Tolong beritahu si dia,aku ada pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia,cinta agung adalah cinta Nya
Tolong beritahu si dia,cinta manusia bakal membuatnya alpa…
Tolong nasihat si dia,jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihat si dia,jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa
Tolong beritahu si dia,jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya
Tolong katakana pada si dia,dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakana pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong ingatkan si dia,aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia,aku lebih cintakan zuhud bukan harta
Tolong ingatkan si dia,aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia,bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia,bila dia tenggelam dalam angan-angan
Tolong tegur si dia,andai nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia,aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia,aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia,tanggungjawabnya besar kepada keluarganya
Tolong sabarkan si dia,usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia,bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
Tolong pesan padanya,aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Toong pesan padanya,aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya,aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia,aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia,aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia,aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia,kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri
HANYA ENGKAU YA ALLAH MENGETAHUI SIAPA SI DIA..MOGA PESANANKU SAMPAI PADANYA WALAU AKU SENDIRI TIDAK MENGETAHUI SIAPA DAN DIMANA SI DIA..MOGA DIA SEEKOR LEBAH YANG SENTIASA MEMUJI KEAGUNGANNYA YANG MAHA KUASA MEMASUKI TAMAN LARANGAN DENGAN SOPAN SANTUNNYA DAN BERTEMU MAWAR BERDURI YANG TERJAGA OLEH TUANNYA..SIMPANLAH PESANANKU INI SEHINGGA ENGKAU BERTEMU DIRIKU SUATU HARI NANTI
0 comments:
Post a Comment