˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Monday, November 8, 2010

pelangi selepas hujan

0 comments










Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Assalamualaikum..

0 comments
bismillahirahmanirrahim =)

hmmm....mntang2 da lme xudpdate mcm2 isi da letak..hehe
mudah2an pe yg da dmsukkn td dpt la kite brkongsi brsma...
pe yg baik dtg dr Allah,n pe yg buruk tu dr diri sy sndiri...
semoga kite dpt sma2 muhasabah diri kite...


biarlh kite trima kesusahan n ditimpa plbagai ujian d sini.....
itu suma adlah "mahar" utk mnuju ke syurga andai kite brsabar n redha ats sgalanya..
sabar,redha,bersyukur n jgn brkeluh kesah..ingatla Allah sntiasa ada bersama utk kite memohon prtlongan...kuatkan semangat even pe pun yg trjadi,andai brasa lemah..cbala utk bangkit semula..bngkit & trus bngkit shinggala mncapai kebahagiaan yg ABADI di "sana" kelak.~~SALAM PERJUANGAN buat semua~~(^__^)

TAKDIR MILIK ALLAH

0 comments

"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"

Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.

Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik.

"Assalamualaikum…"ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut.

"Wa..alaikummussalam.."tergagap Indah menjawab.

Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju.

"Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye.."Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.

Indah hanya angguk.Abang??Hurm..

Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.

Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.

Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.

Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…

Indah jadi canggung.Aduh..nak buat apa ni?Takkan naki berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.

Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku.Ya Allah…tolong Indah..

Perlahan,Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya.Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya.Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..

Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah.Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun.Tanpa sedar.dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun..

"Awak…maaf..Saya tak boleh!Saya tak bersedia…"Indah menuturkannya.Air matanya tanpa ditahan-tahan,jatuh menuruni pipinya yang gebu.

Irfan tergamam.Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak.

"Tolong!Jangan dekat dengan saya..Saya takut..Jangan!!!"Indah sudah meraung-raung.Irfan berdiri static.

"Indah…demi Allah…abang takkan apa-apakan Indah ok..Bawa bertenang..Tarik nafas sayang..Tarik nafas…"Irfan cuba berdiplomasi.Indah yang mendegar,kembali bertenang.

Irfan menghampiri Indah.Dia membawa Indah duduk di birai katil.Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya.

"Irfan…saya minta maaf…"perlahan Indah menuturkannya.Irfan hanya tersenyum.Tangan kananIndah dicapai dan digenggam.

"Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak lansung.Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita.Dan kita sebagai anak yang soleh,hanya menurut.Saya memang terkejut dengan semua ni.Dan….saya masih lagi tak bersedia…Awak…bagi ruang untuk saya….Saya…melaksanakan tugasan tu…saya…"Indah tak dapat meneruskan kata-katanya.

"Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang,Indah dah ada pilihan ker?"Irfan menuturkannya berhati-hati..

Indah geleng."Demi Allah…tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya.Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang…..saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya…Saya harap awak faham…"

"Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia.Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah.Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah.Indah ambillah berapa lama pun."Irfan senyum.Senyuman tu…..buatkan Indah rasa serba-salah..

"Terima kasih Irfan…"Indah cuba tersenyum namun pahit.Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya.Bayangan yang sangat takut….

"Tapi…abang nak Indah patuh syarat abang.."suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.

"Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah.Boleh?"

"Insyaallah wak…"Indah angguk.

"Ehem…bukan awak tapi Abang.."Irfan membetulkan.Indah tersenyum..

"Hm…abang…"

"Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?"Irfan tersengeh nakal.

Indah terkedu.Pegang tangan?Matanya menala pada riba Irfan.Ya Allah…tangannya kemas digenggam Irfan.Tak sedar??Aduh..

Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit."Indah nak tidur.."Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai."Indah tidur bawah,abang tidur atas."

"Tak…Indah tidur atas katil,abang pun tidur atas katil!"

"Tapi…"

"Indah..kan abang dah janji.Takkan Indah tak percaya.Abang kesian kat Indah,nak kena tidur kat lantai.Kalau Indah tak percaya lagi,abang letak bantal golek kat tengah.Ok sayang?"

