Hobi gila ‘gay jamban’
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassan
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Menjijikkan apabila bau hancing dan busuk najis tandas awam di beberapa pusat beli-belah di ibu kota tidak sedikit pun membunuh selera golongan `gay jamban’ yang gemar melakukan hubungan seks sejenis di luar tabii di lokasi disifatkan paling strategik oleh mereka.
Golongan homoseksual itu yang bermodalkan wang 30 sen sebagai bayaran memasuki tandas awam terbabit didakwa turut menjadikan tandas berkenaan sebagai tempat bermadu kasih sebelum melakukan seks terlarang beralaskan mangkuk tandas.
Gejala terbabit yang semakin menular di sekitar ibu kota, kian membimbangkan apabila hobi gila ini dikesan menular di kalangan golongan belia, pelajar sekolah menengah dan institut pengajian tinggi hinggalah kepada pelancong asing yang melakukan dengan `kekasih’ tempatan.
Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah terkemuka di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang dan jelas membuktikan gejala hubungan sejenis dalam tandas awam ini bukan khabar tidak berasas.
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, Mohd Hamdan Zainuddin, 44, memberitahu, kegiatan seks golongan homoseksual dalam tandas bagaikan menjadi riadah paranormal berikutan kerap dibongkar hampir setiap minggu.
Menurutnya, golongan gay ini biasanya menganggap tandas sebagai tempat persinggahan bermadu kasih sambil melampiaskan gelora nafsu.
“Berdasarkan beberapa kes sebelum ini, golongan gay ini biasanya akan masuk ke tandas seperti pengguna lain, namun gerak-geri mencurigakan mereka boleh dihidu.
“Walaupun tiada kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam tandas awam, penjaga atau pengutip bayaran di pintu masuk tandas serta pekerja pembersihan sentiasa peka dengan gelagat orang ramai yang memasuki tandas,” katanya.
Menurutnya, golongan ini kerap kali akan masuk ke tandas secara berdua-duaan tanpa disedari untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.
“Kerap kali mereka tidak menyedari bahawa tindakan mereka diamati melalui cermin tandas atau oleh kakitangan pembersihan yang membersih tandas setiap 15 minit sekali.
“Tindakan mereka memerap terlalu lalu dalam tandas pastinya membuktikan ada yang tidak kena sebelum rasa curiga ini dilaporkan kepada pihak pengawal keselamatan bertugas,” katanya.
Menurutnya, pengawal keselamatan kemudian akan menjalankan siasatan termasuk mengendap bagi mendapatkan bukti sebelum pasangan berkenaan dicekup.
“Dalam beberapa kes, ada golongan gay ini enggan mengaku melakukan hubungan seks dalam tandas dengan memberi alasan mereka sekadar merokok atau duduk berborak.
“Namun kami mempunyai kaedah tersendiri untuk membukti kesalahan terbabit selain melalui sesi soal siasat oleh beberapa pegawai bahagian kawalan keselamatan yang cekap berhubung perkara ini,” katanya.
Menurutnya, golongan gay ini selalunya diberi amaran lisan supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit dalam tandas selain butiran peribadi mereka turut dicatat.
“Malah pernah sebelum ini beberapa pelancong dari Australia dan Singapura turut dicekup selepas didapati sedang meliwat pasangan mereka di kalangan rakyat tempatan selepas berkenalan melalui Internet,” katanya.
* Coretanku…
Memalukan dan menjijikan! bila hilang pedoman dan aqidah, semua benda berani dilakukan…. sehingga berani mencabar kesabaran ilahi dengan melakukan maksiat di hadapan Rabb. Inilah keJAHILAN manusia, nak sorok maksiat daripada orang ramai tetapi lupa atau pura-pura lupa yang Allah SWT SENTIASA MELIHAT dan MEMERHATI hamba-hambaNYA, sehingga tempat jijik dan kotor di jadikan tempat melepaskan syawatnya (tidak beradab sungguh!, kaum sejenis pula tuh).
Sisa baki kaum Nabi Lut masih bersepah dalam ummat akhir zaman ni… malah semakin berani dan aktif melakukan perbuatan sumbang walaupun di tempat awam. Semakin pupus lelaki yang berkualiti dengan iman yang teguh.
Kerasnya hati untuk mengingati ilahi… langsung tidak ada rasa bersalah lantaran dosa-dosa yang dilakukan. Perasaan malu pada dua malaikat yang sentiasa setia menemani di setiap waktu dan tekun mencatat amalan pun tidak di endahkan. Ini bukan di katogorikan ukhwah terlanjur tetapi ukhwah binasa sebab dari awal lagi niat bukan untuk menjalinkan ukhwah sesama insan seagama dan sekaum tetapi niat menjalinkan ukhwah untuk memuaskan syawat masing-masing…
Allah jelas menerangkan dalam firmanNYA
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: 21)
Bukannya Allah menciptakan pasangan sama jenis untuk berkahwin, tetapi isteri-isteri yang berlawanan jantina untuk meneruskan kehidupan dengan berbekalkan zuriat sebagai peninggalan untuk mentadbir muka bumi Allah ini… Agak pelik dan menjijikan, bila kaum yang sama jenis ini berkasih sayang… Nikmat kasih sayang yang Allah berikan tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya… malah tidak terfikir tentang AZAB Allah yang pedih… ada Riwayat mengatakan Allah Azza Wajallah tidak akan memandang 7 golongan ini di hari akhirat. Salah satu dari 7 golongan malang itu adalah orang-orang yang mengadakan hubungan sama jenis (Homosek dan Lesbian)… Alangkah ruginya, bila Allah tidak akan memandang, sedangkan waktu itu belas simpati dari Allah sangat diharapkan.
Jangan jadikan negeri kita seperti yang terjadi pada kaum Nabi Lut. Jangan dicabar kesabaran ilahi. Kita sememangnya tidak mampu menghadapi ujian dan bebanan seperti orang-orang yang terdahulu….
“Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.” (Surah Al-Anbia:74)
Hapuskan sisa baki kaum Nabi Lut ini yang hanya akan menambahkan bilangan keruntuhan akhlak pemuda-pemudi jika dibiarkan mereka aktif melakukan kegiatan mereka. Generasi yang SEDANG membesar dikuatiri akan menjadi mangsa…
wAllahua’lam…
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment