˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Tuesday, May 18, 2010

hmmmmm


Wahai saudara- saudara dan kawan- kawan ku ….
Dengarlah pesanku ini …….

Keadaan kita semakin susah…..
Dunia Islam semakin terhimpit dan dicengkam ….
Kuasa- kuasa barat semakin bermaharaja lela …
Sifat- sifat kebinatangan semakin meluas dan menjadi- jadi …
Penipuan dan putar belit berlaku di mana-mana ….
Sana-sini.. pembunuhan pertumpahan darah sering sahaja berlaku !
Manusia semakin gila mabukkan kuasa dan pangkat.

Manusia semakin gila mengejarkan kesenangan dan kelapangan hidup !
Manusia semakin gila mengejarkan kemajuan dan kemewahan !
Manusia semakin gila menjual hati dan perasaan kemanusiaan mereka !

Oleh itu ….
Kita mestilah menjaga anak- anak kita….
Kita didik mereka dengan didikan agama supaya berpegang teguh kepada tuhan dan rasul !
Berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah !
Kita didik mereka supaya mempunyai sifat berani dan tabah sebagai pahlawan ISLAM…..
Kita didik mereka supaya menjadi seorang yang budiman….
Supaya mereka tidak takut kepada kesusahan !
Supaya mereka bersabar di dalam kesempitan…
Supaya mereka bersyukur di dalam kegembiraan…

Hanya dengan keimanan yang kental lagi kukuh sahaja yang dapat menyelamatkan mereka…
Bukan dengan harta dan pangkat…
Bukan dengan kemewahan dan kelapangan di dalam kehidupan ini…
Kerana….Kehidupan ini hanyalah sementara !
Kerana….Kesenangan dan kemewahan hidup hanya membawa manusia semakin tamak haloba !

Kerana….. Manusia semakin cepat lupa ketika mendapat kesenangan dan kelapangan
Manusia memang pandai berpura-pura hanya untuk mendapat sedikit kelegaan !
Manusia memang cepat mudah terpedaya dengan tipuan syaitan dan iblis
Manusia memang….. Takutkan bayang-bayang mereka sendiri !

Kerana itulah….
Iman itu penting!
Al-Quran itu benar!
Akhirat itu benar!
Dan manusia itu …..
Pada satu hari nanti…..
Pasti mati!.....



DIRI KU INSAN BIASA,TAK LEKANG DARI KHILAF & DOSA...
DIRI KU HAMBA PENCIPTA, KU BERIKAN CINTA PADA YG ESA..
INSYAALLAH..
TAKKAN MERASA CINTA MANUSIA ANDAI TIADA CINTA BUAT YG ESA..

"Kita bertemu atas dasar aqidah yg satu, bernaung bawah bendera Lailaa HaiLlahah, hati kita diikat UkhuwwahfiLlah, membawa misi ALlah di dunia, jual dunia untuk akhirat, "

"Wahai Mujahid Muda,, Selamatkan kitab ALlah dan Sunnah di hatimu, kilaukan pedang jihad di tanganmu,biarkan musuh2 dan Taghut itu gentar, agar syahid jadi kafanmu,"

"Agar satu hari tiba saat Malaikat, burung2 suci, kasturi mewangi mengiringi rohmu, dan pergi mendapatkan Rabbmu nun di taman hijau."

Selamat Berjuang Sahabatku!


Org berjuang sering menangis lemah di sisi Allah,
Tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia,
Berjuanglah kerana Allah,
Berbahagialah hati wlupun payah,
Kerana itulah jln ke Jannah...
Usah gentar,
Usah Takut dalam menegakkan kalimah Allah..
Salam Perjuangan.

Dalam mencari diriku..
aku tersentuh jiwa mengenalMu….
Salahkah aku bersatu kebenaran jalanMu...Jalan yang lurus,yang sudah pasti benarnya….
pasti kelmarin aku lalai..semalam aku leka….
tetapi hari ini aku sedar…tempatNya yang ku cari…tempatNya yang ku impi....
harap tiada persimpangan yang pecahnya haluan penghujungnya…..
moga aku diberi bimbingan olehNya…
Bukan kerana arus melanda muara, Bukanlah juga musim berbunga, Menggamit kumbang di udara…
Sebenarnya hati yang mencari Kemanisan di jalan hakiki
Biar tak mengerti kau ketahui Demi tuhan yang kita percaya bersama...
Dalam mencari diriMu ,kalimahMu telah menyentuh mindaku…
Aku sedar busuk dosaku telah menggunung…..
Aku tahu ringan bekalan amalanku…..
Hanya kamu yang maha kudrat mengerti inti hatiku...
Berilah aku petunjukMu,hidayahMu,dan rahmatMu,
moga aku dapat apa yang aku kecapi.

2 comments:

Muslimah said...

ALHAMDULILLAH..
May ALLAH SWT always with u...
AMIN YA RABBALA'ALAMIN..

ema said...

:)...syukran jiddan..amin..:)

Post a Comment