Indah telan air liur.Hurm…bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan.Adussss…

"Ok"

Indah bangkit dari tidurnya.Mimpi tu datang lagi!Ya ALLAH…Sampai bila Indah kena hadapi semua ni?Indah tak larat..Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh.Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan.Suaminya tak ada.Kemana?

Pintu bilik air terkuak.Irfan keluar dari bilik air dengan tuala.Indah memalingkan wajahnya.Uh…malu..

"Indah dah bangun?Sekarang baru pukul 5.00 pagi.Abang nak buat solat sunat.Indah nak ikut?Boleh kita jemaah.."Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya.Indah angguk.Dah alang-alang terjaga,suami pula dah ajak..Afdalnya ikut jer lah.

Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Nak mandi pagi-pagi macam ni,memang Indah tak tahan.Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.

Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat.Tenteramnya hati Indah,hanya ALLAH yang tahu.Memang tenang mendengar bacaan suaminya.

Usai solat,mereka mengaji bersama.Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.

Azan berkumandang…Solat didirikan.
Dan seperti semalam…sebuah kucupan hinggap didahi Indah.

"Awal kamu berdua bangun…"Hajah Halimah menegur.Irfan hanya tersenyum.Indah pula sibuk menolong membancuh air.

"Kan memang selalunya along bangun awal.."Irfan menjawab.Cucur jagung disumbat kemulut.

"Selalunya tu memanglah..Tapi,ni bukan selalunya..Kan pengantin baru…"Hajah Halimah tersenyum mengusik.Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk.Dapat dirasakan pipinya memerah.

"Dah siap ke sarapannya?"Haji Ali muncul.

"Dah bang..Abang lambat datang.Pengantin baru ni lagi cepat!"

Ketawa Haji Ali bergema."Mah oii,malu budak-budak tu.Tu ha,muka Indah dah merah tu."Haji Ali masuk sekaki mengusik.Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka.Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa.

"Er..ummi,biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan.."Indah mencari jalan selamat.Tak lalu rasanya kena sakat jer..

"Eh Kak Indah..awalnya bangun.Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi.."Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya.Aduh…tadi ummi dengan abi.Ni angah pun nak masuk sekaki?Aduh..

"Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan.Panggil uda sekali ye.."

"Ok bos!"

Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan.Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan.Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan.Seminggu selepas kahwin,Irfan membawanya pindah kerumah baru.Kondominium yang sangat cantik dan selesa.

Awal dirumah itu,Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik.Dek kerana percayakan Irfan..akhirnya Indah mengalah.Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya.Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal.Mengingatkan itu,Indah tersenyum sendiri.

Yang paling Indah suka,Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama.Jika tak tahu,Tanya saja pada Irfan.Semuanya dia tahu.Untungkah aku?

Ya..memang untung.3 bulan bersama Irfan,tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan.Memang wujud rasa kasih.Cinta??Sumpah…dia tak tahu.Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari….

Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang.Mimpi dasyat.Semua tu gara-gara paranoid yang melampau.Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu.Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan.Semua tu amat menyesakkan dada.

"Indah…."suara yang dirinduinya menyedarkan Indah.Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.

Irfan menghampiri Indah.
"Esok abang nak pergi out-station.2 hari.Ipoh."

Indah kerut."Selalu sangat abang pergi out-station.Kan minggu lepas dah pergi?"

Irfan sengeh."Dah kerja abang.Nak buat macam mana?Ker Indah rindu kalau abang tak ada?"

Indah geleng.Malu."Tak..Pergilah.Malam nanti Indah susunkan baju abang."

Indah melepaskan keluhan.Irfan…sunyinya rumah ni.Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah.Cepat dia buka pintu.Terkejut!Iffah datang.Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya.

"Iffah!Lama tak dengar cerita.Sejak aku kahwin,kau tak pernah datang rumah pun."Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.

Iffah senyum tawar."Kau tahulah aku,sibuk.Anak aku tu siapa nak jaga.Rizal asyik sibuk jer."Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer.

"Indah…"Iffah menyeru.Indah angkat dagu.

"Suami kau pergi Ipoh lagi ker?"pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut.

"Mana kau tahu?"

Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul.Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko.
"Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia.Aku dah cuci.kau tengoklah."

Indah kerut wajah.Perlahan dia capai sampul surat tersebut.Ditariknya isi didalam.Indah terkedu.Air matanya bergenang.Tanpa dipaksa,mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.

Irfan!Sampai hati.

"Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku.."

"Shhh.."Indah memotong kata-kata Iffah.

"Gambar ni bila lagi?"

"Bulan lepas.Tengoklah perut perempuan tu,dah besar.Aku agak dalam 7 bulan.Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar.Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia."membuta tuli tuduhan Iffah.

Indah telan air liur. "Terima Kasih Iffah.Kau boleh balik sekarang."lansung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.

Irfan memerhatikan isterinya.Kenapa nampak lain sangat ni?Tak mesra.Kaku.Aku baru balik,selalunya dia sambut semacam.Ni..

"Indah tak sihat ker?"tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV.Indah menepis perlahan.Irfan pelik.Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat.

"Boleh tak jauh sikit?Panas!"

"Abang rasa sejuk jer.Air cone ni tak cukup sejuk ker sayang?"

"Tak payah nak bersayang-sayang!"kali ni nada Indah dah melangit tinggi. "Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang,rupanya dah ada spare part!"Indah sudah berdiri dari tempat duduknya.Tangannya memeluk tubuh.

"Apa Indah cakap ni?"Irfan masih tenang.

Indah geram melihat ketenangan suaminya.Segera dia melangkah masuk kebilik.Seketika kemudian,dia keluar.Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja.Berterabur.
"Ni apa?"jari telunjuknya menala ke meja.

Gambar-gambar yang bertaburan,Irfan capai.Ditelitinya.Lama.
"Abang boleh terangkan."

"Terangkanlah!Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni.Dah ada isteri!Indah ni isteri abang yang kedua.Cakap bang!Cakap!"nada Indah tak mampu dikawal.Irfan geleng.

"Bukan sayang.Salah faham.Salah faham."

Mata Indah dah berair.Penipu!Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni.Irfan mengekori dibelakang.

"Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni.."Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.

Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. "Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?"air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.

Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. "Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan.."Indah kaku. "Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang."kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya.Istimewa?Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!

Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.

Dump!

Indah kaget.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak.

"Abang!"tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. "Tolong!Tolong!"Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. "Telefon ambulans!"Indah mula menjerit lagi.

"Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja.."Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.

Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah.
"Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah.."sedaya upaya cuba diucapkan.

Indah geleng. "Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!"Indah membalas.

Irfan senyum senang. "ALLAH…."perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan.

"Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.

Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..

Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang….

Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan….sebab tu Indah salah faham.

Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang,Indah akan lakukan apa je untuk abang…Untuk abang…..

Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang………
Memori yang ada Cuma gurauan abang…
Abang………
Takdir ini dah ditetapkan…..
Takdir milik Allah…
Dan Indah terus meratapi.

Amalan baik tapi terbalik....

0 comments
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

jiwa bergetar bila hati ikhlas mengingat Allah

0 comments

Sering kali kita mendengar kata bergetar digunakan untuk penyebutan sesuatu yang sulit di bahasakan secara verbal. Belum ada satu kalimat yang tepat yang bisa mewakili arti dan menunjukkan keadaan yang dirasakan orang, seperti getaran cinta, getaran rasa, getaran emosi, getaran gelombang elektromagnetik, getaran suara, getaran wahyu atau ilham .
Al Qur'an juga tidak secara gamblang menggambarkan keadaan Iman (ciri-ciri) yang sebenarnya, disana hanya disebutkan wajilats quluubuhum (bergetar hatinya, QS. Al Anfaal:2 ), taq syairru minhu juludulladzina yakhsyauna rabbahum ( gemetar karenanya kulit/fisik orang-orang yang merasa takut kepada Tuhannya, QS. Az Zumar :23).

Memang sulit bagi mufassir, penyair, seniman musik, pelukis atau filosof untuk mengungkapkan apa yang mereka rasakan secara transenden, sehingga mereka hanya mampu merangkai kata, bunyi, warna, sebagai ungkapan kedalaman makna dan arti yang tidak berasal dari apa yang bisa digambarkan seperti naluri, insting, inspirasi, ilham atau wahyu !! Yang turun melalui getaran penuh muatan makna dan pengertian yang berasal dari ilahi.

Sebelumnya saya akan mengajak anda untuk memperhatikan firman Allah surat Azzumar ayat 22-23, sebagai kajian mengenai getaran yang diakibatkan oleh proses dzikir, selanjutnya juga akan kita bahas secara universal dan ilmiah baik segi fisiologi maupun psikologi.
Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima ) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya) ? maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata .

….gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka diwaktu menginat Allah (dzikrullah) , itulah petunjuk Allah.

Penjelasan pada ayat diatas diawali dengan "terbukanya hati orang yang menerima cahaya Islam dari Tuhannya (pencerahan)', kemudian bergetar ( terguncang) fisik orang yang menerima cahaya atau pencerahan dari Tuhannya, lalu proses itu berlanjut dengan adanya harmonisasi antara fisik dan hati tatkala mengingat Allah ….itulah petunjuk Allah. Mungkin bisa saya tegaskan disini keadaan itu merupakan hal yang universal dan alami, bukan klenik atau khurafat .

Rasulullah pada saat pertama kali menerima wahyu di goa Hira mengalami guncangan tubuh atau beliau menggigil yang amat sangat, sehingga Siti Khadjah menyelimutinya . padahal udara di luar sangat panas. Sedangkan Siti Aisyah ra berkata : "Aku pernah melihat saatnya turun wahyu kepada Nabi pada suatu hari sangat dingin, kemudian Aku lihat dahi Nabi bercucuran keringat, pada saat itu aku menyekanya".

Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dari Abdullah ibn 'Umar ra, "saya bertanya kepada Nabi Saw. apakah engkau merasa bahwa wahyu akan datang ?" menjawab Nabi : "Kadang-kadang aku dengar suara gemerincing lonceng yang sangat keras, sesudah itu akupun terdiam mendengar itu. Tiap-tiap kali wahyu datang demikian aku merasa jiwaku akan dicabut". ( Rasulullah merasakan keadaan seperti ini yang paling berat dirasakan )

Kisah yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dari Shafwaan ibn Ya'la ibn Umayyah :

Ya'la berkata : Sementara Nabi berada di Ja'ranah, berteduh dibawah sehelai kain beserta beberapa shahabat, tiba-tiba datanglah seorang Badawy berbaju jubah yang berlumur dengan bau-bauan, lalu bertanya ; "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat engkau mengenai seorang yang berihram untuk umrah dengan memakai jubah yang berlumuran bau-bauan ?" maka Umar memberi isyarat kepada Ya'la, mengajak masuk ketempat Nabi berteduh, Ya'la melihat Nabi telah merah mukanya dan terus tertidur serta mengeluarkan orokan seperti orang epilepsy . Sesaat kemudian Nabi sadar , lalu Nabi berkata : "Mana orang yang baru bertanya tentang umrah". Sesudah orang itu di cari dan datang, Nabi berkata : "bau-bauan itu hendaklah kamu basuhnya tiga kali. Sedangkan jubah itu haruslah kamu tanggalkan dari badanmu. Sesudah itu berbuatlah apa yang kamu buat untuk haji".
Para orientalis Barat telah mempergunakan riwayat ini untuk menuduh Nabi Saw. orang yang telah kehilangan kesadarannya karena terserang epilepsy . Padahal nyata dari memperhatikan riwayat-riwayat itu, bahwa Nabi sesudah mengalami yang demikian itu, lalu memanggil juru tulisnya untuk menuliskan soal yang ditanyakan kepadanya tadi.

(Kepustakaan : Sejarah dan pengantar ilmu Alqur'an/ Tafsir , M Hasbi Ash Shiddiqy , Bulan Bintang, Jakarta 1954 )
Selanjutnya saya akan membahas "getaran" sebagai sesuatu yang alamiah bukan sebagai hal yang dianggap mistik kurafat atau bid'ah oleh sebagian kalangan. Le Shan dalam bukunya yang terkenal How to Meditate, menyebutkan bahwa meditasi dan berfikir transendental dapat menambah ketahanan kulit terhadap aliran listrik hingga 400 persen. Ia juga menegaskan bahwa keadaan jiwa pada saat bermeditasi secara mendalam, merupakan puncak ketenangan yang dapat menolak segala emosi dan keruwetan pikiran.
Diantara perubahan kejiwaan yang betul-betul dirasakan oleh orang yang mengikuti latihan meditasi atau dzikir adalah tercapai perasaan tenang, sampai pada tingkatan pengetahuan pribadi yang tinggi, dan pada perasaan yang indah yang menggelorakan hubungan individu yang intim, penuh keoptimisan, dan perasaan mampu untuk berkarya dan berfikir jernih .

Saya berpendapat bahwa perasaan yang luar biasa ini adalah perasaan diatas alam materi yang dapat dirasakan - bukanlah hanya omong kosong atau sekedar pengalaman pribadi seseorang. Perasaan itu merupakan suatu kebenaran yang dapat dibuktikan dengan adanya kesamaan yang universal dalam pengalaman kehidupan rohani pada para rohniawan dari ahli ibadah diseluruh dunia. Mereka dapat mencapai tangga-tangga pengetahuan yang diperoleh melalui getaran-getaran makna . Kesamaan pengalaman universal tersebut memberi bukti kebenaran pengalaman mereka itu yang didalam Alqur'an disebut sunnatullah ( ketetapan Allah, hukum alam ).
Sebenarnya potensi ini sudah disediakan oleh Allah didalam fisik maupun rohani kita, hanya saja sering dihambat oleh kata-kata Bid'ah dan khurafat, yang menyebabkan orang Islam takut mendalami tafakkur atau berdzikir dengan baik dan meneliti dampak kejiwaan seperti yang telah dilakukan oleh peneliti-peneliti Barat .

Secara jujur mereka meneliti kejiwaan universal tanpa melihat dari sisi agama yang dianutnya. Mereka berfikir bersih dan jujur dengan apa yang diketahuinya.

Dalam tulisan ini saya sengaja memaparkan masalah tersebut dalam upaya menerangkan pengaruh pikiran, emosi, dan jiwa terhadap kesehatan jasmani atau bertambahnya daya listrik dalam tubuh terutama pada otak serta pengaruh terhadap meningkatnya zat-zat kimia yang banyak memberikan pengaruh ..terhadap ketenangan, fenomena fikiran, halusinasi, getaran tubuh dll , semuanya berupa kajian ilmiah yang tidak bisa dikatakan klenik atau mistik .

Mari kita buang jauh-jauh pikiran yang membatasi kajian universal terhadap fenomena yang sering muncul dari mental dan kejiwaan kita sendiri, atau kita perhatikan proses latihan yang dilakukan oleh aliran tenaga dalam, prana, taichi, olah rasa, subud, meditasi, dan bagaimana pendapat mereka tentang pengalaman yang didapat.

Semua terjadi secara alami dan fitrah yang dapat dirasakan oleh setiap orang. Getaran yang diperoleh secara alami tidak bisa dikatakan berasal dari jin atau syetan, dan hanya orang yang sempit pikirannya dalam memahami kejiwaan sehingga berpendapat bahwa sesuatu yang alamiah dikatakan bid'ah atau khurafat.

Saya kurang sependapat dengan orang yang mengatakan demikian, karena peristiwa sensasi yang memunculkan gerakan-gerakan yang tidak teratur, disebabkan terlalu banyaknya daya listrik yang dihasilkan yang memenuhi pusat otak dan tidak mampu disalurkan dengan baik ke seluruh jaringan syaraf, hampir sama dengan peristiwa ledakan listrik yang diperoleh penderita epilepsi, yang mengakibatkan terjadinya guncangan-guncangan yang tidak beraturan.

Seperti yang telah dikatakan oleh Le shan bahwa, bagi orang yang melatih meditasi akan menghasilkan ketahanan terhadap getaran listrik hingga 400 persen dari orang normal. Sehingga jika daya yang besar ini belum tersalurkan dengan baik maka akan menimbulkan gerakan-gerakan sensasional yang tidak beraturan., Akan tetapi jika sensasi gerakan-gerakan itu dibiarkan lepas, maka dengan sendirinya gerakan itu akan reda dan tubuh anda akan semakin ringan serta pikiran, hati dan gerakan tubuh akan serasi. Hal ini telah dilakukan bertahun-tahun oleh kaum Tao dalam menyelaraskan keseimbangan pikiran, jiwa dan tubuh yang menghasilkan gerakan harmoni yang gemulai seperti gerak taichi yang indah .

