˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Thursday, December 31, 2009

SAAT JIWA TERASA KOSONG DAN SEPI

0 comments
Saat jiwa terasa kosong dan sepi,
Langit itu jauh kurenungi,
Mengimbau kembali perjalanan hidupku,
Dari alam jahil kealam islah,
Dari mencari cinta dunia kepada cinta abadi

Pernah dulu aku impikan,
Bebasnya hidup seperti insan lain,
Bebasnya aku melakukan apa sahaja dengan dunia ini,
Megahnya hidup dengan pangkat dan nama,
Bahagianya hidup jika memiliki kesemuanya.

Betapa jahilnya aku,
Betapa cintanya aku kepada dunia,
Hingga buta mataku,
Langsung tak memandang ke akhirat,
Langsung tidak menghiraukan pandangan Allah terhadapku.

Namun,tak pernah aku bahagia dengan duniaku,
Makin hari makin terasa kekosongan itu,
Semakin hari semakin menyesakkan dadaku,

Mungkin ini hidayah daripada Allah,
Dia memperlihatkan daku kan kematian,
Kekotoran dunia yang sementara ini,
Agar aku bangun dari mimpiku,
Agar aku terjaga dari lenaku..

MAka,tersedarlah aku,
Bahawa dunia ini akan aku tinggalkan,
Terbayanglah di fikiranku,
Bagaimana jika matiku tanpa taubat,
Sanggupkah aku menghadapi azab!
Sedangkan membayangkan juga sudah gerun,
Apatah lagi menghadapinya…

Tanpa disedari,
Air mata singgah dipipiku,
Menghitung dosa yang menghimpit,
Masihkah ada ruang taubat untukku…

Denagn penuh rasa penyesalan,
Kuinsafi diri akan noda silam,
Kuayunkan langkah kakiku menuju Ilahi,
Berhijrah ke destinasi haqiqi,
Merebut keredhaan Yang Abadi…

Ya Ilahi,
Betapa hinanya diriku ini,
Aku hanya islam pada nama,
Nikmatmu tidak pernah kusyukuri,
Malah aku semakin jauh darimu…

Ya Allah,
Aku malu kepadamu,
Aku berdosa aku khilaf,
Ampunilah diriku ini,
Maafkanlah hambamu ini…

Ya Rabb,
Kini aku kembali padamu,
kuhadapkan diriku kepadamu,
Mengharap magfirahmu,
Meraih cinta kasihmu…
Ya Muhaimin,
Di saat kelalaianku,
Masih kau biarkan aku menikmati rezekimu,
Masih kau sayangi diri ini,
Aku masih jua terleka,
Namun hidayahmu tetap kunjung tiba,
Betapa mulianyamu Ya Allah

Ya Rahim,
Betapa kasihnya kau terhadapku,
Betapa aku ini Ya Allah,
Terlalu kejam terhadapmu,
Menghirup banyak nikmatmu,
Masih ingkar padamu…

Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih Ya Rahman,
Terima kasih Ya Rahim,
Terima kasih tuhanku…

Akan aku perjuangkan amanahmu,
Akan aku sebarkan dakwah dijalanmu,
Bukan hanya untukku,
Bahkan untuk saudaraku,sahabatku
Dalam menegakkan syariatmu,
Mencari keredhaanmu…

Ya A’ziz,
Betapa bebasnya hidup,
Kiranya mengikut jalanmu,
Bahagianya meninggalkan hubud dunya,
Indahnya mencari keredhaanmu…

Ya Hakim,
Peliharalah diriku.
Tetapkanlah aku di jalanmu,
Agar aku tidak kembali jahil,
Agar aku tidak berjauhan denganmu

Wednesday, December 9, 2009

tips utk wanita

0 comments

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Saturday, December 5, 2009

BICARA HATIKU

0 comments


10.52 am

Ya Allah, beri aku sedikit ruang utk memohon ampun padamu...

duhai sahabat,
diriku ini xla ada apa-apa kelebihan berbanding kamu semua, melainkan aku hanyalah manusia hamba Tuhan seperti kamu yang lebih dahsyat daripada kamu. Cuma dikesempatan yang terbatas ini, ingin sekali aku mencari secebis peluang untuk aku berbuat amal kebajikan bagi menebus kepanasan neraka Tuhan nanti.

Even pe yg ingin kukatakan pada kamu masih byak lagi yang belum aku perbuatkan sendiri. Tapi, aku tidak mahu bahawa pengetahuanku atau ilmuku yang sekadar itu turut terkubur bersamaku dalam lahad menjadi makanan ulat tanpa sedikit pun dimanfaatkan..Hmm

Aku xtau cmne aku nk mulakan, cuma ingin ku katakan bila semakin tinggi ilmu seseorang semakin banyak cubaan dan dugaan yang bakal dihadapinya bagi menentukan martabatnya disisi Tuhan. Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing. Setiap manusia melakukan dosa-dosa kecuali para nabi dan rasul. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ Setiap manusia melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah mereka yang memohon taubat.”

Seperti aku ni, aku cuba ingin jadi yang terbaik untuk bakal suamiku, untuk bakal zuriat keturunanku, untuk keluargaku, untuk umat Islam seluruhnya dan untuk Islam khasnya. Tetapi kadang2 aku tewas oleh desakan bisikan syaitan dan iblis yang dapat menerobosi masuk kedalam hatiku lalu aku lalai seketika. Pada masa itu, aku bagaikan lupa segala ilmu yang ku belajar, aku lupa pesan guru yang mengajar dan aku lupa seksa TuhanTapi segalanya kekuasaan Tuhan, aku terkesima dari kelalaian yang mengasyikkan. Aku terngadah pada dosa yang telah aku lakukan. Lalu…:

"Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yang terlalu lemah untuk mengahadapinya. Oleh itu, janganlah Engkau ambil kira apa yang aku lakukan sewaktu akau tersalah atau terlupa. Ampunkanlah daku, terimalah taubatku dan perkenankanlah permintaanku. Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri. Tuhan, dosaku terlalu banyak bergunung, tetapi kutahu rahmat keampunanMu umpama lautan meluas yang dapat menenggelamkan segala gunung dosaku"

Kadang2, pe yang kita katakan tidak semestinya itu yang kita perbuatkan atau pun percayakan. Tutur lidah bersalahan dengan kata hati. Bukan tidak mahu diamalkan, tetapi masih belum mampu untuk memperbuatkannya sendiri.

