˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Monday, November 30, 2009

0 comments

BAgAIMAna wujud penyembahan BERhaLA???

0 comments

Agama Rasulullah seblm trima wahyu...

Rasulullah sblum merima wahyu mngamlkn amln ikut agama Hunafa iaitu ajran Nabi sblum baginda..antara amln agam t sama ngn agm Islam melarng dri mlkukn yg mungkar n menyru lakukn yg ma'ruf..n hanya percaya Allah sahaja tuhan sekalian Alam..seblum baginda trma wahyu baginda telah mnjd sorang yg dihormati n dikenali sbg al-amin...iaitu sorang yg sentiasa benar dalam perckpn mhupun klakuan...


Ka'bah dibina sems zamn Nabi Ibrahim a.s n anknya Ismail as....mereka tlh membina ka'abah n mngamalkn TAWHID iaitu hnya Allah sahj tuhan n xde yg mnyekutukannya....selpas generasi demi generasi Ka'abah yg terletak di Makkah kian sesak ngn pertmbhn pnduduk mnyebbkn sbhgian mrk trpaksa duduk diluar Makkah.Ekoran ini u sbg tnda mngrmati Ka'abah mreka yg trpksa dok luar mngmbil batu2x sekitar Ka'abah u dijadkn sbg tnda mnghormati Ka'abah.perkra ni jdi amln yg mne tiap kali nk dtng Ka'abah mrka akn singgah atau pegi kat batu2x tu n mneglilingi sprtmna merka keliling Ka'bah..lma2x amln n tukar mnjadi amln mnyekutukn Allah.amln ni dperknlkn o 'AMR B. LUHAYY..sorang pmmpin suku Khuza'ah yg berkuasa dikota trsbut sblum Quraiy..pnymbhn patung brhala yg dbwanya masuk dr Syria..

(sirah alrisalah n khulafa' al rashidun,3/11/09)

my HEArT

0 comments

Hati, Dikala hatiku masih berbolak balik, Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti, Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin, Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas! Hati, Kerapuhan hati kian meningkat, Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku, Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini, Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya, Hati, Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku, Ku tetapkan hati , Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi, Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih, Hati, Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya, Agar sentiasa terpelihara, Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya, Ya Allah, Sesungguhnya aku mengerti , Hati ini hanya untukMu, Ya Allah, Hanya padaMula aku berserah, Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali , Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi, Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu

dUHAi MUsLIMAh SAYaNg

0 comments

Andai hidup tidak dihadiri lelaki,

Tidak bermaksud diri tak diingini,

Usahlah khuatir kerna cinta Allah itu pasti,

Allah memelihara hati & jiwa daripda dikecewakan

Dan didatangi penyakit (riak).

Wanita yang sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wanita yang

longgar jagaanya oleh Allah.. atau pun Allah sedang mengujinye

dengan penyakit hati...

Dekatkan diri kepada Allah, pasti cinta akan kau temui,...

Usahla berharap cinta insan yang kau sendiri tak pasti..

Diamkan lelaki yang kau sukai..

Berdoala kepadaNya InsyaAllah kau pasti ajan dicari.

Jaga la Allah, pasti Allah akan menjagamu...Wink

DOA BuAt diRINyA

0 comments

Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya

Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cinta Nya

Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihat si dia,jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa

Tolong nasihat si dia,jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa

Tolong beritahu si dia,jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya

Tolong katakana pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga

Tolong katakana pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya

Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa

Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhud bukan harta

Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya

Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia

Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angan

Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa

Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga

Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana

Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta

Tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya

Toong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya

Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia

Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya

Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa

Tolong sampaikan pada si dia,kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

HANYA ENGKAU YA ALLAH MENGETAHUI SIAPA SI DIA..MOGA PESANANKU SAMPAI PADANYA WALAU AKU SENDIRI TIDAK MENGETAHUI SIAPA DAN DIMANA SI DIA..MOGA DIA SEEKOR LEBAH YANG SENTIASA MEMUJI KEAGUNGANNYA YANG MAHA KUASA MEMASUKI TAMAN LARANGAN DENGAN SOPAN SANTUNNYA DAN BERTEMU MAWAR BERDURI YANG TERJAGA OLEH TUANNYA..SIMPANLAH PESANANKU INI SEHINGGA ENGKAU BERTEMU DIRIKU SUATU HARI NANTI

MENCINTAI XBEERTI MEMILIKI

0 comments

Janganlah kau angkuh melaungkan...

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya...

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan...

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan...

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya...

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung...

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya..

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....

Sunday, November 29, 2009

JANGAN JANGAN JANGAN

0 comments

Jangan sengaja lewatkan solat, Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan lupa tutup kepala atau alas kepala dengan kain kecik,

semasa kalian nk buat kerja...misalnya nk stuD,nk makan..

nk masuk tandas dan apa2 jela....

sbbnya syaitan gemar sgat bertenggek kt atas kepala..


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yang ada jika hutang diabaikan....

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Jangan mempertikaikan Kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

MARIA oOOoo MARIA

0 comments
Prologue

“Hi, my name is Maria, what’s yours?”

Aku melayan sahaja kerenahnya. Menganalisa bila diberi peluang.

“I’m suffering from Crohn’s disease,” tambahnya lagi tanpa ditanya.

Maria merupakan pelajar di School of Barbering, Grafton Street.

Bila ditanya apa cita-citanya setelah selesai latihannya, Maria menjawab, “I don’t really have a plan. As long as I’m close to my daughter and have food on the table is fine with me,”

Terima kasih Maria. Engkau mengingatkan aku tentang betapa 'simplistic' cita-cita seseorang yang hidup tidak berpaksikan agama.