Gerakan tai-chi merupakan gabungan antara olah jiwa dan gerak atau meditasi gerak, dimana seseorang yang sudah mencapai keadaan ini, akan merasakan penyatuan dengan gerakan alam yang harmoni.
Mengapa Timbul getaran dan gerakan yang tidak beraturan ?

Untuk memudahkan dalam memahami hal tersebut saya akan kutip beberapa pendapat yang bisa dipertanggung jawabkan keabsahannya baik secara ilmiah maupun penafsiran ulama yang cukup kuat pada masa sekarang.

Pada awalnya memang demikian, hampir seluruh orang yang mampu megkonsentrasikan pikirannya kepada satu objek dengan baik mereka akan mengalami dan merasakan getaran yang menyelimuti tubuhnya. Anda bisa membuktikan sendiri daya energi dalam tubuh anda. orang-orang yang melatih meditasi tai-chi atau yoga, psikhotronika dengan cara mengendorkan tubuhnya kemudian dia merasakan energi chi yang mengalir dalam tubuhnya. Bertambah lama bertambah kuat energi yang dihasilkan, akibatnya terkadang akan mengguncangkan tubuhnya dengan sangat keras atau bahkan seperti orang kesurupan dan epilepsy. Mengapa demikian ?
Berikut ini saya kutip pendapat J.B.S Haldane, hasil penelitiannya mengenai teori kuantum tentang kesadaran, seorang ahli biologi.

Pada tahun 1950-an, fisikawan David Bohm mengamati adanya 'analogi yang kuat antara proses kuantum dan pengalaman bathin dan pemikiran". Sebagian teori modern mengarah pada penelitian tentang kesatuan atau koherensi kuantum (quantum unity atau quantum coherence) di suatu tempat di dalam struktur-struktur sel saraf di air di dalam sel saraf, di microtubule sel saraf, atau dalam aktivitas tertentu di dalam membran saraf, akan tetapi semua teori ini berfokus pada aktivitas mikro di dalam sel saraf tunggal. Baik problem ikatan (binding problem) maupun penelitian MEG (Magneto-Encephalography ) tentang osilasi 40 Hz menunjukkan bahwa kohenrensi diantara sel-sel saraf yang berbeda. Jadi, persoalannya sekarang adalah : apakah kohenrensi kuantum berskala besar juga ditemukan di seluruh bagian otak ??

Mari kita mulai dari sini ; apakah yang membuat syaraf tunggal itu berosilasi ? Diketahui bahwa aktivitas listrik yang berirama di dalam membran sel saraf itulah yang menjadi penyebabnya. Seluruh membran sel saraf dihubungkan dengan terowongan yang jika dirangsang secara kimiawi atau elektris memungkinkan ion (atom bermuatan listrik) melalui terowongan tersebut. Terowongan ini biasa dikenal sebagai terowongan ion. Oleh karena bermuatan listrik, ion-ion itu menghasilkan medan listrik ketika mereka bergerak disepanjang terowongan. Aktivitas ini menimbulkan osilasi elektris di dalam sel saraf itu sendiri. Medan listrik di seluruh bagian otak yang mengandung osilasi 40 Hz itu merupakan fenomena kolektif dari osilasi sel saraf tunggal. Pertanyaannya kemudian: apakah medan listrik di seluruh bagian otak itu merupakan medan listrik kuantum, yang didalamnya osilasi 40 Hz merupakan osilasi kuantam yang terrpadu ?

Michael Green dari City University of New York baru-baru ini mengajukan hipotesis bahwa aktivitas didalam ion sel syaraf itu dipicu oleh fenomena terowongan kuantum (quantum tunneling phenomena) Terowongan kuantum adalah suatu proses ketika suatu partikel mampu menerobos energi penghalang (barrier energy) dengan mengubah dirinya menjadi gelombang sebelum akhirnya menjadi partikel kembali di sisi seberangnya. Penjelasan ini sangat sesuai dengan pengamatan, jadi besar kemungkinan bahwa aktivitas kuantum di dalam terowongan ion tunggal itu memang benar-benar terjadi .(SQ, Danah Zohar dan Ian Marshall terj. Jalaluddin Rahmat, hal.74 )

Selanjutnya saya akan menterjemahkan secara bebas kitab tafsir karangan Prof. Mohammad Ali Ash Shobuni mengenai getaran sebagai proses datangnya petunjuk yang dimaksud dalam surat Az Zumar : 22-23
Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur'an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah, itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya, dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk.

