Saturday, January 29, 2011
assalamualaikum
dalam kehidupan ini tiada yang buruk sebenarnya. Jika kita benar-benar yakin dengan takdir Allah, jika kita benar-benar yakin dengan pertolongan Allah dan jika kita benar-benar yakin dengan janji Allah.
“Ya Allah,
Seringkali aku merasa sunyi dan sedih
Seringkali aku rindu nasihat dan dorongan rakan
Hakikatnya aku lupa
Aku lupa Ya Allah, Engkau sentiasa ada bersama-samaku
Engkaulah rakan yang paling setia rupanya
Engkaulah teman yang tak pernah tinggalkan aku
Ya Rabbana,
Seringkali diri ini merasa sedih
Geram dan tercabar
Atas perkara yang berlaku dalam kehidupan
Rupanya aku terlepas pandang
Engkau sedang mentarbiyah diri hina ini
Subhanallah, betapa agongnya cara Engkau mentarbiyah
Tidak kulihat dengan mata kasar
Namun dapat kulihat setelah kubuka mata hati
Ya Rabbul Izzati,
Ampunkan dosa hambaMu ini
Kerana seringkali aku lupa mengadu padaMu
Saat kutadah tangan berdoa
Betapa terlalu banyak masa berlalu bagitu saja
Entah ada redhaMu entah tidak
Jarang sekali aku fikirkan
Kini baru kusedar
Dunia ini kehidupan pinjaman
Apalah sangat ertinya jika kuterus bersedih
Dengan isi-isi dunia yang sementara sifatnya
Kini langkah baru kuatur kembali
Berbekal keyakinan dalam janji-janjiMu dalam kalamMu
Berbekal tekad dihati aku terus bersabar
Takkan ku hirau lagi
Mulut-mulut bising yang menghina
Takkan kuhirau lagi
Wajah-wajah sinis mereka
Kerana aku yakin
Engkau sentiasa ada membantu
Takkan ku hirau lagi
Hujah-hujah mereka yang menentang
Biar aku seorang
Biar tiada lagi yang menyokong
akhir nafas dan titis darahku
biarlah berakhir atas jalanMu
Kerana tekadku menggapai redhaMu
Kerana tekadku menuju syurgaMu
Semoga kasihMu mengiringi
Semoga cinta padaMu sentiasa melekat dihati insan kerdil ini
Kerana akhir hidupku
Aku kembali jua kepadaMu”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment