˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Saturday, May 22, 2010

iNSaN Yg brgelAR WANITA

0 comments
kamu yang berasal dari tulang rusuk dada
hadirmu lemah tapi bermakna
ditentukan TUHAN AZZAWAJALLA
untuk dilindungi dan dibelai mesra

perwatakanmu halus belaka
sukar diramal penuh rahsia
mudah tertipu,terkecoh dan terpedaya
pandanganmu hanya sampai kelihatan saja

kaulah yang hidup bagai bintang dan pelita
tanpa kau disisi siapalah kita
kau yang mempunyai senjata berbisa
kaulah yang bergelar gadis,isteri dan
bonda...

kau umpama mekar segar ditaman
melemahkan setiap kita yang berpandangan
kau mampu memenggal leher kita dengan
kejelitaan
terkulai layu pada setiap kata yang
diucapkan

ingatlah wahai gadis yang diciptakan
kecantikanmu tak bererti tanpa ada sifat kemuliaan
peliharalah akhlak dan kesucian
kau diharapkan menjadi penyelamat ummat
dari dihina dan dicincang lumat..

tak mungkin ku bahagia tanpanya
menerangi setiap ruang dikamar gelita
mengisi kekosongan didada
kebijaksanaanmu menajamkan minda
ketaatanmu dan kesetiaanmu membawa ke
syurga...

usahlah kau calarkan aku dengan kemungkaran
jangan kau tangiskan aku dengan kecurangan
jangan kau hancurkan sebuah harapan
memiliki isteri solehah sebagai impian
menjadi sumber inspirasi dan
kebahagiaan...

kau yang cukup menderita
berkorban keringat dan nyawa
mengandung,menjaga walau diri terseksa
membesarkan dan mendidik ssepenuh jiwa

kau pembentuk ummat sepanjang zaman
kau yang melahirkan para nabi,khalifah dan
pahlawan
hanya airmata teman bicara
kau yang disanjung..kaulah bonda..

wahai yang bergelar wanita
kau sangat dipandang mulia
dari kalmullah hingga hadis rasulullah
peliharalah keharumanmu sebagai wanita
solehah
walau dimana jua kamu berada
kaulah srikandi

RINTIHAN JIWA HAMBA YANG HINA

0 comments

Di dalam dada ada rasa cinta kita
Di dalam jiwa ada rasa sayang bertakhta
Keluhan hamba pasrah hanya padanya
Kerna dia adalah pencipta segala

Di dalam dada ada rasa cinta di dalam jiwa ada rasa sayang
Keluhan hamba pasrah hanya padanya kerna Dialah Pencipta segalanya

Cintailah setulusnya semurni sufi beruzlah
Meratap menagih maghfirah dari tuhannya
Sejernih embun menitis sesejuk salju memutih
Bagaikan iman yang disirami takwa

Tuhan rahmatmu menggunung kasihmu abadi
Tiada penghujungnya
Tuhan hinanya hambamu mengecapi nikmat tanpa rasa malu
Walau secangkir syukurku di nodai dosa hiasan hidupku...

TIKA DAN KETIKA.....

0 comments






Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti
sia-sia... Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.



Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah sudah menghitung airmatamu.



Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa
berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu.



Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk
untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu



Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu
hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.


Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa
tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu.


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...sebenarnya
Allah sedang berbisik kepadamu.


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur... Allah telah pun memberkatimu.


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah akan tersenyum kepadamu.


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk
digenapi...Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan
namamu.

Oleh itu ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau
berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu

bukan disindir tapi nasihat....

0 comments

Pakai tudung tapi bertelanjang,
Itulah gaya orang sekarang,
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang,
Yang mana kendur yang mana tegang

Ha ini adalah pantun seloka yang dihantar oleh sedara paiseh. Pantun seloka ini cerita pasal fesyen remaja sekarang khususnya yang bertudung. Bukan nak mengata, ini nasihat buat semua muslimah kat luar tu. Anak dara ke, janda ke, yang pasti, nasihat dalam pantun seloka ni patut direnung-renungkan. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

P/s: Penghasil sebenar karya ini tidak diketahui dan mungkin telah terpapar di laman web lain. Ia sekadar renungan untuk dikongsi bersama. Baca seterusnya untuk pantun lengkap.

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

ungkapan brhikmah saidina abu bakar r.a

0 comments
Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu,

jiwa berada di sebelah kanan mu,

nafsu disebelah kirimu,

dunia berada di belakang mu,

semua anggota tubuh berada di sekitar diri mu,

sedangkan Allah ‘Azzawajalla berada diatasmu.

Maka menghasutlah iblis laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu,

jiwa mendorong mu ke arah maksiat,

nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat,

sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat,

anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa,

dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.

Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya,

Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya,

Sesiapa yang mengikuti tuntutan nafsunya maka hilanglah akal dari dirinya,

Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya,

Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya,

tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah ‘Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta dia akan memperolehi segala kebaikan.

Thursday, May 20, 2010

copy from kwn ana @ world of islam.....

0 comments
KUALA LUMPUR, Malaysia – An ethnic Indian lawyer is challenging Kuala Lumpur's Islamic court after it rejected her bid to practice Shariah law on grounds that she is not a Muslim. [seorang peguam berketurunan india sedang mencabar mahkamah Islam KL selepas mahkamah tersebut menolak percubaannya untuk mengamalkan undang-undang Syariah, yang mana wanita itu bukan seorang Muslim.]


It is the first such case against the Islamic court in the predominantly Muslim nation, where ethnic minorities have long complained their legal rights are being trampled on. [Ini adalah kes pertama melawan Mahkamah Islam di negara yang didominasi oleh Muslim, dimana etnik minoriti telah lama membuat aduan tentang hak perundangan mereka telah dipijak-pijak....]


Victoria Jayaseele Martin, 48, said Friday she decided to bring the matter to the civil court after the Kuala Lumpur Shariah court rejected her application last year, saying only Muslims can become Shariah lawyers. [Victoria Jayaseele Martin, 48thn berkata pada Jumaat dia bercadang untuk membawa perkara ini ke mahkamah sivil selepas mahkamah Syariah telah menolak permohonan beliau tahun lepas, dgn berkata hanya Muslim boleh menjadi peguam Syariah.]


"It is not a valid ground and it is unconstitutional. I have decided to challenge their decision because there is no basis in it," she told The Associated Press. ["ianya bukan alasan kukuh dan tidak mengikut undang-undnag. Saya membuat keputusan utk mencabar keputusan mereka kerana tiada yang kukuh di dalamnya," dia memberitahu Pertubuhan Akhbar. ]

Martin won an early battle after the civil High Court agreed Friday to hear the case despite objections from the Kuala Lumpur Islamic council. No date has been fixed yet for the hearing, she said. [Martin menang dalam pertarungan pertama selepas mahkamah tinggi sivil bersetuju untuk mendengar kes pada Jumaat walaupun penentangan dari Majlis Agama Islam KL. "Tiada tarikh telah ditetapkan untuk sesi mendengar," Martin berkata.]


Martin, who has practiced civil law since 1991, said she has the necessary qualifications after obtaining her diploma in Shariah law from a local university in 2004. [Martin, yg telah mengamalkan undang-undang sivil sejak 1991, berkata dia ada kelayakan yang diperlukan selepas memperolehi diploma dalam undang-undang syariah daripada sebuah universiti tempatan dalam tahun 2004.]


She said she wanted to become a Shariah lawyer given the growing number of interfaith disputes in the country, where she felt non-Muslims have difficulty getting fair representation. She submitted her application to practice Islamic law in 2006. [Dia berkata dia ingin menjadi peguam syariah yang mana meningkatkan jumlah pertikaian keyakinan dalam negara, dimana dia merasakan rakyat bukan Muslim sedang berdepan masalah untuk mendapatkan perwakilan yang adil/saksama. Dia telah menghantar permohonan untuk mempraktiskan undang-undang Syariah dalam tahun 2006.]


"Justice must be equally applicable. Open the doors to non-Muslims if you want non-Muslims to have equal representation in Shariah courts," she said.. ["Keadilan mestilah sama-sama terpakai. Buka pintu/ruang kepada bukan Muslim jika anda mahu bukan-Muslim mempunyai hak saksama dalam mahkamah Syariah," Martin berkata.]


Officials at the Kuala Lumpur Shariah court couldn't be immediately reached for comment. [Secara rasmi mahkamah Syariah KL tidak dapat memberikan komen segera.]

Malaysia has a two-tier court system for family matters _ secular courts for non-Muslims and Shariah, or Islamic, courts for Muslims. Religious minorities complain cases that involve a Muslim are usually sent to Shariah courts, where the decisions typically go against non-Muslims. [Malaysia mempunyai 2 sistem mahkamah untuk isu keluarga - mahkamah sekular untuk bukan-muslim dan Syariah atau Islamik - mahkamah untuk muslim. Agama minoriti (selain islam) mengadu bahawa kes yang melibatkan seorang muslim selalunya dihantar ke mahkamah syariah, dimana keputusan selalunya menentang yang bukan islam.]

Some 60 percent of Malaysia's 28 million people are Muslim Malay. A third are ethnic Chinese and Indian who practice mostly Christianity, Buddhism and Hinduism. [60% daripada penduduk Malaysia adalah Melayu Muslim. Satu pertiga adalah etnik Cina dan India yang mengamalkan kebanyakkannya ajaran Christian, Budha dan Hindu.]

-Sumber dari sahabat world of islam saye -

*******

~dimana kita sebagai umat islam untuk mempertahankan keadilan supaya ianya lebih saksama dalam mengendalikan dan mempetegakkn islam & masih ada lagi yang hendak mencabar dan menjatuhkan islam dimata dunia.. Fikir2kanlah~~
Tags: sebutan mahkamah

Tuesday, May 18, 2010

hmmmmm

2 comments

Wahai saudara- saudara dan kawan- kawan ku ….
Dengarlah pesanku ini …….

Keadaan kita semakin susah…..
Dunia Islam semakin terhimpit dan dicengkam ….
Kuasa- kuasa barat semakin bermaharaja lela …
Sifat- sifat kebinatangan semakin meluas dan menjadi- jadi …
Penipuan dan putar belit berlaku di mana-mana ….
Sana-sini.. pembunuhan pertumpahan darah sering sahaja berlaku !
Manusia semakin gila mabukkan kuasa dan pangkat.

Manusia semakin gila mengejarkan kesenangan dan kelapangan hidup !
Manusia semakin gila mengejarkan kemajuan dan kemewahan !
Manusia semakin gila menjual hati dan perasaan kemanusiaan mereka !

Oleh itu ….
Kita mestilah menjaga anak- anak kita….
Kita didik mereka dengan didikan agama supaya berpegang teguh kepada tuhan dan rasul !
Berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah !
Kita didik mereka supaya mempunyai sifat berani dan tabah sebagai pahlawan ISLAM…..
Kita didik mereka supaya menjadi seorang yang budiman….
Supaya mereka tidak takut kepada kesusahan !
Supaya mereka bersabar di dalam kesempitan…
Supaya mereka bersyukur di dalam kegembiraan…

Hanya dengan keimanan yang kental lagi kukuh sahaja yang dapat menyelamatkan mereka…
Bukan dengan harta dan pangkat…
Bukan dengan kemewahan dan kelapangan di dalam kehidupan ini…
Kerana….Kehidupan ini hanyalah sementara !
Kerana….Kesenangan dan kemewahan hidup hanya membawa manusia semakin tamak haloba !

Kerana….. Manusia semakin cepat lupa ketika mendapat kesenangan dan kelapangan
Manusia memang pandai berpura-pura hanya untuk mendapat sedikit kelegaan !
Manusia memang cepat mudah terpedaya dengan tipuan syaitan dan iblis
Manusia memang….. Takutkan bayang-bayang mereka sendiri !

Kerana itulah….
Iman itu penting!
Al-Quran itu benar!
Akhirat itu benar!
Dan manusia itu …..
Pada satu hari nanti…..
Pasti mati!.....



DIRI KU INSAN BIASA,TAK LEKANG DARI KHILAF & DOSA...
DIRI KU HAMBA PENCIPTA, KU BERIKAN CINTA PADA YG ESA..
INSYAALLAH..
TAKKAN MERASA CINTA MANUSIA ANDAI TIADA CINTA BUAT YG ESA..

"Kita bertemu atas dasar aqidah yg satu, bernaung bawah bendera Lailaa HaiLlahah, hati kita diikat UkhuwwahfiLlah, membawa misi ALlah di dunia, jual dunia untuk akhirat, "

"Wahai Mujahid Muda,, Selamatkan kitab ALlah dan Sunnah di hatimu, kilaukan pedang jihad di tanganmu,biarkan musuh2 dan Taghut itu gentar, agar syahid jadi kafanmu,"

"Agar satu hari tiba saat Malaikat, burung2 suci, kasturi mewangi mengiringi rohmu, dan pergi mendapatkan Rabbmu nun di taman hijau."

Selamat Berjuang Sahabatku!


Org berjuang sering menangis lemah di sisi Allah,
Tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia,
Berjuanglah kerana Allah,
Berbahagialah hati wlupun payah,
Kerana itulah jln ke Jannah...
Usah gentar,
Usah Takut dalam menegakkan kalimah Allah..
Salam Perjuangan.

Dalam mencari diriku..
aku tersentuh jiwa mengenalMu….
Salahkah aku bersatu kebenaran jalanMu...Jalan yang lurus,yang sudah pasti benarnya….
pasti kelmarin aku lalai..semalam aku leka….
tetapi hari ini aku sedar…tempatNya yang ku cari…tempatNya yang ku impi....
harap tiada persimpangan yang pecahnya haluan penghujungnya…..
moga aku diberi bimbingan olehNya…
Bukan kerana arus melanda muara, Bukanlah juga musim berbunga, Menggamit kumbang di udara…
Sebenarnya hati yang mencari Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui Demi tuhan yang kita percaya bersama...
Dalam mencari diriMu ,kalimahMu telah menyentuh mindaku…
Aku sedar busuk dosaku telah menggunung…..
Aku tahu ringan bekalan amalanku…..
Hanya kamu yang maha kudrat mengerti inti hatiku...
Berilah aku petunjukMu,hidayahMu,dan rahmatMu,
moga aku dapat apa yang aku kecapi.

Assalamualaikum..

0 comments

Wahai saudara- saudara dan kawan- kawan ku ….
Dengarlah pesanku ini …….

Keadaan kita semakin susah…..
Dunia Islam semakin terhimpit dan dicengkam ….
Kuasa- kuasa barat semakin bermaharaja lela …
Sifat- sifat kebinatangan semakin meluas dan menjadi- jadi …
Penipuan dan putar belit berlaku di mana-mana ….
Sana-sini.. pembunuhan pertumpahan darah sering sahaja berlaku !
Manusia semakin gila mabukkan kuasa dan pangkat.

Manusia semakin gila mengejarkan kesenangan dan kelapangan hidup !
Manusia semakin gila mengejarkan kemajuan dan kemewahan !
Manusia semakin gila menjual hati dan perasaan kemanusiaan mereka !

Oleh itu ….
Kita mestilah menjaga anak- anak kita….
Kita didik mereka dengan didikan agama supaya berpegang teguh kepada tuhan dan rasul !
Berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah !
Kita didik mereka supaya mempunyai sifat berani dan tabah sebagai pahlawan ISLAM…..
Kita didik mereka supaya menjadi seorang yang budiman….
Supaya mereka tidak takut kepada kesusahan !
Supaya mereka bersabar di dalam kesempitan…
Supaya mereka bersyukur di dalam kegembiraan…

Hanya dengan keimanan yang kental lagi kukuh sahaja yang dapat menyelamatkan mereka…
Bukan dengan harta dan pangkat…
Bukan dengan kemewahan dan kelapangan di dalam kehidupan ini…
Kerana….Kehidupan ini hanyalah sementara !
Kerana….Kesenangan dan kemewahan hidup hanya membawa manusia semakin tamak haloba !

Kerana….. Manusia semakin cepat lupa ketika mendapat kesenangan dan kelapangan
Manusia memang pandai berpura-pura hanya untuk mendapat sedikit kelegaan !
Manusia memang cepat mudah terpedaya dengan tipuan syaitan dan iblis
Manusia memang….. Takutkan bayang-bayang mereka sendiri !

Kerana itulah….
Iman itu penting!
Al-Quran itu benar!
Akhirat itu benar!
Dan manusia itu …..
Pada satu hari nanti…..
Pasti mati!.....



DIRI KU INSAN BIASA,TAK LEKANG DARI KHILAF & DOSA...
DIRI KU HAMBA PENCIPTA, KU BERIKAN CINTA PADA YG ESA..
INSYAALLAH..
TAKKAN MERASA CINTA MANUSIA ANDAI TIADA CINTA BUAT YG ESA..

"Kita bertemu atas dasar aqidah yg satu, bernaung bawah bendera Lailaa HaiLlahah, hati kita diikat UkhuwwahfiLlah, membawa misi ALlah di dunia, jual dunia untuk akhirat, "

"Wahai Mujahid Muda,, Selamatkan kitab ALlah dan Sunnah di hatimu, kilaukan pedang jihad di tanganmu,biarkan musuh2 dan Taghut itu gentar, agar syahid jadi kafanmu,"

"Agar satu hari tiba saat Malaikat, burung2 suci, kasturi mewangi mengiringi rohmu, dan pergi mendapatkan Rabbmu nun di taman hijau."

Selamat Berjuang Sahabatku!


Org berjuang sering menangis lemah di sisi Allah,
Tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia,
Berjuanglah kerana Allah,
Berbahagialah hati wlupun payah,
Kerana itulah jln ke Jannah...
Usah gentar,
Usah Takut dalam menegakkan kalimah Allah..
Salam Perjuangan.

Dalam mencari diriku..
aku tersentuh jiwa mengenalMu….
Salahkah aku bersatu kebenaran jalanMu...Jalan yang lurus,yang sudah pasti benarnya….
pasti kelmarin aku lalai..semalam aku leka….
tetapi hari ini aku sedar…tempatNya yang ku cari…tempatNya yang ku impi....
harap tiada persimpangan yang pecahnya haluan penghujungnya…..
moga aku diberi bimbingan olehNya…
Bukan kerana arus melanda muara, Bukanlah juga musim berbunga, Menggamit kumbang di udara…
Sebenarnya hati yang mencari Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui Demi tuhan yang kita percaya bersama...
Dalam mencari diriMu ,kalimahMu telah menyentuh mindaku…
Aku sedar busuk dosaku telah menggunung…..
Aku tahu ringan bekalan amalanku…..
Hanya kamu yang maha kudrat mengerti inti hatiku...
Berilah aku petunjukMu,hidayahMu,dan rahmatMu,
moga aku dapat apa yang aku kecapi.

Friday, May 7, 2010

SEDIHNYE DGN SIKAP ORG MELAYU

0 comments





Pengguguran anak di Singapura... ......Just to share reality dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan
mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar
ini kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak,
atas apa jua sebab dan alasan...

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.
Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil
terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad
pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang
disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam
bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum
dikafan, disembahyangkan( gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam
dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat
menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara
Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak
atasan atas pelbagai alasan....

Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan
Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar
Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu
tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani
pengguguran di hospital- hospital tersebut.