Ayat diatas memberikan ulasan bagaimana Allah membuka hati orang yang berdzikir, lalu memberikan Nur Ilahy sebagai petunjuk, kemudian dilukiskan orang yang tidak mendapatkan cahaya (hidayah) dari Tuhannya, sehingga mereka menemui jalan kesesatan disebabkan tidak mau berdzikir kepada Allah.

Ali Ash Shobuni, menafsirkan ayat 22 tersebut, yaitu Allah memberikan karunia keluasan hati (pencerahan) untuk menerima Islam (ajaran-Nya). Dan memberikan tuntunan terhadap hatinya dengan cahaya-Nya sehingga muncul rasa teguh atau mantap dalam hatinya. Yaitu rasa yang muncul dari bashirah dan keyakinan untuk menerima perintah dari Tuhan-Nya. Kemudian beliau menjelaskan bahwa kecelakaan yang besarlah bagi orang yang tidak mau berdzikir atau tidak khusyu' ketika berdzikir kepada Allah dan mereka dalam kesesatan yang nyata.

Ayat berikutnya Allah menjelaskan bagaimana proses petunjuk itu diturunkan kepada orang yang berdzikir. Yaitu tampak bagi orang mukmin itu tanda-tanda keimanannya rasa ketakutan yang dalam tatkala dibacakan ayat-ayat Allah sehingga ia bergetar tubuhnya, disebabkan kedahsyatan yang hebat akan kalam Yang Maha Rahman. Kemudian menjadi lunak, tenang ,kulit (fisik) dan hati mereka tatkala mengingat Allah, yaitu, tathmainnu (tenang) dan taskun (diam/hening) hati dan fisiknya (hati dan fisiknya sudah menjadi satu) tatkala mengingat Allah .

Bahkan lebih dalam lagi ditafsirkan oleh para Arifin (Ahli Ma'rifat), Apabila mereka melihat Alam Keagungan Allah maka mereka pingsan (thasyu). Dan apabila mereka melihat atsar dari keindahan alam maka mereka menjadi hidup hatinya ('Asyu). Dan berkata Ibnu Katsir : Hal ini merupakan bukti adanya kekuatan dari kalam Yang Maha Perkasa.

Demikian penafsiran dari para Ulama besar yang menyebutkan bahwa proses turunnya hidayah kepada orang-orang mukmin akan mempengaruhi fisik yang masih belum sinkron dengan hati yang tercerahkan, akan tetapi pada ayat tersebut terdapat kata tsumma yang artinya "kemudian", menunjukkan bahwa getaran terhadap fisik itu akan berubah menjadi lunak, hening bahkan hati dan fisik tidak lagi bersimpangan tatkala berdzikir kepada Allah, hal ini bisa dirasakan apabila dijalankan dengan benar.

(Diterjemahkan secara bebas oleh Abu Sangkan dari kitab Tafsir : Shafwatut Tafaasir, karangan Prof. Mohammad Ali Ash Shobuni, Beirut)

Buta mata or buta hati???...

0 comments



- “Masya Allah…tulisan ‘Allah’ jelas kelihatan di puncak gunung itu!”, terpegun sebahagian kita dgn berita sebegini.

“Kalimah Allah jelas kelihatan di benua Afrika,jika dilihat dgn imej satelit. Subhanallah!”,terlopong segelintir kita dibuatnya.

“Ishh… dahsyatnya. Budak itu lahir dengan tanda ‘Allah’ di telinganya. Mesti budak tu luar biasa dan ajaib!”, komen seorang daripada kita kepada suatu laporan akhbar.

“Subhanallah, lihat tu… Ikan Allah!”, smpaikn terbit sbuah laman web rasmi utk ‘ikan Allah’ ni..-





fhm betul la,knape masyarakat kita sgt obses dgn mende2 pelik yg dilihat sebagai lafz al-jalalah ‘Allah’ di pelbagai tempat...kt langit la, di perut lembu la,dlm isi tembikai,kt btg pokok di hutan, di sarang lebah n entah kt mana lagi…

Apakah semua itu keajaiban?