Hidup vs Mati

He Who created Death and Life, that He may try which of you is best in deed: and He is the Exalted in Might, Oft-Forgiving;-

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Al Mulk : 2

Ayat ini dapat ditafsir dari pelbagai sudut. Sangat bermakna walaupun tidak panjang berjela. Aku hanya ingin menyentuh beberapa aspek.


Allah menyusun ayat ini dengan cantik dan sempurna.

“He Who created Death and Life”

Lontaran persoalan, mengapa Allah menyusun perkataan ‘maut’ sebelum ‘hidup’? Hidup di dunia tiada makna. Kerana kehidupan yang sebenarnya bermula setelah mati. Maka kerana itulah Allah meletakkan ‘Al maut” sebelum “Al Hayah”, menggambarkan kepada kita bahawa kita akan hidup sebenar-benarnya hanya selepas ‘mati’ di dunia. Di akhiratlah kehidupan yang kekal abadi, iaitu merangkumi maksud ‘hidup’ secara hakiki.

Al-Ankabut : 64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhir

Dunia ibarat seorang fakir yang bermimpi. Dalam mimpinya ia seorang raja yang berkuasa, berharta dan berpengaruh. Bila tiba waktu subuh, datanglah malaikat ‘mengejutkan’ dia dari tidur yang lena. Rupa-rupanya dia terlupa bahawa ia seorang yang FAKIR. Yang tidak memiliki apa-apa.

Faathir : 15
Wahai umat manusia, kamulah yang seseorang yang FAKIR kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji

Begitulah tamsilan di dunia. Mimpi semata-mata. Alangkah ruginya mereka yang lalai dibuai mimpi yang indah ini. Ya Allah, sedarkanlah kami dari tidur yang panjang ini.

BUATMU MUSLIMAH

0 comments

Duhai muslimah…
Dengarlah keagungan kalimah al-Quran,
Relakanlah ajaran Muhammad s.a.w. menyusup masuk ke lubuk hatimu,

Keindahannya akan tersembunyi dalam fikiranmu,
Akan bertambah seri diwajahmu,
Umpama bunga mawar yang indah mekar,
Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.

Duhai muslimah…
Dalam usia remaja, apabila mata-mata pria memandangmu
tajam,
Naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan
mereka,
Kawallah dirimu dengan melabuhkan jilbabmu,
Hindari bisikan syaitan luar dan dalam diri,
Moga tuhan bersamamu.

Duhai muslimah…
Simpan dan peliharalah dirimu,
Jangan kau dedahkan pada yang bukan hak,
Jangan kau biarkan kegebuan kulitmu menyentuh
kebatilan,
Jangan kau biarkan tubuhmu dijilat api syahwat luar
sana,
Jangan kau biarkan kemerduan suaramu membuai lenaan
syaitan,
Jadikanlah ketegasan dan kesopanan perisai diri.

Duhai muslimah…
Wanita beriman dan bertaqwa menjadi matlamatmu,
Biasakan tanganmu mencari pekerjaan dirumah,
Tidak suka merayau sia-sia dijalanan,
Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupmu,
Rumahmu menjadi taman keselamatan dan kegembiraan,
Malammu bersujud mengadap tuhan Yang Maha Esa,
Bangun pagimu awal bagi menyahut tugasmu,
Kebajikan keluarga dan tuntutan ummah menjadi agenda
umatmu.

Duhai muslimah…
Kupaparkan puisi ini sebagai suntikan semangat buatmu,
Agar kita menjadi muslimah sejati,
Yang menjadikan pandangan Allah lebih utama daripada
pandangan manusia,
Yang menjadikan solat dan sabar perisai kehidupan,
Berbahagialah dirimu wahai muslimah,
Jika kamu orang yang beriman.

Sabarlah menahan keperitan dan kesusahan hidup,
Semoga kita digolongkan dalam ummat yang bangkit
bersama Rasulullah s.a.w.
Amin….
0 comments


  1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
0 comments

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah (SWT) dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (SWT) (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah (SWT)menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

thabbit qalbi

BUATMU UKHTI SAYANG

0 comments

Pabila teruna memandang dikau...kau tunduk mengelak panah syaitan... Pabila teruna memujuk rayu..dikau anggap itulah kalimah iblis syaitan... Pabila teruna menutur harapan indah..dikau yakin janjiNYA lebih bahgia dsne..kerana dikau mngerti & mnyedari akan erti maruah peribadi sejati...yg diselaputi iman yg hakiki..dan tidak semurah itu...

"ya Allah...peliharalah imanku ya Allah...jgan Kau pes0ngkan hatiku setelah Engkau mmberiku petunjuk...kuatkanlah hatiku agar dapat aku menempuh dunia yg penuh liku ini tanpa mgharapkan bantuan dr makhluk...ampunilah d0saku ya Allah

Selawat Pelindung Diri - N0wseeheart

0 comments

Tawassalna bi bismillah Wa bil hadi rasulillah [2x]Wa kulli 'arifin billahWa ahlillahi ya Allah [2x] Ya AllahSyumu silhudaShuyukhil waraaNujuu min nada [2x]Bihinnas lahu min kulli azaBi qadrillahi ya Allah "Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah, Ya Allah… Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah, dengan perantaraan amalan kebaikan mereka, kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah..." Fadhilatnya: Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw

MENGERTILAH DIRIKU

0 comments
Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membajai taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya,
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.

Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu.
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang,
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya,
Terlalu banyak kurang & salahmu.

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' & tenang..
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan,
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan Tuhanmu,
Pada qiamullail di keheningan malam,
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya,
Di situ ada bekalnya...
Lazimilah awal dirimu dengan al-Mathurat,
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu...
Cekalkanlah hatimu wahai diriku...