ALAM KUBUR
"Alam Kubur adalah bersamaan 40 tahun. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia. Hadis Imam at-turmudzi menerusi Abi'Sa'iid, Rasulullah SAW bersabda, "Sunggunya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
ALAM BARZAKH
alam Barzakh yang merupakan jarak masa bermula daripada roh berpisah dari tubuh sehinggalah hari kiamat. Di alam kubur inilah tubuh terbaring di tempat yang gelap dan sempit serta dingin. Seluruh tubuh juga akan dimakan ulat sementara orang-orang yang beriman dan beramal soleh pula bagaikan tidur di atas tilam sutera, sedap dan nyaman dan tekanan kubur itu dirasakan bagai berada di pangkuan ibu. Bagi para syuhada yang meninggal dunia mempertahankan agama pula, hidup mereka di Barzakh amat menggembirakan. Berkata Said Al-Khudri r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: "Bersabda Rasulullah s.a.w.: "para arwah itu mereka makan- makan dan bersenang-senang selepas itu mereka bernaung di Arasy. Maka berkata Tuhan kepada mereka itu. Adakah kamu tahu apakah kemuliaan yang lebih baik dari kemuliaan yang kami kecap sekarang? Jawab mereka itu: Tidak ada yang lain, hanya kami ingin sekali supaya roh kami dikembalikan ke dalam tubuh kami supaya kami berperang sekali lagi. Berperang sambil mempertahankan agama Engkau." (Riwayat Muslim).
Saturday, January 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment