˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Friday, August 26, 2011

UJIAN itu nikmat (●*∩_∩*●)

0 comments


BIsmillah..Alhmdulillah dbri keizinan utk menaip lg kt sni...skali lg br2 ni Allah uji sy dgn ujian skt..dbulan ramadhan pula tu..saat2 org sibuk bribadah sy sibuk perang tahan skt,br 2,3 ari skt sy rs mcm da brhari2 skt....."pendarahan dlm perut"...agk sedih tp alhmdulillah,Allah bg sy kuat..sy xmenangis even ms kne tu skt,lemah bdn,longlai sbb darah byk keluar,hilang byk darah,Allah je yg tau sktnye...tp alhmdulillah,berkat ajaran ummi sy yg suruh sy amalkn air fatihah yg dbc pd air mineral sbyk 70 kali,dgn izin Allah akhrnye dlm ms xsmpai 24jam sy sembuh kembali...syukur alhmdulillah,...n itu wt sy trpk...Allah da beri sy nkmat sht brtahun2,ape slhnye skali skala Allah bri peringatan pd sy dgn dtg kn skt pd sy,agr sy xlalai n leka n sntiasa brigt,kite MILIK DIA :)..

Org yg beriman,pabila ditimpa sstu musibah atau penyakit,dia akn ttp bersyukur n smakin akrab dgn Allah,krn dia tau,skt itu bleh mghpus dosa2 yg lalu...dia akn sntiasa brbaik sangka dgn Allah..

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

kesenangan n kehidupan itu sendiri adela satu ujian...

Mnusia diuji setiap masa...

Krn cagaran syurga adela iman...

n rhmat ALLAH tu melimpah kpd kita ats dasar keimanan kita kepadaNya...


hmmm.....mnusia mmg sntiasa diuji..n klu ikut pndgn sy la kn,ujian tu ade dua bentuk..

1.Ujian yg menyukakan,gembirakan,menyenangkan(positif): jadi raja,Perdana Menteri,pegawai tinggi,kaya raya,harta byk,bijak pndai n lain2 la...2 just antara contoh2 besar je la..:D

2.Ujian yg xmenyukakan,sedih or menyusahkan(negatif):lumpuh,sakit yg teruk,xleh jln,tu paling azab....Ujian lain yg ringan :: kne hina,kne ngata...demam,luka kecik2 n lain2 lagi la..

antara dua ujian ni,ujian senang la yg plg ssh sbnanye :D...Allah pna sebut yg byk msuk neraka adela org kaya,high class tapi yg byk msuk Syurga adela org miskin..

saye tertarik dgn satu post yg djmpai di blog org...ehehee..tajuknye "HIKMAH DI SEBALIK UJIAN"

Apa itu Istidraj...

Kadang2 kita m'dengar org b'tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.

Kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan.

Itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.


Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

<((((((((((((((((◕‿◕)⊰ pin pin pin.....MENARIK kn artikel tu (✿◠‿◠)...syabas tahniah weldone pd blogger aslnye yg sy sndiri xtau sape penulisnye...

pa pe pn...kite kne igt...bile kite di uji..tu adela tnda Allah sgt syg kt kite ;)..krn bile kite di uji kite akn mncri tmpt kite akn brpegang n brgntung...n sbaik2 tmpt brpgg n brgntung adela dgn kmbali kpd Allah taala...plg pntg kite kne sntiasa brsgka baik pd Allah taala (◡‿◡✿)...

Saturday, August 20, 2011

WANITA

2 comments


~:: Wahai gadis solehah, kau pertahankanlah hijabmu, walaupun dunia memandang hina, yakinlah kerana Allah tetap melihat dengan penuh bangga, akhlakmu kau pelihara, maruahmu mesti rapi dijaga, pastikan tutur katamu yang lembut, moga iman dan taqwa menjadi benteng diri ::~

~* Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

~* Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

~* Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..