Seperti ungkapan hukama: berpesanlah kearah kebaikan sekalipun engkau masih belum memperbuatnya keatas dirimu sendiri. Semoga dengan kebaikan itu yang dilakukan orang lain boleh membuka hatimu bagi memperlakukan bagi dirimu sendiri. Maka, semoga dengan amalan yang kupesan ini, akan membuatkan aku mengamalkan untuk diriku sendiri.

Terlalu takut oleh ku seketika mengingati murka Tuhan kepada sesiapa yang memberitahu orang lain tentang suatu perkara namun dirinya sendiri masih belum mengamalkannya sebagaimana dalam surah As-Saff.

"Ya, Allah. Lindungilah daku dari murkaMu. Kerana aku tiada terpampang untuk menahan murkaMu yang maha dahsyat itu."

Masih terlalu banyak yang ingin perkatakan sebelum tibanya masa yang ditakdirkan buatku. Semoga Allah memberikan aku peluang bertaubat buat menebus segala keterlanjuran dosa yang ku lakukan.

Ya Allah, berikanlah aku sedikit lagi peluang untuk memohon taubat dan ampun. Kerana apabila sudah tiba masanya menemuiMu, maka sudah tentu aku tidak lagi berpeluang untuk memohon keampunan atas segala dosa-dosa ku. Ampunlah aku YA ALLAH……

kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak. .....Allah saja yang tahu...

0 comments

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini....
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah...


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman... "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dalam
al Quran"


"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama


Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain... berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam..

Friday, December 4, 2009

10 ALASAN TOP MUSLIMAH XNAK BERTUDUNg

0 comments

1. Mereka jahil tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Mereka kata, "Maaf, kami tak tau pun?" Mereka juga jahil akan pengertian aurat. Mereka tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau.

2. Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah. Tapi tidak terfikirkah mereka betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai jugak mengatakan bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, kenapa mereka boleh, anda pulak sibuk kata tak boleh?

3. Mereka kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, adakah itu alasannya untuk anda tidak memakai tudung? Ok, so, anda tu dah baik sangatlah agaknyer yer. Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai seorang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah siapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita sudah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita?

4. Baiklah, ada juga di kalangan mereka yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, belum sampai serulah nak tutup aurat. Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah..." ade ker? Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?

5. Lagi, mereka merasakan mereka sudah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan. Mereka fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei, anda janganlah nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah.

6. Alasan bangang seterusnya, "Kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Mereka mungkin tidak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-jahilnya. Dan lebih teruk lagi, mereka sombong untuk menimba ilmu yang berkaitan.

7. Lagi "Apa baiknya menutup aurat ni?" Paling teruk lagi, mereka mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh masuk Islam apabila mereka mengerti akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah anda betapa indahnya Islam?

8. Lagi alasan bangang, "Orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti saya pakai tudung?" Emmm...kenapa anda nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa anda tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Anda yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat membawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran.

9. Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga mereka ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker?

10. Akhir sekali, mereka memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Mereka selalu berkata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan mereka. Itu pun jika DIA menghendakinya. Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.

Sama-samalah saya, anda atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-fikirkanlah

Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya.

**Persoalan (alasan) di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya.

DOA SEOrANg mUSLiMAh

0 comments

YA RABBI
Aku berdoa utk seorang lelaki, yg akan menjadi sebahagian daripada hidupku
Seorang lelaki yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yg akan meletakkanku pd kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yg hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu
Seorang lelaki yg mempunyai sekeping hati yg sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu
Seorang lelaki yg mengetahui bg siapa dan utk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yg memiliki hati yg bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas
Seorang lelaki yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yg tidak hanya memujaku tetapi dpt juga menasihati ketika aku berbuat salah
Seorang lelaki yg mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku
Seorang lelaki yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yg dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya
Seorang lelaki yg memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yg memerlukan doaku utk kehidupannya
Seorang lelaki yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna
Dan aku memohon ya ALLAH..
Berikan aku sekeping hati yg sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku
Berilah aku tanganMu sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikan aku mulutMu yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Posted at 12/15/2005 10:35:18 am by hamlatulquran

Wednesday, December 2, 2009

GADIS SOLEHAH

0 comments

imanya lebih tebal dari buku ensiklopedia
benteng dirinya lebih teguh dari tembok besar cina
tidak tergugat walau digoda
oleh sesiapa pun
cukup sempurna tatasusilanya
cukup sempurna akhlaknya

gadis solehah

indahnya peribadimu
tidak pernah melemparkan pandangan lama-lama
kepada yang bukan halal untukmu
dia takut
dia bimbang
kerana pandangan mata lah yang merupakan pintu pertama
pintu yang membolehkan si hitam mampu membukanya
dan bersedia memulakan step pertama

gadis solehah

gadis yang dipelihara kehormatannya
oleh yang maha esa
sebagai balasan dari kebaikannya

duhai gadis solehah

teruskanlah engkau menjadi gadis solehah
janganlah jemu
janganlah lelah
kerana satu masa nanti
pasti..
Allah akan menyediakan yang terindah untukmu..