Prologue
“Hi, my name is Maria, what’s yours?”
Aku melayan sahaja kerenahnya. Menganalisa bila diberi peluang.
“I’m suffering from Crohn’s disease,” tambahnya lagi tanpa ditanya.
Maria merupakan pelajar di School of Barbering, Grafton Street.
Bila ditanya apa cita-citanya setelah selesai latihannya, Maria menjawab, “I don’t really have a plan. As long as I’m close to my daughter and have food on the table is fine with me,”
Terima kasih Maria. Engkau mengingatkan aku tentang betapa 'simplistic' cita-cita seseorang yang hidup tidak berpaksikan agama.
Hidup vs Mati
He Who created Death and Life, that He may try which of you is best in deed: and He is the Exalted in Might, Oft-Forgiving;-
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Al Mulk : 2
Ayat ini dapat ditafsir dari pelbagai sudut. Sangat bermakna walaupun tidak panjang berjela. Aku hanya ingin menyentuh beberapa aspek.
Allah menyusun ayat ini dengan cantik dan sempurna.
“He Who created Death and Life”
Lontaran persoalan, mengapa Allah menyusun perkataan ‘maut’ sebelum ‘hidup’? Hidup di dunia tiada makna. Kerana kehidupan yang sebenarnya bermula setelah mati. Maka kerana itulah Allah meletakkan ‘Al maut” sebelum “Al Hayah”, menggambarkan kepada kita bahawa kita akan hidup sebenar-benarnya hanya selepas ‘mati’ di dunia. Di akhiratlah kehidupan yang kekal abadi, iaitu merangkumi maksud ‘hidup’ secara hakiki.
Al-Ankabut : 64
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhir
Dunia ibarat seorang fakir yang bermimpi. Dalam mimpinya ia seorang raja yang berkuasa, berharta dan berpengaruh. Bila tiba waktu subuh, datanglah malaikat ‘mengejutkan’ dia dari tidur yang lena. Rupa-rupanya dia terlupa bahawa ia seorang yang FAKIR. Yang tidak memiliki apa-apa.
Faathir : 15
Wahai umat manusia, kamulah yang seseorang yang FAKIR kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
Begitulah tamsilan di dunia. Mimpi semata-mata. Alangkah ruginya mereka yang lalai dibuai mimpi yang indah ini. Ya Allah, sedarkanlah kami dari tidur yang panjang ini.
0 comments:
Post a Comment