˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Wednesday, April 21, 2010

KATA BIJAK PANDAI




"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...
Benarlah bahawa kebaikan itu
tampak sukar untuk dilaksanakan.
Pahit. Sakit.
Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya.
Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis.
Namun apabila dilakukan,
pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.
Ketika ini terasa benar apa yang selalu
didengar di dalam tazkirah
-yang punya tabsyir dan inzar -
bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan.
Dendam itu dosa.
KEMAAFAN itu pahala.
Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana,
sebelum syurga yang baqa'.

Adakah engkau sudah berbuat baik
kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu?

Adakah engkau telah memaafkan
orang yang telah MENGANIAYAMU?

Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim
kepada orang yang MEMUTUSKAN hubungan denganmu?

Adakah engkau telah menginsafkan
orang yang telah MENGKHIANATIMU?

Adakah engkau telah bercakap
atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU?

0 comments:

Post a Comment