˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Sunday, July 31, 2011

Tujuh perkara ganjil

4 comments



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


" Golongan kelima, kulihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah................


Sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang

dan kepadaNya jualah kita akan kembali.

Kita akan dipertanggungjawabkan

atas setiap amal yang kita lakukan,

hatta amalan sebesar zarah.

Wallahualam..

Saturday, July 30, 2011

ramadhan is comingggggggggggggggg,....so apa persediaan KITA??...^__+

0 comments



sabda nabi muhammad

“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan Allah.”

( Maksudnya sesiapa yg dipanjangkan umur sehingga dpt bertemu dgn Ramadhan,maka Allah akn mengampuni dosa2nya (dosa kecil)...panjang umur bkn kerja kita,ia benar2 hak mutlak Allah,lantaran tu marilah kita mensyukurinya)..

selamat mnjalani ibadah puasa,smoga amalan2 kite dbln yg barakah ni dtrime :D

(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(✿◠‿◠)

Saturday, July 23, 2011

0 comments

(✿ ♥‿♥)

satu detik itu
tak sama yang baru berlalu
umpama bayu

satu detik itu
yang sebelumnya
dingin seperti salju
beku...

berundur bererti kalah
melangkah bererti pasrah
detik itu
bagai riak air di kolam
di lontar...
berkocak...
berombak...

satu detik itu
emas dan kaca
manakan serasa
walau di derai
manakan sama
dengan...
satu detik itu


bismillah...

brbicara mengenai masa,masa hidup ni buatla apa sj yg kamu nak buat,tapi ingat ianya akan di balas setimpal dengannya....

masa hidup sebaiknya kita binalah kehidupan cara Islam,smoga dpt mati jg sbgai muslim yg islam n beriman

masa,elokla bertaqwa kpd Allah,jgl masa smoga kita x mati melainkan ketika berserah kpd Allah..

masa,ingat pd janji,hendakla tepati janji,jgn bersifat si munafik
masa,pegangla amanah yg telah diberi,jgn lalai krn itu menjadikan kita bersifat munafik..

masa,bila bercakap n menulis,sampaikanla kebenaran,jgn sampai kita berbohong,nnti termasuk dlm kalangan munafik...

masa,utk mnusia menilai diri,mengawasi diri,agar x terbabas landasan Iman n Islam, agar segera bertaubat,dberi msa oleh Allah,menilai kita mahukah bertaubat n ikuti dgn kebaikan...(✿ ♥‿♥)

╠╬╬╬╬╬mawar bidadari╬╬╬╬╬╣

Thursday, July 21, 2011

- hukum menukar jantina -

1 comments
bismillah...

lama da rasa nya tak update blog ni..biasa la busy...ehehe
after balik keje tga ari td ttbe rajin la plak nak beli paper metro,sbbnye sy sangat2 tertarik dgn slh satu tajuk paper arini "ASHRAF BOLEH MERAYU"...ku sangkakan rayuan utk kmbali ke pangkal jalan,rupanya2 rayuan ut tukar identiti pd kad pengenalan....huhu..apa nak jd la dgn makhluk Allah ni..da elok2 Allah jadikan jantina tu lelaki boleh pulak nak melawan fitrah nak jadi perempuan....da la tuksr jantina..adelak yg sudi nk membela tu...aisey,sakit je ati bc...huhu

saya xnk ulas sgt psl hal tu,sy cume nk kite sama2 merefresh kembali,apa hukum menukar jantina ni....

dari Ibnu Abbas dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaknat para laki-laki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai laki-laki,sabdanya: "Keluarkanlah mereka dari rumah kalian."Ibnu Abbas melanjutkan,'Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengeluarkan seorang fulan begitu juga dengan Umar.' HR Bukhari..

kalau da "menyerupai/berlagak" menjadi wanita mahupn llaki ni da dilaknat apetah lagi kalau yang terang2 merubah terus...lebih2 lagi la kan dosanya...


Alasan naluri jiwa nak jadi perempaun tidak boleh diterima langsung sebg sebab utk mengharuskan perbuatan manusia yg dikutuk tu...kalau la cmtu,sorang perompak pn leh wat alsn cmtu..mean naluri suka merompak,perogol naluri ske merogol,penzina naluri ske berzina n lain2 lagi la jenayah yg leh mnjadi kn NALURI suke itu n suke ini sbgai alsn mereka berbuat demikian..hmmmmm....

jelas nmpak nya kat msia ni xde peraturan yang menghalang mereka smpaikan diorg ni bleh mnjalani prosuder menukar jantina scara rasmi nya...dgn sikap krajaan yg cmni,diorg2 ni mmg smakin lantang la brsuara menuntut hak prsamaan dgn makhluk Allah yg asal supaya mengiktiraf diorg2 ni,kononnye supaya xde diskriminasi dlm masyarakat..

dengan manusia leh la bg macam2 alasan..dgn Allah nanti tgok la,cmna mereka2 ni nk berhujah di mahkamah agung milik Allah kelak...

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

Firman Allah S.W.T :
"Dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh keseksaan, yang dahulu mereka sering memperolok-olokkannya." [Al-Ahqaf : 26]

Firman Allah S.W.T lagi :
"Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia." [Hud : 105]

Firman Allah S.W.T dan lagi :
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." [Asy-Syura : 7]

Allah S.W.T dalam ayat di atas telah menerangkan dan menghuraikan tentang perkara yang menyebabkan terjerumusnya manusia ke dalam kesesatan..Allah S.W.T menjelaskan ramai manusia menjadi isi neraka Jahannam,begitu juga mereka yang masuk syurga sesuai dengan amalan masing2.

Kita bermohon kepada Allah S.W.T agar kita dijauhkan dari segala macam kesesatan, xmengambil ringan akan 'Amar Makruf Nahi Mungkar', sehingga berleluasa kemaksiatan dan kerosakkan dalam masyarakat dan jugak kita bermohon kpd Allah S.W.T agar kita mampu melihat dunia ini dengan neraca Islam pada setiap saat dan ketika.

Wallahualam..