Mungkin ye,or mungkin sangkaan semata2...

taaaaapi...yg pstinye ialah,knp dgn kmunculan2 yg mcm tu br kite dpt ‘melihat Allah’...knp tnda2 @ ayat2 Allah itu hanya mampu kita kesan apabila ia muncul sedemikian rupa?...

knape kte xmmpu‘melihat Allah’ pd hari2 biasa?? . knp kne tggu yg luar biasa,br trgerak hati nk prcya n peduli pdNYA....

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]

adekh kite trjgkit dgn pnykit yg sma, sebagaimana penyakit yg menimpa Bani Israel? xmmpu mendatangkan percaya kecuali dgn garapan pancaindera?? Hny nk prcayakan Allah klu nabi Musa mmperlihatknNYA sbgaimna mereka mmprlihatkn ank patung lembu tu sbgai persmbahan....

Atau kite trjgkit pnyakit sprti penganut Kristian yg sentiasa ternganga melihat ‘Virgin Mary’ yg berdarah lantas disangka ‘Bloody Mary’?...







apekah bgitu skali rndahnye iman kite,smpaikn hny mmpu percaya slepas melihat?

Lupa ke kite kpd segala2 benda biasa yg luar biasa ini?

Lihat diri kamu sendiri… tidakkah kamu mampu melihat Dia?Hanya jika di dahimu tertulis kedut yang disangka kalimah Allah, baru kamu akui kebesaran Dia? Lupakah kamu kepada peringatan-Nya:

“Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak perhatikan tanda-tanda dan bukti kebesaran Dia?” [Adz-Dzaariyaat 51: 21]

Lihat dgn mata hatimu jari jemari yg sepuluh di tanganmu..Ia jari jemari biasa yang luar biasa...Panjang pendeknya menyerlahkan kesempurnaan penciptaan DIA..Lihat tubuh badanmu,jantungmu,matamu,kulitmu… sume yg biasa2 tu sebenarnya bkn biasa malah luar biasa...knp hrus dnnti sesuatu yg di luar kebiasaan utk menyedari kehebatan DIA??...

Renung langit… lihat bulan dan bintang, perhatikan pertukaran malam dan siang… segala kejadian biasa itu bukan biasa-biasa. Semuanya luar biasa. Lupakah kita semua kepada sebutan Dia dalam firman-Nya:


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. [Aal Imraan 3:190-1]

knp yg luar biasa jgk yg kite cari,,sdgkn sgala2nya trbntang di depan mata..Stiap kejadian sekecil @ sebesar mana sekali pn,tetap padanya ada tanda n bukti kebesaran-Nya...

Bkn shj trkejut dgn terpahatnya jalur2 yg ditafsir sbagai ‘mesej dariNya’, malah menganggap plak ikan itu ikan Allah,budak ini budak Allah… pa semua tu ye??...

Kite lupa pd hakikat sgala yg ada di sekitar ni,sedang n sntiasa berhubung dgn Allah,meihatnya mndatangkan tenang,mendengar suaranya mndatangkan harmoni di dalam jiwa.Semuanya zikrullah...

Langit yg tujuh n bumi serta sekalian makhluk yg ada padanya,sentiasa mengucap tasbih bagi Allah,n xde ssuatu pn melainkan bertasbih dgn memujiNya..akn ttapi kite yg xfhm akn tasbih mreka..

Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, agi Maha Pengampun [Al-Israa' 17: 44]

Sesungguhnya paradigma tahyul mnjadikan kita gagal melihat yg tersirat di sebalik yg tersurat,pd hari2biasa,kejadian2 biasa…yg di sbalik sume tu tersimpan makna yg agung n luar biasa.

Sebenarnya bkn la mata kepala yg buta,tapi yg buta tu ialah mata hati yg ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]

Buta mata hilang warna…buta hati hilang makna dan erti.Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga...skdr pringtan utk diri sndiri n peringatn brsma dr hmba yg dhaif....utkmu utkku ^_^

Assalamualaikum..

0 comments
lmenye xupdate blog ni...

syukur alhmdulillah sy msih dbri kesmptn utk mnulis di sni lg..
sejak dua mnjak ni mmg sibuk sket,so mmg xde ms nk update...

semoga kte smua sntiasa dbwh payung rhmatnye..