Wednesday, June 16, 2010
HARGA SETITIS DARAH
Palastine
Darahmu, darah suci
Terus mengalir tanpa henti
Menggerunkan hati-hati Yahudi
Pejuanganmu tak kenal erti mati.
Palastine
Darahmu, darah merah gagah
Bukan darah menjadi barah
Darahmu yang tumpah di tanah
Menyuburkan semangat yang takkan punah.
Palastine
Darahmu, darah perjuangan
Seantero dunia memberi perhatian
Keberanianmu diberi penghargaan
Harga darahmu tidak mampu dihitungkan
Berbilion-bilion Yahudi memperuntukkan
Namun darah mu tidak mampu dihapuskan
Pasti harga darahmu di nilai Tuhan.
Palastine
Kau menitiskan darah-darah perwira
Kami sekadar mencurahkan kata-kata pujangga.
Palastine
Kau menjamah makanan untuk kekuatan jiwa
untuk menghasilkan darah merah menyala
Kami di sini makan tanpa hadnya
Menjadikan hati-hati kami buta.
Pakaianmu sekadar menutup aurat sahaja
Kami di sini berpakaian penuh bergaya
Menjadikan hati-hati kami terus leka.
Kau mendidik anak-anak menjadi pembela Agama
Kami di sini mendidik anak-anak menjadi kaya
Menjadikan hati-hati kami pentingkan diri sahaja.
Palastine
Ketika malammu dihiasi cahaya peluru
Malam di sini dihiasi neon yang bercelaru.
Palastine
Malammu tertegaknya solat munajat
Malam di sini bergegar dengan maksiat.
Palastine
Subuhmu dikejutkan dengan jerit pekik
Subuh di sini hanya muazim yang bertempik.
Palastine
Pemudamu bertahajjud dan berdoa
Pemuda kami berjaga untuk bersuka ria
Pemudamu melontarkan batu-batu berkuasa
Pemuda di sini melontarkan botol-botol berdosa
Pemudamu berani menghunuskan senjata
Pemuda di sini mencucuk jarum merbahaya.
Wahai bangsa Islam yang mulia
Marilah kita teguhkan rasa bersaudara
Simpulkan tali Islam dengan munajat bersama
Hapuskan maksiat yang datang melanda
Kuatkan iman di dada
Didiklah anak-anak menjadi pembela Agama
Hidupkan sunnah nabi yang mulia
Agar kita selamat di Akhirat yang kekal selamanya.
Wahai bangsa Islam yang mulia
Walaupun hati kita geram dan marah
Ingatlah dan lakukanlah kerana Allah
Teruskanlah perjuangan tanpa lelah
Tanpa putus asa dan rasa mengalah.
Wahai bangsa Islam yang mulia
Walaupun tiada darahmu yang tumpah
Namun keringgatmu mampu diperah
Nilainya juga mulia di sisi Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment