˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Wednesday, February 10, 2010

ingatan PEDIH buat KITE SEMUA...

Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?

Berapa banyak kamu mengatakan sesuatu sedangkan kamu tidak mengerjakannya??

Berapa banyak kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya??

Berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidal mengamalkannya??

Berapa banyak kamu mengumpulkan apa-apa yang kamu tidak makan??

Berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun kemudian untuk apa kamu menunggu??

Adakah kamu telah selamat daripada mati??
Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga??
Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat??
Nikmat-nikmat telah menjadikan kamu tidak tentu arah. Kebaikan telah merosakkan kamu.
Panjang angan-angan terhadap dunia telah menipumu. Janganlah menuntut kesihatan dan keseahteraan. (sekiranya kamu akan tertipu lagi dengannya).

Hari-hari bagi kehidupanmu itu telah ditentukan dan nafas-nafas kamu dihitung. Utamakanlah bagi dirimu untuk barang yang kekal bagimu di akhirat.

Wahai anak adam, seungguhnya kamu mara bersama amalan kamu.
Setiap hari umurmu semakin berkurangan, semenjak engkau dilahirkan, maka bertambah hampirlah kamu kepada kubur sehingga kamu masuk ke dalamnya.

Wahai anak adam, perumpamaan kehidupan kamu di dunia ialah ibarat lalat di mana setiap kali ia bertemu dengan madu ia akan lalai seolah-olah ia akan kekal padanya, BEGITULAH ENGKAU.

Demikianlah di dunia ini, jangan menjadi seperti kayu api yang membakar dirinya dengan api untuk orang lain.

HADIS QUDSI(KITAB I.GHAZALI, AL-MAWA’IZ FIL AHADIS AL-QUDSIAH)

sungguh aku hamba yang sering terlalai, sering tengadah dengan nikmatnya..
rupanya jiwaku masih belum cukup utuh untuk darjat disisiNya..
sering ku menyebut ku mahu syurga.. tapi ternyata amalanku lebih melayakkan aku menempah tiket nerakaNya..
jauh... diri ini masih jahil dalam kehanyutan syurga dunia.. hanya ku harap petunjukMu Tuhan memimpinku ke jalan lurusMu...

'Tunjukkanlah kami jalan yang lurus'- al-fatihah:6

0 comments:

Post a Comment