˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Thursday, July 21, 2011

- hukum menukar jantina -

bismillah...

lama da rasa nya tak update blog ni..biasa la busy...ehehe
after balik keje tga ari td ttbe rajin la plak nak beli paper metro,sbbnye sy sangat2 tertarik dgn slh satu tajuk paper arini "ASHRAF BOLEH MERAYU"...ku sangkakan rayuan utk kmbali ke pangkal jalan,rupanya2 rayuan ut tukar identiti pd kad pengenalan....huhu..apa nak jd la dgn makhluk Allah ni..da elok2 Allah jadikan jantina tu lelaki boleh pulak nak melawan fitrah nak jadi perempuan....da la tuksr jantina..adelak yg sudi nk membela tu...aisey,sakit je ati bc...huhu

saya xnk ulas sgt psl hal tu,sy cume nk kite sama2 merefresh kembali,apa hukum menukar jantina ni....

dari Ibnu Abbas dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melaknat para laki-laki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai laki-laki,sabdanya: "Keluarkanlah mereka dari rumah kalian."Ibnu Abbas melanjutkan,'Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengeluarkan seorang fulan begitu juga dengan Umar.' HR Bukhari..

kalau da "menyerupai/berlagak" menjadi wanita mahupn llaki ni da dilaknat apetah lagi kalau yang terang2 merubah terus...lebih2 lagi la kan dosanya...


Alasan naluri jiwa nak jadi perempaun tidak boleh diterima langsung sebg sebab utk mengharuskan perbuatan manusia yg dikutuk tu...kalau la cmtu,sorang perompak pn leh wat alsn cmtu..mean naluri suka merompak,perogol naluri ske merogol,penzina naluri ske berzina n lain2 lagi la jenayah yg leh mnjadi kn NALURI suke itu n suke ini sbgai alsn mereka berbuat demikian..hmmmmm....

jelas nmpak nya kat msia ni xde peraturan yang menghalang mereka smpaikan diorg ni bleh mnjalani prosuder menukar jantina scara rasmi nya...dgn sikap krajaan yg cmni,diorg2 ni mmg smakin lantang la brsuara menuntut hak prsamaan dgn makhluk Allah yg asal supaya mengiktiraf diorg2 ni,kononnye supaya xde diskriminasi dlm masyarakat..

dengan manusia leh la bg macam2 alasan..dgn Allah nanti tgok la,cmna mereka2 ni nk berhujah di mahkamah agung milik Allah kelak...

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

Firman Allah S.W.T :
"Dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh keseksaan, yang dahulu mereka sering memperolok-olokkannya." [Al-Ahqaf : 26]

Firman Allah S.W.T lagi :
"Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia." [Hud : 105]

Firman Allah S.W.T dan lagi :
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." [Asy-Syura : 7]

Allah S.W.T dalam ayat di atas telah menerangkan dan menghuraikan tentang perkara yang menyebabkan terjerumusnya manusia ke dalam kesesatan..Allah S.W.T menjelaskan ramai manusia menjadi isi neraka Jahannam,begitu juga mereka yang masuk syurga sesuai dengan amalan masing2.

Kita bermohon kepada Allah S.W.T agar kita dijauhkan dari segala macam kesesatan, xmengambil ringan akan 'Amar Makruf Nahi Mungkar', sehingga berleluasa kemaksiatan dan kerosakkan dalam masyarakat dan jugak kita bermohon kpd Allah S.W.T agar kita mampu melihat dunia ini dengan neraca Islam pada setiap saat dan ketika.

Wallahualam..

1 comments:

Anonymous said...

Salam. boleh saya tumpang kongsi bersama ye.
Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman. "ASHRAF BOLEH MERAYU"..pasti semua tertanya2kan "MERAYU" untuk apa?. Saya juga tidak pandai untuk mengulas isu tersebut. Ternyata pakar yang arif tentang perkara ini juga bagaikan buntu. Yang Islam mahu tukar agama dan yang cukup sifat mahu mengubah ciptaan Ilahi. Saya tidak berani untuk berkata lebih kerana saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama ini. Kerana kita sudah maklum jika seseorang anak itu belum berumahtangga, selagi itulah kita ini dibawah tanggungjawap ibubapa kita tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tetapi sekarang semuanya sudah terbalik, lintang pukang jadinya. Kerana apa?...Kerana kita tidak cepat untuk menginsafinya, kita melenggah-lenggahkan masa yang ada ini. Lalu hukum Allah kita ketepikan begitu sahaja. Terlalu daifnya kita ini ye. Tidak kasihankah kita kepada ibubapa kita?. Apakah jawapan mereka apabila disoal oleh Allah kelak. (Wallahualam..ingatan buat diri saya juga)..
Saya juga begitu dulu. Mungkin kerana bapa saya inginkan seorang anak lelaki, lalu saya anaknya yang dilahirkan perempuan ini dipakaikan pakaian lelaki. Saya tidak pelik kerana saya tahu impian bapa dan ibu saya ketika itu. Saya cuma memakai baju perempuan hanyalah apabila ke sekolah saja. Itu pun saya sendiri rasa terpaksa memakai uniform perempuan. Kenapa saya tidak memakai uniform lelaki. Saya tidak kisah sangat kerana walaupun beruniform perempuan (didalamnya ada kemeja putih- gaun sekolah perempuan) balik sahaja dari sekolah, saya terus campak uniform itu ketepi dan cari baju lelaki saya. Saya diberikan anugerah oleh Allah yang mana jika sudah diciptakan sebagai seorang kanak-kanak perempuan ianya tidak boleh mengubah apa-apa pun. Walaupun berpakaian lelaki tetapi ciri-ciri perempuan tetap kelihatan. Jadi apabila semakin meningkat ke alam dewasa saya masih mahu memakai pakaian lelaki. Sehinggalah ibu menegur saya jangan lagi pakai baju lelaki. Kenapa dia melarang?...Sedangkan dulu dia tidak berkata apa-apa pun begitu juga dengan bapa saya?... Mungkin saya bertuah kerana diberikan kedua ibubapa yang tidak mahu terus melihat semua ini dengan terlepas pandang. Bersyukur saya kehadrat Ilahi. Saya sendiri pun tersenyum bila melihat semua gambar-gambar saya sewaktu kecil dahulu. Bila hari raya saya memakai baju melayu lengkap dengan songkok dan sampingnya sekali bila saya besar sikit dan bila tibanya hari raya pakaian lelakilah pilihan saya. Tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan. Mungkin ibu dan bapa saya akur dengan pemberian dan anugerah Tuhan ini bahawa anak mereka yang seorang ini adalah perempuan dan bukannya lelaki. TERIMA KASIH MAMA & PAPA...
Saya juga sedih apabila orang tua Ashraf ini seolah-olah bagaikan sudah hilang semangat dengan anaknya itu. Yang amat mengecewakankan saya juga kenapa dia sanggup membawa perkara ini hingga ke mahkamah dan orang tua dia terpaksa menanggung semua cacian orang sekeliling. Kerana terlalu ikutkan hati lalu perasaan ibubapa ditolak ketepi. Mungkin juga kerana pergaulan. orang tua dia tidak bersalah sama sekali. Ashraf perlu tahu jika dia meninggal tetap akan dikafan dan disembahyangkan sebagai seorang lelaki. Segala apa yang ada di tubuhnya perlulah dibuang. Tidakkah itu akan menyeksakannya lagi. Semuga dia kembali ke pangkal jalan dan renunglah wajah kedua orang tua anda sebelum semuanya terlambat. Jika mereka sudah tiada lagi kelak segalanya pasti sudah tidak ada gunanya lagi.

Post a Comment