Thursday, February 11, 2010
warkah teristimewa buatmu, adam dan hawa
~Warkah Buat Adam~
Adam, mengertilah..
Hawa bukanlah insan yang kuat
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas
tewas dengan godaan syaitan dan nafsu sendiri
Adam, mengertilah..
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj
perfume, make up, perhiasan..
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya
namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa yang serba kekurangan ini
Adam,mengertilah..
Hawa ini berjiwa lembut
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta
Hawa tau permintaan Adam tidak membawa Hawa ke kancah maksiat
namun Hawa lemah..
Hawa takut zina hati
Adam, mengertilah..
setiap kali sms diterima
Hawa keliru
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja
Hawa tewas
Hawa reply juga
mengenangkan Adam adalah sahabat
Adam, mengertilah..
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu
mungkin Hawa juga adalah antara kasih sayang yang dikurniakan buat Adam
memudahkan perjalanan hidup Adam
jgn disalah tafsir apa yang Hawa berikan
Adam, mengertilah..
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa
namun, bukanlah 'couple' yg Hawa pinta
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya..
Adam, mengertilah..
~Warkah buat Hawa~
Hawa..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Deenul Islam tercinta..
Hawa..
Andai engkau belum bernikah, jangan kau risau jodohmu
ingatlah Hawa janji Tuhan dengan kita
wanita baik adalah untuk lelaki yang baik
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuhnya ke hati
maka lahir sebuah senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli pertemuan
Tidakkah kau risau lahirnya nafsu kejahatan yang boleh menguasai diri seandainya ia tidak terkendali?
Hawa..
Lelaki soleh tidak melihat paras rupa
Lelaki beriman tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki wara' tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Tetapi, mu'min itu akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan paling penting
pegangan agamanya..
Mujahid itu juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya
kerana dia sedar Allah melihatnya
kerana dia tidak mahu memberi peluang pada jarum syaitan menusuk hatinya
Musleh itu juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu kasih hanya selepas pernikahan
Pernikahannya juga kerana Allah
Oleh itu, Hawa..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu, dekatkan dirimu dengan Tuhan..
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu di dunia ini
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu
kerana ia Pemilik segala cinta
DicintaiNYA lebih bermakna daripada dunia serta seluruh isinya
biarlah hanya kasih daripada kedua ibu bapamu dan keluarga yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah..
Bukankah itu jauh lebih manis dan indah?
Kasihilah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Rafiqul 'ala
Sayangilah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari kasih keluarga..
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hubungan antara lelaki dan perempuan hnya sah dgn jalan pernikahan. Jauhkan diri drpd maksiat hati. Insyaallah.
insyaAllah..ameen ya robb...
Post a Comment