anknya Ismail as....mereka tlh membina ka'abah n mngamalkn TAWHID iaitu hnya Allah sahj tuhan n xde yg mnyekutukannya....selpas generasi demi generasi Ka'abah yg terletak di Makkah kian sesak ngn pertmbhn pnduduk mnyebbkn sbhgian mrk trpaksa duduk diluar Makkah.Ekoran ini u sbg tnda mngrmati Ka'abah mreka yg trpksa dok luar mngmbil batu2x sekitar Ka'abah u dijadkn sbg tnda mnghormati Ka'abah.perkra ni jdi amln yg mne tiap kali nk dtng Ka'abah mrka akn singgah atau pegi kat batu2x tu n mneglilingi sprtmna merka keliling Ka'bah..lma2x amln n tukar mnjadi amln mnyekutukn Allah.amln ni dperknlkn o 'AMR B. LUHAYY..sorang pmmpin suku Khuza'ah yg berkuasa dikota trsbut sblum Quraiy..pnymbhn patung brhala yg dbwanya masuk dr Syria..
(sirah alrisalah n khulafa' al rashidun,3/11/09)
my HEArT

dUHAi MUsLIMAh SAYaNg

Andai hidup tidak dihadiri lelaki,
Tidak bermaksud diri tak diingini,
Usahlah khuatir kerna cinta Allah itu pasti,
Allah memelihara hati & jiwa daripda dikecewakan
Dan didatangi penyakit (riak).
Wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang
longgar jagaanya oleh Allah.. atau pun Allah sedang mengujinye
dengan penyakit hati...
Dekatkan diri kepada Allah, pasti cinta akan kau temui,...
Usahla berharap cinta insan yang kau sendiri tak pasti..
Diamkan lelaki yang kau sukai..
Berdoala kepadaNya InsyaAllah kau pasti ajan dicari.
Jaga la Allah, pasti Allah akan menjagamu...
DOA BuAt diRINyA

Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cinta Nya
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihat si dia,jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihat si dia,jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong beritahu si dia,jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya
Tolong katakana pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakana pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhud bukan harta
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angan
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya
Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Toong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia,kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri
HANYA ENGKAU YA ALLAH MENGETAHUI SIAPA SI DIA..MOGA PESANANKU SAMPAI PADANYA WALAU AKU SENDIRI TIDAK MENGETAHUI SIAPA DAN DIMANA SI DIA..MOGA DIA SEEKOR LEBAH YANG SENTIASA MEMUJI KEAGUNGANNYA YANG MAHA KUASA MEMASUKI TAMAN LARANGAN DENGAN SOPAN SANTUNNYA DAN BERTEMU MAWAR BERDURI YANG TERJAGA OLEH TUANNYA..SIMPANLAH PESANANKU INI SEHINGGA ENGKAU BERTEMU DIRIKU SUATU HARI NANTI
MENCINTAI XBEERTI MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....
Sunday, November 29, 2009
JANGAN JANGAN JANGAN

Jangan sengaja lewatkan solat, Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan lupa tutup kepala atau alas kepala dengan kain kecik,
semasa kalian nk buat kerja...misalnya nk stuD,nk makan..
nk masuk tandas dan apa2 jela....
sbbnya syaitan gemar sgat bertenggek kt atas kepala..
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yang ada jika hutang diabaikan....
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan mempertikaikan Kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
