˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Friday, April 9, 2010

MENGAPA?????


Mengapa?
Hamba sedar ianya satu dosa,
namun tetap diulangi.
Mengapa?
Hamba sedar ianya satu noda,
namun tetap diimplementasi.
Mengapa?
Hamba sedar ianya satu kesalahan,
namun tatkala nafsu serakah bin buas mengganas,
semua itu ditong sampah ketepi.
Mengapa?
Aku rindu pada dunia yang fana,
sedangkan yang baqa' telah dijanjikan.
Mengapa?
aku cinta pada dunia,
sedangkan al-Jannah kampung asalku.
Mengapa?
aku rindu yang tiada pantas buatku,
sedangkan Engkaulah penciptanya.

Mengapa?
Cintaku tak pernah hadir?
Hadirnya laksana subur mewangi menaungi sanubari.
Mengapa?
Rinduku tak pernah tidak pernah berbunga?
Berbunga mekar memegahi jiwa.

Duhai Arhaman Rahimin,
tunjukki daku jalannya,
jalan ke darul Sakinah.
Duhai Rabbul 'alamin,
Hilangkanlah gelora lautan,
meskipun lautan berombak-ombak.

Ya Wasi',
Hadirkanlah kelapangan, pergikanlah kesempitan.
Ya Nur,
Hadirkanlah cahaya, pergikanlah gelita.
Ya 'alim,
Hilangkanlah nestapa, hadirkanlah penglipur lara.

Ya Rabb,
dengarkanlah tuntasan konklusi dari madah sepotong doa!

Harapanku,
dikurniakan halawatul iman berpanjangan.
Moga tiada lagi madah bisikan di laman nurani,
yang kerap mewayangi skrip mindaku,
yang berbunyi;
"Mengapa?"

2 comments:

kamarul said...

barakallah...

soultul qalbi said...

jazakillah...

Post a Comment