Friday, August 19, 2011

sYAITAN :: MUSUH NO 1

0 comments



bismillah....puasa da nk abis..sayu nye nk lepaskn ramadhan pergi :(..hmm hbis puasa trlps la syaitan...mula la kmbli kje2 nk merosakkan ank2 adam..k la sy nk kongsi kt sni mengenai syaitan yg sy ptik dr d penulis komik :D...<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

spt mnusia,syaitan jg mkhluk Allah...syaitan sgt bhy krn boleh merosakkan iman kita..syaitan menggoda n menghasut mnusia supaya ingkar pd Allah dan akhirnya mnusia itu akan sesat dan lastly msuk neraka brsma2 syaitan tuuu....sbbtu kite kne mlwn keras syaitan2 tuu...
SAPE IBLIS SAPE SYAITAN??~~
IBLIS :: raja syaitan
:: dijadikn drpd api..
:: sgt pandang rendah pd nabi adam krn djdikn drpd tanah
Sedangkn nabi adam drpd tanah..
:: Allah menghalau iblis dari syurga krn xma sujud pd nabi
Adam..
:: mengumpul pengikut2 nya yg trdiri drpd jin2 kafir yg
Brnma syaitan...

SYAITAN :: ialah tnterea n org suruhan iblis...

AMBITION SYAITAN N IBLIS..
Igt kite je ke ade cita2...iblis n syaitan pn ade tau...tp 1 je la..ehehe...iaitu nk menyesatkn manusia seramai mungkin supaya dpt msuk neraka sm2 diorg..krn mrh dihalau dr syurga,iblis tlh brsumpah utk menyesatkn ank2 adam....
IBLIS DAPAT LESEN
Klu mnusia ade lesen memandu....iblis pn ade lesen jgk...LESEN UTK MENYESATKN MANUSIA yg die dpt drpd Allah saat2 die trkluar dr syurga n mula menyimpan dendam....

KEJAYAAN IBLIS YG PERTAMA...
-Oleh krn sy mls menaip..sy just copy paste je la dr 1 blog...kpnyaan deanmaster kot nme die..eheehehe...
-Sejarah godaan pertama Iblis kepada manusia yang awal di syurga mempunyai kaitan sangat rapat dengan berpakaian dan bertelanjang. Ini memberi petunjk besarnya isu berpakaian ini bagi manusia sepanjang zaman. Dan ternyatalah inilah ujian besar bagi manusia sepanjang zaman.
-Al-Qur’an menjelaskan, Iblis telah berjaya menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dengan menggoda mereka berdua makan pohon yang dilarang oleh Allah dalam syurga. Cerita Iblis berusaha menggoda Adam dan Hawa agar tertanggal pakaian disebut dalam beberapa ayat.
-Maksudnya: “Lalu syaitan menggoda mereka agar dia bejaya menyerlahkan kemaluan mereka yang terselindung.” (al-Araf: 20)
-Maksudnya: “Lalu Iblis menghulurkan pada mereka berdua beberapa tipu daya. Maka tatkala mereka berdua merasai pokok tersebut, terserlahlah kemaluan mereka.Dan segeralah mereka menutupnya dengan daunan syurga” (al-Araf: 22)
-Maksudnya: “Lalu kedua-duanya makan sebahagiannya, akibatnya terserlahlah bagi mereka berdua kemaluan mereka.” (Taha: 121).
-Lanjutan itu dalam ayat seterusnya iaitu al-Araf: 26 Allah jelaskan bahawa pakaian telah Allah turunkan kepada zuriat manusia.
-Maksudnya: “Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf: 26)
-Seterusnya, Allah memberi peringatan kepada zuriat Adam tentang usaha syaitan menelanjangkan manusia ini.
-Maksudnya: “Wahai anak Adam. Janganlah kamu terpedaya dengan syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua-ibu bapa kamu dari syurga; dia menanggalkan daripada kedua mereka pakaian keduanya untuk dia menampakkan kemaluan mereka berdua.” (al-Araf: 27)
-Sepanjang zaman Iblis dan syaitan sentiasa berusaha menanggalkan pakaian manusia agar bertelanjang. Kejayaan Iblis menanggalkan pakaian Adam dan Hawa dijadikan sebagai peringatan kepada zuriat Adam agar jangan lagi terpedaya dengan godaan syaitan ini.

