˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Thursday, June 24, 2010

tatkala ati ini diduga olehmu

0 comments




















Kadang-kadang hati ini terasa sunyi sepi Kadang-kadang juga jiwa ini terasa kosong tidak berisi

Masa itulah yang telah memunculkan satu rasa

Cinta yang tiba-tiba menyelinap masuk di kamar hati

Rindu juga tiba-tiba menjelma jauh di sudut hati

Semuanya datang bagaikan satu mimpi yang tak pasti

Mengapa??

Ya Rabbana,

Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir

Dikala aku sedang mencari-cari cintaMu

Mengapa rindu ini harus ada

Saat hatiku sedang cuba untuk merindui syahid di jalanMu

Mengapa mesti aku berharap pada cinta yang tak pasti

Sedangkan Kau harapan yang patut aku sandarkan..

Ya Rahim,

Aku sedar siapa diriku ini

Aku hanyalah hambaMu yang hina dengan longgokan dosa

Hari-hariku tidak terlepas dari berbuat dosa

Tatkala hati ini diduga oleh bisikan syaitan durjana

Aku hampir ketandusan iman di dada

Aku hampir hanyut ditelan gelombang nafsu cinta..

Ya Rahman,

Mungkin inilah ujian untukku dariMu

Sebagai kiffarah dosa-dosa yang pernah aku lakukan

Mungkin inilah juga dugaanMu

Terpaksa ku hadapinya dengan bekalan iman yang masih bersisa

Walaupun aku sedar

Jiwa ini terlalu kotor untuk menagih redhaMu..

Ya Ghafur,

Berilah aku kekuatan dan keteguhan iman

Untukku menepis dugaan cinta yang datang ini

Bantulah aku untuk bangkit dan bermujahadah

Melawan mainan perasaan ini

Tiada siapa yang layak membantuku tika ini

Melainkan Engkau,Ya Allah..

Ya Rabbul 'Izzati,

Teguhkanlah hatiku ini dengan kubu keimanan

Untukku serahkan cinta ini hanya padaMu

Untukku salurkan rindu ini hanya buatMu

Untukku sandarkan harapan ini hanya untukMu

Untukku mudah menggapai pohon redhaMu

Agar aku sentiasa mendapat belaian kasih sayang dariMu..

Ya Allah,

Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun

Aku sedar dosaku menggunung tinggi tidak bertepi

Berkenankah Kau menerima doaku ini

Layakkah aku menerima cinta manusia

Sedangkan cintaMu masih belum kutemui..

Pintaku Ya Allah,

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu

Agar aku bertemu dengan cinta yang mencintaiMu

Hadirkanlah seorang putera agama pilihanMu

Untuk bersama denganku menggapai redha dan cintaMu

Jangan biarkan maksiat mencemarkan kesucian yang dibina

Peliharalah hubungan cintaku dengan payung rahmatMu

Agar cinta yang dibina kekal bahagia dan abadi

Di destinasi syurga Firdausi..

amin…

Tuesday, June 22, 2010

saki baki kaum nabi luth

0 comments
Hobi gila ‘gay jamban’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila bau hancing dan busuk najis tandas awam di beberapa pusat beli-belah di ibu kota tidak sedikit pun membunuh selera golongan `gay jamban’ yang gemar melakukan hubungan seks sejenis di luar tabii di lokasi disifatkan paling strategik oleh mereka.

Golongan homoseksual itu yang bermodalkan wang 30 sen sebagai bayaran memasuki tandas awam terbabit didakwa turut menjadikan tandas berkenaan sebagai tempat bermadu kasih sebelum melakukan seks terlarang beralaskan mangkuk tandas.

Gejala terbabit yang semakin menular di sekitar ibu kota, kian membimbangkan apabila hobi gila ini dikesan menular di kalangan golongan belia, pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi hinggalah kepada pelancong asing yang melakukan dengan `kekasih’ tempatan.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah terkemuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan jelas membuktikan gejala hubungan sejenis dalam tandas awam ini bukan khabar tidak berasas.

Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Mohd Hamdan Zainuddin, 44, memberitahu, kegiatan seks golongan homoseksual dalam tandas bagaikan menjadi riadah paranormal berikutan kerap dibongkar hampir setiap minggu.

Menurutnya, golongan gay ini biasanya menganggap tandas sebagai tempat persinggahan bermadu kasih sambil melampiaskan gelora nafsu.

“Berdasarkan beberapa kes sebelum ini, golongan gay ini biasanya akan masuk ke tandas seperti pengguna lain, namun gerak-geri mencurigakan mereka boleh dihidu.

“Walaupun tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam tandas awam, penjaga atau pengutip bayaran di pintu masuk tandas serta pekerja pembersihan sentiasa peka dengan gelagat orang ramai yang memasuki tandas,” katanya.

Menurutnya, golongan ini kerap kali akan masuk ke tandas secara berdua-duaan tanpa disedari untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

“Kerap kali mereka tidak menyedari bahawa tindakan mereka diamati melalui cermin tandas atau oleh kakitangan pembersihan yang membersih tandas setiap 15 minit sekali.

“Tindakan mereka memerap terlalu lalu dalam tandas pastinya membuktikan ada yang tidak kena sebelum rasa curiga ini dilaporkan kepada pihak pengawal keselamatan bertugas,” katanya.

Menurutnya, pengawal keselamatan kemudian akan menjalankan siasatan termasuk mengendap bagi mendapatkan bukti sebelum pasangan berkenaan dicekup.

“Dalam beberapa kes, ada golongan gay ini enggan mengaku melakukan hubungan seks dalam tandas dengan memberi alasan mereka sekadar merokok atau duduk berborak.

“Namun kami mempunyai kaedah tersendiri untuk membukti kesalahan terbabit selain melalui sesi soal siasat oleh beberapa pegawai bahagian kawalan keselamatan yang cekap berhubung perkara ini,” katanya.

Menurutnya, golongan gay ini selalunya diberi amaran lisan supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit dalam tandas selain butiran peribadi mereka turut dicatat.

“Malah pernah sebelum ini beberapa pelancong dari Australia dan Singapura turut dicekup selepas didapati sedang meliwat pasangan mereka di kalangan rakyat tempatan selepas berkenalan melalui Internet,” katanya.



* Coretanku…
Memalukan dan menjijikan! bila hilang pedoman dan aqidah, semua benda berani dilakukan…. sehingga berani mencabar kesabaran ilahi dengan melakukan maksiat di hadapan Rabb. Inilah keJAHILAN manusia, nak sorok maksiat daripada orang ramai tetapi lupa atau pura-pura lupa yang Allah SWT SENTIASA MELIHAT dan MEMERHATI hamba-hambaNYA, sehingga tempat jijik dan kotor di jadikan tempat melepaskan syawatnya (tidak beradab sungguh!, kaum sejenis pula tuh).

Sisa baki kaum Nabi Lut masih bersepah dalam ummat akhir zaman ni… malah semakin berani dan aktif melakukan perbuatan sumbang walaupun di tempat awam. Semakin pupus lelaki yang berkualiti dengan iman yang teguh.

Kerasnya hati untuk mengingati ilahi… langsung tidak ada rasa bersalah lantaran dosa-dosa yang dilakukan. Perasaan malu pada dua malaikat yang sentiasa setia menemani di setiap waktu dan tekun mencatat amalan pun tidak di endahkan. Ini bukan di katogorikan ukhwah terlanjur tetapi ukhwah binasa sebab dari awal lagi niat bukan untuk menjalinkan ukhwah sesama insan seagama dan sekaum tetapi niat menjalinkan ukhwah untuk memuaskan syawat masing-masing…


Allah jelas menerangkan dalam firmanNYA

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: 21)

Bukannya Allah menciptakan pasangan sama jenis untuk berkahwin, tetapi isteri-isteri yang berlawanan jantina untuk meneruskan kehidupan dengan berbekalkan zuriat sebagai peninggalan untuk mentadbir muka bumi Allah ini… Agak pelik dan menjijikan, bila kaum yang sama jenis ini berkasih sayang… Nikmat kasih sayang yang Allah berikan tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya… malah tidak terfikir tentang AZAB Allah yang pedih… ada Riwayat mengatakan Allah Azza Wajallah tidak akan memandang 7 golongan ini di hari akhirat. Salah satu dari 7 golongan malang itu adalah orang-orang yang mengadakan hubungan sama jenis (Homosek dan Lesbian)… Alangkah ruginya, bila Allah tidak akan memandang, sedangkan waktu itu belas simpati dari Allah sangat diharapkan.

Jangan jadikan negeri kita seperti yang terjadi pada kaum Nabi Lut. Jangan dicabar kesabaran ilahi. Kita sememangnya tidak mampu menghadapi ujian dan bebanan seperti orang-orang yang terdahulu….

“Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.” (Surah Al-Anbia:74)


Hapuskan sisa baki kaum Nabi Lut ini yang hanya akan menambahkan bilangan keruntuhan akhlak pemuda-pemudi jika dibiarkan mereka aktif melakukan kegiatan mereka. Generasi yang SEDANG membesar dikuatiri akan menjadi mangsa…


wAllahua’lam…

Wednesday, June 16, 2010

dbotox dengan KEANGGUNAN

0 comments

























Dibotox Penuh Keanggunan.

Ketika bunga harum berkembang,
Rerama datang bertandang,
Madunya dihisap sang Kumbang,
Akhirnya layu di dalam gengaman.

Sang Kancil berlari-larian,
Sang Monyet melompat kegirangan,
Sang Harimau mengintai penuh harapan,
Mencari mangsa yang boleh dimakan.

Ayam dan itik di halaman,
Kambing sedang mencari makan,
Sang Ular merayap perlahan-lahan,
Mencari mangsa yang mampu ditelan.

Begitu indahnya taman-taman kehidupan,
Beredar mengikut pusingan,
Segala yang terjadi ada tujuan,
Mengikut ketentuan Tuhan.

Yang terjadi adalah ketentuan Tuhan
Mendidik insan lebih beriman
Walaupun tidak mampu difikirkan.

Begitulah dengan diriku,
Hatiku merasa sayu,
Diriku merasa malu,
Kerana aku tidak mampu,
Melawan apa yang berlaku.

Tika semangatku kuat
Kehendakku tidak mampu disekat
Kekuatanku tidak mampu digugat
Kerja siang malam tanpa penat
Segala halangan dapat ku kerat.

Hanya satu tak mampu ku lawan
kekuatanku hilang dengan takdir Tuhan.

Tika aku beranggan-anggan tinggi,
tiba-tiba ku tersungkur ke bumi.

Ketika ku mengharapkan kecantikan asli,
ku sangka diriku anggun sekali,
muka ku gebu dan berisi,
ku cuba cerminkan diri,
Ya … Allah, mukaku berot sana sini,
Kesakitannya hanya Ilahi yang mengetahui,
Semoga dosa-dosaku berlalu pergi,
Ku dibotox sakit gigi.
(he3)

Jari jemariku tidak mampu menari,
Dapurku tidak berasap lagi,
Jahitanku tidak mampu ku sudahi,
Rumahku bagai tongkang pecah kembali,
Kerna membelek mukaku yang anggun sekali.
(he3).

Mungkin juga ketakwaanku nipis sekali,
Tidak mampu melawan kesakitan yang di beri,
Harapanku dosa-dosaku berlalu pergi...

Wallahua’lam.

Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam....

HARGA SETITIS DARAH

0 comments





















Palastine
Darahmu, darah suci
Terus mengalir tanpa henti
Menggerunkan hati-hati Yahudi
Pejuanganmu tak kenal erti mati.

Palastine
Darahmu, darah merah gagah
Bukan darah menjadi barah
Darahmu yang tumpah di tanah
Menyuburkan semangat yang takkan punah.

Palastine
Darahmu, darah perjuangan
Seantero dunia memberi perhatian
Keberanianmu diberi penghargaan
Harga darahmu tidak mampu dihitungkan
Berbilion-bilion Yahudi memperuntukkan
Namun darah mu tidak mampu dihapuskan
Pasti harga darahmu di nilai Tuhan.

Palastine
Kau menitiskan darah-darah perwira
Kami sekadar mencurahkan kata-kata pujangga.

Palastine
Kau menjamah makanan untuk kekuatan jiwa
untuk menghasilkan darah merah menyala
Kami di sini makan tanpa hadnya
Menjadikan hati-hati kami buta.
Pakaianmu sekadar menutup aurat sahaja
Kami di sini berpakaian penuh bergaya
Menjadikan hati-hati kami terus leka.
Kau mendidik anak-anak menjadi pembela Agama
Kami di sini mendidik anak-anak menjadi kaya
Menjadikan hati-hati kami pentingkan diri sahaja.

Palastine
Ketika malammu dihiasi cahaya peluru
Malam di sini dihiasi neon yang bercelaru.

Palastine
Malammu tertegaknya solat munajat
Malam di sini bergegar dengan maksiat.

Palastine
Subuhmu dikejutkan dengan jerit pekik
Subuh di sini hanya muazim yang bertempik.

Palastine
Pemudamu bertahajjud dan berdoa
Pemuda kami berjaga untuk bersuka ria
Pemudamu melontarkan batu-batu berkuasa
Pemuda di sini melontarkan botol-botol berdosa
Pemudamu berani menghunuskan senjata
Pemuda di sini mencucuk jarum merbahaya.

Wahai bangsa Islam yang mulia
Marilah kita teguhkan rasa bersaudara
Simpulkan tali Islam dengan munajat bersama
Hapuskan maksiat yang datang melanda
Kuatkan iman di dada
Didiklah anak-anak menjadi pembela Agama
Hidupkan sunnah nabi yang mulia
Agar kita selamat di Akhirat yang kekal selamanya.

Wahai bangsa Islam yang mulia
Walaupun hati kita geram dan marah
Ingatlah dan lakukanlah kerana Allah
Teruskanlah perjuangan tanpa lelah
Tanpa putus asa dan rasa mengalah.

Wahai bangsa Islam yang mulia
Walaupun tiada darahmu yang tumpah
Namun keringgatmu mampu diperah
Nilainya juga mulia di sisi Allah.

Tuesday, June 15, 2010

UJIAN HIDUP

0 comments


Tidak ada hidup tanpa ujian! Hidup itu memang penuh ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan mahupun ketidaknikmatan. Persoalannya bukanlah pada ujian itu. Persoalannya bukanlah pada sesuatu yang kita anggap masalah itu. Persoalannya bukan apa yang menimpa kita. Tetapi sesungguhnya adalah bagaimana kita menghadapi ujian itu, memandangnya, memaknainya, menyikapinya.



Tiada ubat yang lebih baik ketika menghadapi ujian selain daripada sabar dan ikhtiar. Tidak perlu mencaci keadaan, atau menyesali keadaan secara berlebihan, atau stress, atau menyumpahi keadaan. Lari dari ujian, atau berusaha mencaci keadaan, tidak menerima kenyataan bukanlah penyelesaian, tetapi hanya akan menambah masalah baru. Kembalikanlah semua yang telah terjadi kepada Allah. Sikap yang terbaik adalah mengambil hikmahnya, pelajaran berharga buat menghadapi hari esok. Lalu lanjutkan dengan ikhtiar, mengusahakan yang lebih baik ke depannya.

Tiada hidup yang tanpa ujian! Dalam konteks agama, ujian itu adalah sunnatullah. Dengan ujian, akan diketahui siapa orang yang beriman dan siapa orang yang tidak beriman. Bagaimana kita menghadapi ujian itu, itulah yang akan menentukan nilai kita di hadapan Allah [sekali lagi nilai di hadapan Allah, bukan di hadapan manusia].




Akhirnya, alangkah lebih baik jika kita mendekatkan diri kepada Allah. Misalnya dengan meningkatkan kekhusyukan solat kita, doa kita, muhasabah kita, renungan kita.
Mintalah ampun kepada Allah. Mintalah petunjuk kepada Allah. Kalau bersungguh-sungguh dilakukan, insyaAllah...Dia akan memberi petunjuk kepada kita...Allah juga tidak mahu umat-Nya menganiayai antara sesama umat Islam. Mintalah ampun kepada Allah...Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa....

Sunday, June 13, 2010

setiap kepahitan pasti ada kemanisan..:)

0 comments

Setiap kepahitan pasti akan ada kemanisan...Setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan..itula aturan yg Maha Pencipta...cukup sempurna...tidak Dia hanya ciptakan kesulitan tnpa kemudahan dan tidak hanya diciptakan kepahitan tnpa kemanisan...tapi kita sebagai manusia selalunya alpa dan leka...selalunya tidak bersyukur dan sentiasa mengeluh bila ujian dan dugaan datang menimpa..sedangkan ujian dan dugaan itu adalah untuk menguji sejauh mna keimanan dan ketaqwaan kita pada Dia...

Kepahitan dan kesulitan dalam menempuh dugaan,ujian dan cabaran kehidupan itulah yg akhirnya akan mmbuahkan kemudahan dan kemanisan dihujungnya...kemanisan itu akan terasa terlalu indah jika bersabar menghadapi dugaan ujian dan cabaran kehidupan...Tnpa mengharungi kepayahan kita tidak akan merasa nikmat kemanisan...sama juga keadaannya bila kita jatuh sakit..jika tidak sakit kita tidak akan merasa manisnya nikmat sihat itu..dan pasti tidak akan mnghargainya...

Begitulah kehidupan...kesulitan kepayahan dan kepahitan dlm kehidupan sbnarnya mngajar erti kehidupan yg sbnar dan mnjadi guru dlam kehidupan yg mmberi pengalaman yg sgt berguna..Janganlah mengeluh jika waktu ini kita dilanda kesulitan dan kepahitan kerana pasti akan adanya kemudahan dan kemanisan..sabarla menempuh dugaan hdup...Allah tidak akan membebankan hambanya dengan dugaan yg tidak mmpu dipikul oleh hambanya...Kesulitan ini menunjukkan bahawa Dia sgt menyayangi diri kita...Bersyukurla dgn setiap kesulitan yg dtang...kerana yakinlah bahawa di akhirnya pasti akan ada kemudahan dan kemanisan...

Saturday, June 12, 2010

Disebalik malam....

0 comments

click to create your own


Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di
muka langit bertaburan bintang-bintang yang
berkelipan, disisi bulan yang terang benderang.
Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada
waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada
Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan
derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak
sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung
kepada penghuni-penghuniny a.


Bagi orang-orang yang soleh merindui malam
ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana
pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra
dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada
kebisingan kecuali mereka mengadu dan
bermunajat kepada Tuhannya.


Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam
untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau
orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu
malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah
s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila
terbenam matahari maka saya gembira dengan
gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya
berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!”
Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah
kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai
tinggal di dunia ini.”


Selain dari keheningan malam yang ada pada
waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-
malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat
kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah.
Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-
manusia yang menghidupkan malam dengan
ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.


Pada waktu malam juga akan ada satu detik di
mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan
dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan
pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan
lebih pahalanya. Sabda Rasulullah
bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh
hamba pada waktu tengah malam adalah lebih
baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah
tidak memberi kesukaran kepada umatku,
nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas
mereka.”


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan
solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk
kesuraman kubur.”


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah
dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi
pandangan kepada golongan ini kerana mereka
telah sanggup meninggal keenakan dan
keselesaan beristirehat untuk bangun
mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di
tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam,
maka golongan ini telah membasuh diri dengan
wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t.


Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah.
Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup
cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah
menyediakan sebuah syurga bagi hamba-
hambaNya yang menghidupkan malam.


Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada
kita namun kepayahan untuk menghidupkan
malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut
memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh
menghalang manusia melakukannya.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat
oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga
ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan
memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut
sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu.


Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah
s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau
berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan
kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya.
Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya.
Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji
jiwa dan malas.”


Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang
terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu
menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak
salah kalau diletakkan mereka dealam golongan
mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya
dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah
mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.


Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam
kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh
sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam
adalah mendekatkan diri kepada Allah
Azzawajalla, menutup segala dosa,
menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan
mencegah daripada dosa.”

- semoga kita semua diberi kekuatan untuk memeriahkan keheningan malam…insyaallah...^_^

Assalamualaikum...

0 comments



erm..lmenye xupdate blog ni...rnduu lak nk kongsi rse...arni 13/jun/10 atau dlm bln islam brsmaan dgn 1 rejab....sekali lg sye rsekn cptnye ms brllu...time is golden...:)..

Cinta itu pasti datang....seperti mana dtgnya mati menjemput kita...begitu jugalah cinta....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Selawat dan salam buat utusan terakhirMu Nabi Muhammad SAW Kekasih Istimewaku...kata2 dbwh ni khas buat bakal zauj ku yg drhmati Allah selalu..^_^

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”
Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini… Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

bakal zaujku,
“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …
“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.


Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)


Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)


Bakal Suamiku yang dirahmati,
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…


Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, InsyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini..

Terlalu panjang rasanya sye mencoretkan warkah ini...Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan sye akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ni... Akhir bicara,maaf andai tiada pertemuan yang di susuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan....


Wassalam
Dari,
Tulang rusuk kirimu...miera_sca



click to create your own

luasnya pintu neraka.....

0 comments

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: .'Mengapa aku melihat kau berubah muka?''..

Jawabnya: ''Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya...''..

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: ''Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.''..

Jawabnya: ''Ya.. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.''..

Nabi s.a.w. bertanya: ''Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?''..

Jawabnya: ''Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.'' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: ''Siapakah penduduk masing-masing pintu?''..

Jawab Jibrail:
''Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.''...

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ''Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?''..

Jawabnya: ''Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.''..

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

~Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.