˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Tuesday, January 12, 2010

MUSLIMAH HARI ESOK

Alangkah indahnya
Jika kita sebaik Siti Khadijah
Dapat menguatkan suami,
Dengan harta dan cinta,
Untuk meneruskan perjuangan,
Menegakkan agama Allah.


Alangkah indahnya,
Jika kita sepemurah Siti Aisyah,
Mencari-cari harta walaupun sebiji kurma,
Untuk disedekahkan,
Di jalan Allah.


Alangkah indahnya,
Jika kita seperti Rabiatul Adawiyah,
Mengintai cinta suci sepi dinihari,
Aku menyembah bukan mengharapkan syurgaMu,
Bukan jua kerana takut akan siksa nerakaMu,
Tetapi,Kerana rinduku kepadaMu


Ahh...sungguh diri ini lemah!

0 comments:

Post a Comment