˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Saturday, February 13, 2010

MASHITAH:WANITA PENGHULU SYURGA

Masyitah adalah pengasuh kepada anak Firaun. Masyitah serta suaminya secara rahsia telah pun menerima agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. dengan kerelaan hati mereka sendiri. Pada suatu hari, ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak Firaun secara tidak sengaja sikat tersebut telah terjatuh dari tangannya. Secara spontan Masyitah menyebut perkataan ‘Allahu Akbar.’

Peristiwa tersebut telah sampai ke pengetahuan Firaun. Masyitah dipanggil menghadap Firaun untuk memastikan kebenaran cerita anaknya. Masyitah dipaksa mengakui Firaun sebagai tuhan. Namun Masyitah dengan tegas menyatakan keAgungan dan keEsaan hanyalah milik Allah tuhan sekalian makhluk. Firaun menjadi marah. Dia mendesak supaya Masyitah menarik balik kata-katanya namun Masyitah tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mengugut untuk merebus Masyitah dan ahli keluarganya di dalam kawah besar jika beliau masih degil. Namun Masyitah adalah merupakan wanita penggerak maruah Islam.

Persitiwa menyayat hati itu bermula dengan penerjunan suami Masyitah ke dalam kawah berisi air panas. Ketika tiba saat-saat Masyitah yang sedang mengendong bayinya bersedia untuk terjun maka datanglah syaitan menghasut Masyitah. Kata syaitan “Tergamakkah engkau terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu bersama-sama bayi engkau. Bukankah ia tidak berdosa. Kasihanilah bayi kecil ini kerana sesungguhnya ia memerlukan masa depan.” Tiba-tiba Masyitah terpengaruh dan mula rasa kasih pada bayinya.

Masyitah terhenti seketika untuk mengundur diri apabila tiba-tiba bayi kecil yang mustahil boleh berkata-kata itu tiba-tiba mengucapkan, ”Wahai ibuku! Sesungguhnya kehidupan di syurga lebih indah dari kehidupan dunia yang terdedah kepada tipu daya syaitan. Ayuhlah wahai ibuku penganut setia agama Allah. Ayuhlah kita terjun segera menuju ke syurga.” Maka terjunlah Masyitah ke dalam kawah bersama-sama bayinya.

Semasa peristiwa Isra’ dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. telah melalui satu kawasan perkuburan yang sungguh harum dan wangi. Lalu baginda bertanya kepada Jibril tentang kubur itu. Jawab Jibril, “Itulah kubur Masyitah dan ahli keluarganya yang mati syahid dalam mempertahankan agama Allah.”
MORAL: Orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

0 comments:

Post a Comment