˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Thursday, June 2, 2011

SENYUMLA walau dirimu diselubungi duka ~~



Jadikanlah gubuk istana,
Rancanglah kediaman dari rumahmu yang dari tanah
Bukan dari istanamu yang dari gading

Manakala engkau tersenyum, sedangkan hatimu yang sarat dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. Janganlah ragu-ragu untuk tersenyum, kerana dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum. Jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan. Tersenyum tidak akan membahayakanmu. Bicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu. Alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum.

Sabda Rasul tercinta: “”Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah.” [Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi]. Bukankah dirimu akan memperoleh pahala dengan tersenyum terhadap saudaramu. Kita sentiasa berurusan dengan insan lain dalam kehidupan kita. Anda harus menyedari bahawa kehidupan bersosial menuntut anda untuk pandai membawa diri dan menyesuaikannya dengan keadaan. Di antara kepandaian itu ialah murah dengan senyuman, kerana semua orang pasti senang dengan senyuman.

Kerana dengan tersenyum di hadapan orang lain, maka engkau sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang mereka harapkan. Namun, jika anda menemui orang lain, dengan wajah kusut dan garang, maka sesungguhnya anda telah menyeksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka. Jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain. Pautkan dirimu pada Allah. Biar sengsara, biar derita semoga Allah memberimu kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian hidup..

Diolah dari buku “Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia” karangan Dr ‘Aidh bin Abdullah Al Qarni

0 comments:

Post a Comment