Wednesday, April 20, 2011
kata2 dr kak nur syg buat diriku..
Smg adek akk ini akn terus jd Mawar Bidadari syurga…mlh lbh cantik dr bidadari dgn dihiasi akhlanya yg cantik…subhanaAllah…
MAWAR BIDADARI YG BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu..
MAWAR BIDADARI YG BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.
MAWAR BIDADARI YG BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat member…
MAWAR….
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerana dirimu telah rosak dibinasakan.
MAWAR,..
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan…
MAWAR BIDADARI YG BERDURI….
Jagalah dirimu dan maruahmu…
Di mana, sukar disentuh oleh tangan yang tidak berhati-hati,
Duri yang tumbuh memagari jiwa yang suci,
Kecantikan yang dipandang mata dibenteng kuat oleh duri tumbuh sekitarnya…
Dia memang menjadi gilaan sang kumbang,
Tetapi bukan semua kumbang yang mampu memetik ia dari dahan hinggapannya,
Hanya yang telah di tentukan Sang Pencipta sahaja yang akan berjaya memilikinya
Bahagianya menjadi dia…
Sekuntum mawar bidadari yg berduri…
Kasih dan cintanya hanya kerana Rabb yang menciptakan dirinya….
amin..amin...amin..amin ya robb,,
syukran jiddan kak nur syg..syg akk krn Allah <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment