˙٠ Setapak ku melangkah mencari arah tuju,mengutip sisa kekuatan untuk terus hidup di bumi Tuhan yang maha luas ini...
˙٠ Segala coretan melalui mata hati,ku hamparkan di sini....
˙٠ atas dasar perkongsian bersama......
˙٠Moga aku akan menjadi lebih kuat dalam menempuh cubaan dariMu,Ya ALLAH.....





Thursday, February 11, 2010

SeANDaINYa Aku PUnYA wKTu...


Andai ku punya waktu...
Akan ku hitung lakaran peristiwa
di setiap minit yang berlalu pergi
Akan ku persembahkan lakonan insan
sebagai makhluk di bumi Tuhan
Akan ku titipkan bersama setiap coretan
yang kuperoleh satu persatu
Biar semua tahu, biar semua terpaku,
Kerana wujudnya insan bernama aku.

Andai ku punya waktu ...
Akan ku pahatkan rangkaian nama-nama insan yang ku sayang
menjadi sebuah tugu yang indah
Akan ku kotakan ikatan janji
Pada setiap insan yang pernah aku taburi
Akan ku laksanakan segala tugas dengan sepenuh ikhlas dihati,
Biar semua gembira,
Biar semua bahagia,
Kerana itulah yang diharapkan oleh semua.

Andai ku punya waktu...
Akan ku ubati segala kelukaan,
Pada setiap insan yang pernah ku sakiti
Akan ku pamerkan kegembiraan dalam diri
sehingga tidak timbul salah dihati,
Akan ku jalinkan bunga-bunga mekar
menjadi sebuah kalungan nan indah.
Meskipun aku tahu kegembiraan bukan lagi milikku.

Andai ku punya waktu...
Akan ku mohon kemaafan pada setiap
tangan yang berjabat denganku,
Akan ku simpulkan ikatan silaturrahim
tanpa mahu dirungkaikannya lagi,
Akan ku hadiahkan sekuntum senyuman
yang paling manis buat kali terakhir,
Supaya hati terhibur,
Supaya hati tak luntur,
Bagi menghilangkan rasa kegusaran dihati.

Mengingatkan kuasa Tuhan mengatasi segalanya…
Kerana dunia hanya bersifat sementara,
Sebagai kenang-kenangan…
ku hadiahkan buatmu sahabat sebuah memori…
Andai ku pergi…kenangku dalam doamu…

0 comments:

Post a Comment