BUKTI KEWUJUDAN SYAITAN..
Sng je nk buktikn....nuuuu tgok je diri kite sndiri..mls smyg,lwn ckp ibu bapa,suke tgok tv berjam2..wt pkra2 buruk..haaah,tu kje syaitan la sumenye....yg lemah pasti tunduk...yg kuat insyaAllah psti syaitan akn mnjauh...
N nk lwn syaitan ni mmg la payah..sbbnye kite xnmpk die dgn mata kasar,tp pa pe pn kite kne yakin yg syaitan ni mmg sntiasa ade di skeliling kite,eh bkn je kt keliling bah kan dlm batang tubuh kite pn die leh lepak2..eee takutnye..

syaitan ni masuk dlm bdn kite mllui rongga2,lubang hidung,lubang telinga or liang roma,syaitn leh b'grak dlm salur drh mnusia,kire klu mnusia trnsport bas la,keta la..tp if syaitan darah tu la jd transport die...dr situ die leh g mne je die ske...plg ske sgt die p adela hati n otak,sbb disitula pusat mengawal mnusia...
Daaaaaaaan...syaitan mmg sntiasa brdmping dgn kite....sejak kite bayii,smpai dewasa,smpai nazak,smpai nk mati syaitan sgt setia brsma kite...silap2 klu kite xkuat iman kite leh jd besfren die kt akhirt nnt..nauzubillah...

KEKUATAN N KELEMAHAN SYAITAN..

Kekuatan :: die makhluk ghaib jd die leh menghsut mnusia snyp2 tnp di lihat..
:: bilangannya jauh lbh rmai drpd mnusia..
:: aktif 24 jam,xtido,jd leh rosakkn iman mnusia anytime je...
:: xjatuh skt mcm mnusia..klu ade pn sket2 je stakat muntah..cirit birit..luke kecik sne sni..
:: umur syaitan lbh pnjg drpd mnusia sbb tu la pengalaman n latar blakang mnusia byk yg die tau..

Kelemahan
:: syaitan cume brgntung pd tipu muslihat shj,die xdpt bntuan drpd Allah sdgkn mnusia brtkwa Allah bntu..

:: syaitan xmmpu sstkn mnusia brtkwa,jd kite kne mnjd mnusia brtkwa agr xsng digoda..

:: even syaitan leh mnjelma dlm plbgai rupe,tp Allah xizinkn die menyamar sbg nabi muhammad s.a.w

:: Syaitan di jamin kalah dgn ayat2 suci al-quran,doa n zikir2 trtntu...

CIRI-CIRI SYAITAN

Syaitan memiliki kepala.
Ciri ini diterangkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:
Sesungguhnya Kami jadikan (pokok Zaqqum itu) satu ujian bagi orang-orang yang zalim.
Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang,
buahnya seolah-olah kepala syaitan-syaitan.
[al-Saffat 37:63-65]

Syaitan memiliki dua tanduk.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَحَرَّوْا بِصَلاَتِكُمْ طُلُوعَ الشَّمْسِ وَلاَ غُرُوبَهَا فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بِقَرْنَيْ شَيْطَانٍ.

Janganlah kalian melaksanakan solat (sunat mutlak) pada waktu terbit matahari
(selepas subuh) dan terbenam matahari (selepas asar)
kerana pada waktu itu muncul dua tanduk syaitan.[2]


Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati
(tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).
[al-A’raaf 7:179]

FAKTA RINGKAS MENGENAI SYAITAN..
-Syaitan akn lari if dga azan smbil trcirit2,tp akn kmbli smula slps azan hbis..
-Syaitan ni makhluk brtnduk..
-Syaitan akn lari apabila qamat dimulakan n akn dtg smula stlh hbis..
-Kejahatan syaitan di belenggu dbln ramadhan..
-Sgt takut pd ayat kursi..
-Syaitan merasa kerdil bilamna mnusia menyebut kalimah bismillah..
-Loceng adela serunai syaitan..
-Syaitan akn mnjilat tgn org yg tido xbsuh slps mkn..
-Plg senang menguasai org yg sedang mrh..
-Mmpi yg baik dtg dr Allah yg buruk dtg dr Syaitan laknatullah..

P/S ::: org islam tidak boleh pkai loceng..krn di situ la tmpt syaitan ske bertenggek n brgayut di rntai n gelang2 loceng...
Abu hurairah meriwayatkn sepotong hadis dr nabi muhammad s.a.w bhw “ para malaikat tidak akn menemani sesiapa yg ada loceng dan anjing pdnya..(riwayat muslim)..

Syaitan boleh membesar seperti rumah :
Imam Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata,"Tunggangan Nabi SAW tergelincir,maka aku katakan celaka syaitan."

Nabi SAW bersabda :

"Janganlah kalian menyebut 'Celakalah syaitan!' kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku!' . Sebaliknya sebutlah 'Bismillah!' kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat."...

cik mawar (✿◠‿◠)

Thursday, August 11, 2011

fadhilat ramadhan

0 comments

bismillah...

stlh skian lma xmghdirkn diri dlm aktivti nisa' dsbbkn mslh kshtn + trasport..finnaly mlm td 11/08/2011 sy dpt mghdrkn diri utk progrm usrah pemuda,brbuka puasa + solat isyak n trawih n usrah nisa'..syukran jiddan too my buddy kak shasha sbb sudi mgmbil ur buddy ni kt uma n thnks jgk pd kak hajar sbb hnta mira blk usai progrm smlm ^_+...

smlm usrah brsma nisa' adela mengenai fadhilat ramadhan..trigat sy pd iniii ::

Hazrat Salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia!..Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati...Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan...Satu bulan yang mana Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat...Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain...(copy paste from my document sbbtu ayat skema :D).ehehe..

ape yg sy fhm,bln ramadhan ini adela bln simpati..ia jg bulan dmna iman kita boleh tprtgkatkan..dmna bulan yg kite perlu tingkatkan kesabaran kerana kesabaran itu mnjanjikan syurga..dan ssiapa yg berpuasa dbln ramadhan dgn keimanan n pengharapan maka Allah akn mengampunkan dosa2nya yg lalu..

ia adela bulan yang di awalnya rahmat..pertengahannya pengampunan n pengakhirannya adela pelepasan dr api neraka hasil drpd rs ketaqwaan kpd Allah...ssiapa yg meringankn bebanan hamba2nya (pekerja2nya)maka akn Allah lepaskan dia dr azab siksaan api neraka..

trigt kata my buddy kak shasha :: ibaratkan ramadhan spt sebuah kereta...sptmna kita akn sllu service kereta kita,spt itu jua la kita perlu mnservice diri kita...krn stiap ssuatu yg hdup sememangnya perlu diservice..spt ramadhan jgk,klu ape yg kite buat ni brsgguh2 maka itula hasil yg kite akn buat spnjg tahun shgga brtemu kmbali ramadhan akn dtg..InsyaAllah

kesimpulannya dsni yg sy nk simpulkan..smakin hari umur kite smakin temui penghujungnya....jd perbanyakkn la amal ibadat kita demi mncapai keredhaan Allah smata2 bkn utk menunjuk2...biarla sdikit aslkn brtrusan..krn ganjaran yg Allah berikan pd kita yg bramal ibadat pd bulan ramadhan amat2 la tggi n besar....ape yg pntg istiqomah la dgn stiap ape yg kite lakukan..insyaAllah ia nya akn brterusan shgga la kita akn brtemu ramadhan akn dtg utk mnservice skali lg iman kita...dan smoga kita akn trgolong dlm golongan hamba2NYA yg soleh n solehah..biiznillah..AMIN :)..(◡‿◡✿)


maafla akn menjarangkn wktu mengonlinekn diri bln ramadhan ni..mengspendkn ms utk pncipta :D..mengservice iman yg smmgnye ibrt kereta...perlu dservce tiap ms :D...

lma xltk beluncas kesayangan sy dsni ..ehehe..pinn piiin <((((((((((((((((◕‿◕)⊰..
maasalamah (✿◠‿◠)





Wednesday, August 3, 2011

rayaaaa VS ramadhan

0 comments

bismillah...

agk awl rsanye nk sebut2 psl raya ni..maklum la puasa pn xsmpai smggu lg...ehehe..tp slps mmbca majalah solusi edisi 34 yg saya beli baru2 ni..tertarik dgn kata2 ni ::

"perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan...andai ini Ramadhan terakhir kita..adakah layak bagi kita berhari raya?"

hmmm...trpikir2 saya..ya Allah,smpurna ke puasa saya ni Allah??..yela,tiap kali jalan2 kedai,saya perati dah byk promosi2 tentang raya...sakan orang beli itu ini,trmsuk sy la jgk mmbeli kain pasang utk dbuat baju raya..tp saya perati kan ade sstgh org trllu over excited...sdgkn kite pn xtau,smpat ke kite perabis kan ramadhan kite..daa ckup ke amln kite???..

jika ramadhan pun kite lum buat prsiapan...justeru itu,layak ke kite nk wt prsiapan berhari raya yg lum tntu kite dpt jmpe :(....mendalami erti sbna syawal pn msh rmai yg lum mmpu..sy tny student sy,ape yg mereka fhm ttg raya...diorg jwb,"KALAU PUASA PENUH DPT DUIT RAYA la cikgu"...hmmm duit raya je yg di tau nye...

syawal itu dsmbut krn kemenangan umat islam krn brjaya brpuasa,tnda menang mengatasi nafsu,..menang mengawall diri...sy tny diri sy sndiri,brjaya ke sy ni mncapai puasa yg smpurna skali gus melayakkn sy menyambut syawal....Allahu rabbi...sy rsa sgt xlayak sma skali,msh lemah dlm bribadah,masih byk yg prlu dperbaiki :(...

kalau kita berdoa kdg2 kita akn brdoa "ya Allah berikan la aku taufik dan hidayah"..tapi sedar n tau x kita ape pengertian TAUFIK...apa pengertian HIDAYAH??..

Taufik adela satu keadaan atau pekerjaan yg menuju ke arah kebaikan manakala hidayah tu adela ilham drpd Allah swt...brmkna utk mndpt taufik tu kite sndiri kne cari n lakukan...bukannye mntk drpd Allah...klu HIDAYAH ye,kite mnta drpd Allah stlh kite mlakukan prkara yg taufik...

kite xkn dpt HIDAYAH skiranya TAUFIK tu kite cari kt kelab malam...tp kite kne cari TAUFIK ni pd solat n amalan2 yg mndktkn kite ke arah soleh n solehah..

maka smpena dtgnya ramadhan ni,check list la ramadhan kita,buka hati kita dgn mlakukan prkara TAUFIK utk mendptkn HIDAYAH drpd Allah dan suaya ianya brkekalan bkn skadar pd bulan ramadhan shj...kite kne usaha mlakukan prkara yg mndtgkn TAUFIK bkn mhrp HIDAYAH dtg bergolek shj....

hmmm brbalik pd isu ramadhan..kita menunggu ramadhan dgn plbgai hrpn n matlamat..tp knp nafsu msh xjinak??...pluang keemasan trlps n trbiar :(...puasa hny skdr mnahan lapar n dahaga...sdgkn mulut,hati,lidah n sluruh diri msh rela dpenuhi dosa..mengata orang,caci maki,sifat baran xtntu hala,raya trlbh dulu dsiapkn sdgnkn ramadhan msh lum smpurna kite kerjakan...mode hari raya da menenggelamkn keberkatan ramadhan sblm ramadhan dtg lg..

zikir,pujian2 kite trhdp Allah,tasbih n tahmid n takbir dgnti dgn pndedahan aurat n hiburan yg mlalaikan.....hari raya adela hari kemenangan n kesyukuran,bkannya hari yg mmpamerkn kekufuran :(..cube muhasabah diri kita brsama2..dgn sgala bntuk kemungkaran yang kite buat..layak ke kita brhari raya???...

TEPUK DADA TANYA IMAN kita....puasa kita jgn disia2 kn...⊹⊱⋛⋋ ⋌⋚⊰⊹(✿◠‿◠)

˙·٠•●♥ mawar bidadari ♥●•٠·˙